Latiff Abdul Rahman should be given the chance to call a meeting of the PSC on Agencies under the Prime Minister’s Department in the first week of October , and if he refuses, the other seven members of the PSC should move a motion of no confidence in the Chairman so that a new Chairman could be appointed


(Versi BM)

The Chairman of the Parliamentary Select Committee (PSC) on Agencies under the Prime Minister’s Department, Latiff Abdul Rahman, the MP for Kuala Krai, should be given the chance to call a meeting of his PSC in the first week of parliamentary meeting in October, and if he refuses, the other seven members of the PSC should move a motion of no confidence in Latiff as Chairman so that a new Chairman could be appointed.

The PSC on Agencies under the Prime Minister’s Department has many uncompleted and new business which it could not ignore if it is to be a competent and efficient PSC. These uncompleted and new business include:

· The Chief Commissioner of Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Azam Baki‘s conflict-of-interest in owning a vast amount of corporate equity which had not been publicly disclosed;

· Azam’s statement nearly two month ago that the MACC would soon announce the findings of its investigation into the failed RM9 billion contract for six littoral combat ships (LCS) which began several years ago, but nothing has happened so far.

· Azam’s statement in July that Transparency International (TI)’s Corruption Perception Index (CPI) does not necessarily reflect the actual corruption situation of a country and that the CPI measures the perceptions of corruption in the public sector in different countries and wasn’t factual nor based on evidence. Does Azam’s criticism of TI CPI meant that MACC now does not support the National Integrity Plan target for Malaysia to be among the top 30 countries in the world in public integrity with the least corruption?

· The PSC should ask what MACC is doing to ensure that Malaysia does not lose out to Indonesia, China and India, as well as to more countries in the Organisation of Islamic Conference (OIC) in the TI CPI series by the end of this decade.

· Outcome of MACC investigations into individuals named in the Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) ledger as disclosed during the corruption trial of UMNO President and former Home Minister, Zahid Hamidi.

Will Malaysian Parliament create parliamentary history by having a vote of no confidence in the Chairman of a Parliamentary Select Committee?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, Sept. 29, 2022)


Latiff Abdul Rahman patut diberi peluang untuk memanggil mesyuarat JPK Agensi di Jabatan Perdana Menteri dalam minggu pertama Oktober dan sekiranya dia enggan, ketujuh-tujuh ahli lain JPK ini patut membawa usul tidak percaya terhadapnya supaya Pengerusi JPK yang baharu dapat dilantik

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen mengenai Agensi di Jabatan Perdana Menteri, Latiff Abdul Rahman, yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai, patut diberikan peluang untuk memanggil sidang JPKnya dalam minggu pertama sidang Parlimen pada bulan Oktober dan sekiranya dia enggan, ketujuh-tujuh ahli lain JPK ini patut membawa usul tidak percaya terhadapnya supaya Pengerusi JPK yang baharu dapat dilantik.

JPK Agensi di Jabatan Perdana Menteri ini mempunyai banyak tanggungjawab baharu dan tugas yang belum selesai yang tidak boleh diabaikan mereka sekiranya mereka hendak menjadi sebuah JPK yang kompeten dan berkesan. Tugas dan tanggungjawab ini adalah:

– Isu konflik kepentingan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, yang memiliki sejumlah besar saham korporat yang tidak diisytiharkan;

– Kenyataan Azam hampir dua bulan lepas yang SPRM akan mengumumkan dapat siasatannya terhadap kontrak enam buah kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion yang bermula beberapa tahun yang lepas tanpa ada apa-apa yang diumumkan sehingga kini;

– Kenyataan Azam pada bulan Julai yang mengatakan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tidak menggambarkan keadaan sebenar rasuah dalam sesebuah negara dan bahawa CPI mengukur persepsi rasuah dalam sektor awam di pelbagai negara ini tidak berasaskan kepada fakta atau bukti. Adakah kritikan Azam terhadap TI CPI bermakna SPRM kini tidak menyokong Pelan Integriti Kebangsaan yang menyasarkan Malaysia untuk berada dalam kalangan 30 negara teratas dengan paling kurang rasuah?

– JPK perlu bertanya kepada SPRM, apakah yang dilakukan badan tersebut untuk memastikan Malaysia tidak ditinggalkan di belakang Indonesia, China, dan India, dan juga banyak negara lain lagi dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam penerbitan carta TI CPI menjelang penghujung dekad ini.

– Hasil siasatan SPRM terhadap individu yang dinamakan dalam lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didedahkan semasa perbicaraan rasuah Presiden UMNO yang merupakan bekas Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Adakah Parlimen Malaysia akan mencipta sejarah dengan menyaksikan undi tidak percaya terhadap Pengerusi sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 29 September 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.