Following the declassification of the 1976 Double-Six Crash Report, the Cabinet should next declassify the reports of CEP and IRC


(Versi BM)

I welcome the Cabinet decision to declassify the full report of the federal investigation on the 1976 plane crash that killed 11 people, including the then Sabah chief minister Fuad Stephens, for there is simply no reason or justification to keep the report under the Official Secrets Act for 47 years.

Three reasons have been attributed to the possible cause of the Nomad aircraft crash 47 years ago — aircraft overloading, pilot error, or design flaw of the aircraft.

It is hoped that the declassification of the investigation report 47 years ago will bring closure to the crash which killed not only the then Sabah Chief Minister, but three Sabah state ministers at the time — Salleh Sulong, Peter Mojuntin, and Chong Thien Vun.

If not for the Double-Six Nomad aircraft crash, the history of Sabah may have been very different.

Furthermore, I also call for the lifting of the ban on Bernard Sta Maria’s book on Peter Mojuntin, “The Golden Son of the Kadazan”.

In keeping with the principles of good governance and an administration which upholds transparency, openness, and accountability, the next documents to be declassified are the reports of the Council of Eminent Persons (CEP) and the Institutional Reforms Committee (IRC).

The eight-week parliamentary meeting of the opening of the 15th Parliament would have ended with a big bang if the Reports of the Council of Eminent Persons (CEP) and the Institutional Reforms Committee (IRC) were declassified and tabled as White Papers in the last week of Parliament.

This is one of the five proposals I had made in January this year to make the meeting of the opening of the 15th Parliament the most memorable Parliamentary meeting in Malaysian history by initiating institutional reforms for Malaysia to achieve the twin goals of uniting the plural society in Malaysia, and to reset and restore Malaysia as a first-rate world-class nation.

It is regrettable that this suggestion was not taken up, but with the declassification of the 1976 Double-Six Nomad Crash investigation report, there is even less justification to keep the CEP and IRC reports under lock and key under the Official Secrets Act.

This declassification of the CEP and IRC Reports by the Anwar Unity Government is all the more urgent and necessary, as it was never the original intention to classify both the CEP and IRC reports under the Official Secrets Act (OSA) and keep them away from public debate and discussion.

I had made numerous calls for the publication of the CEP and IRC Reports, the first time as far back as 13th October 2018, when I cited the CEP Chairman, Daim Zainuddin, as calling on the government to make the CEP recommendations available to the public.

I had always been mystified as to why the seventh Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamad had refused to ask the Cabinet and the Pakatan Harapan Presidential Council to declassify the CEP and IRC reports in 2018 or 2019.

The very fact that Mahathir had kept his silence on this issue is evidence that he realised he did wrong and had betrayed the NGOs and personalities who had given their views on institutional reforms to the CEP and IRC.

The Anwar Unity Government should not compoud Mahathir’s mistake by continuing to keep the CEP and IRC reports under lock and key under the Official Secrets Act.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 6th April 2023)


Susulan nyahrahsia Laporan Nahas Double Six 1976, Kabinet patut dedahkan laporan CEP dan IRC

Saya mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk nyahrahsia laporan penuh siasatan kerajaan terhadap insiden nahas kapal terbang pada tahun 1976 yang telah mengorbankan 11 orang, termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Fuad Stephens, kerana tidak ada sebarang sebab atau alasan untuk laporan ini terus dikekalkan di bawah Akta Rahsia Rasmi selama 47 tahun.

Tiga sebab telah dikatakan mungkin menjadi punca kepada nahas kapal terbang Nomad 47 tahun yang lepas — kapal terbang terlebih muatan, kesilapan juruterbang, atau kecacatan reka bentuk kapal terbang.

Diharapkan pendedahan laporan yang dibuat 47 tahun ini dapat memberi penutup kepada insiden yang bukan sahaja telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah, tetapi juga tiga orang Menteri Negeri Sabah ketika itu — Salleh Sulang, Peter Mojuntin, dan Chong Thien Vun.

Sekiranya insiden ini tidak terjadi, sejarah Sabah pada hari ini mungkin sangat berbeza.

Tambahan lagi, saya juga menyeru supaya pengharaman terhadap buku Bernard Sta Maria mengenai Peter Mojuntin, “The Golden Son of the Kadazan” dibatalkan.

Selari dengan prinsip tadbir urus baik dan sebagai sebuah pentadbiran yang mendukung prinsip ketelusan, keterbukaan, dan akauntabiliti, dokumen seterusnya yang patut dinyahrahsia adalah laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC).

Sidang parlimen selama lapan minggu sempena pembukaan Parlimen ke-15 sudah tentunya akan menjadi sidang yang sangat bersejarah sekiranya laporan Majlis Penasihat Kerajaan dan Jawatankuasa Reformasi Institusi ini telah dinyahrahsia dan dibentangkan sebagai Kertas Putih dalam minggu terakhir Parlimen.

Perkara ini adalah salah satu dari lima cadangan yang telah saya buat pada bulan Januari tahun ini, untuk menjadikan sidang pembukaan Parlimen ke-15 sebagai satu sidang yang paling diingati dalam sejarah Malaysia dengan memulakan inisiatif reformasi institusi untuk membolehkan Malaysia mencapai matlamat berganda untuk menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia dan untuk menetapkan semula hala tuju negara untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Malangnya, cadangan ini tidak dilaksanakan, tetapi dengan pendedahan laporan siasatan Nahas Nomad Double-Six 1976, makin sedikitlah sebab untuk terus merahsiakan laporan CEP dan IRC dibawah peruntukan Akta Rahsia Rasmi.

Penerbitan laporan CEP dan IRC oleh Kerajaan Perpaduan Anwar ini lebih mendesak dan diperlukan memandangkan sejak dari awal lagi, kedua-dua laporan ini tidak sepatutnya dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan disekat dari dibincangkan dan dibahaskan oleh rakyat.

Saya telah berkali-kali menyeru supaya laporan-laporan CEP dan IRC ini diterbitkan, seawal 13 Oktober 2018 di mana saya memetik seruan Pengerusi CEP, Daim Zainuddin, yang menyeru supaya cadangan-cadangan CEP ini dibentangkan kepada orang awam.

Saya buntu sejak dahulu lagi mengenai mengapa Perdana Menteri ketujuh, Dr. Mahathir Mohamad, enggan untuk meminta Kabinet dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menyahrahsia laporan CEP dan IRC ini pada tahun 2018 dan 2019.

Hakikat di mana Mahathir terus berdiam diri mengenai isu ini menjadi bukti yang dia sedar bahawa dia melakukan perkara yang salah dan telah mengkhianati badan-badan NGO dan individu-individu yang telah memberikan pandangan mereka mengenai reformasi institusi kepada CEP dan IRC.

Kerajaan Perpaduan Anwar tidak sepatutnya menambah lagi kepada kesilapan Mahathir dengan terus merahsiakan laporan CEP dan IRC di bawah Akta Rahsia Rasmi.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Khamis, 6 April 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.