Has Hishammuddin given up on the idea of an RCI into RM9 billion LCS scandal altogether?


(Versi BM)

This is “No News is Bad News” with regard to the RM9 billion littoral combatant ships (LCS) scandal.

The Cabinet met yesterday and the Defence Minister Hishammuddin Hussein has not made any announcement about the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) into the RM9 billion LCS scandal.

Can Hishammuddin explain why he has given up on the idea of an RCI into the LCS scandal altogether?

On August 16, Hishammuddin promised the Dewan Negara that he will present the suggestion of a RCI into the LCS scandal at the next day’s Cabinet meeting.

After the Cabinet meeting on August 17, 2022, Hishammuddin said he had fulfilled his promise to bring the suggestion of a RCI into the LCI issue to the cabinet, but that more discussions and time were needed for a decision to be made.

On the expected timeframe for the cabinet to decide, Hishammuddin noted that the Agong was at the time abroad and there were further matters that could be discussed at another cabinet meeting.

On Tuesday, I said that about a month had passed, and yesterday’s Cabinet meeting would be the third last Cabinet meeting before Dewan Rakyat reconvenes on Oct. 3 and I reminded him about the RCI for the LCS scandal.
I have given Hishammuddin 20 reasons why it is in the public interest to have a RCI into the LCS scandal.

The partial forensic audit into the LCS project – which had three problems: being confined to 2011-2014, denied access to all records of LCS programme and blocked from access to the records of Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) and Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) which played very important roles in the LCS project – found among other things:

· The terms of most of the LOAs (Letters of Award) and VOs (Variation Orders) were not in the best interest of the company and were more favourable to CAD/CED;

· The evidence of irregularities and lack of proper governance were gathered as early as 2010, confirming that vendors were determined, even before the issuance of LOA, by GOM (Government of Malaysia) in favour of BNS (Boustead Naval Shipyard);

· Despite various red flags raised by ex-officers and associates of the company about the irregularities in the execution of the LCS programme, no corrective measures were taken either by the management or the Chairman of the Board of BHIC (Boustead Heavy Industries Corporation) to stop the abuse of power.

There have been four Prime Ministers and six Defence Ministers in the past 15 years, and everyone of them should be able to throw light on the LCS scandal by testifying at the RCI.

But the onus of the LCS scandal fall mostly on the three former Defence Ministers in the years between 2007 to 2018.

I am convinced that the two earlier former Defence Ministers, namely Najib Razak who became Prime Minister and Finance Minister from 2009 to 2018, and Zahid Hamidi who was the Defence Minister from 2009 – 2013, must bear the brunt of the responsibility for the LCS scandal.

Has Hishamumuddin, who became Defence Minister from 2013 – 2018 anything to hide that he does not want a RCI into the LCS scandal to reveal?

If Hishammuddin’s father, the third Malaysian Prime Minister, Tun Hussein Onn, had been alive, he would have no hesitation about a RCI into the RM9 billion LCS scandal.

Tun Hussein presented a White Paper in Parliament in 1979 on the RM65 million Bank Rakyat scandal. The LCS scandal is 140 times that of Bank Rakyat scandal of 1977, and will be more, if eventually the procurement of the six LCS ended up with a bigger budget.

Is Hishammuddin any different from his father?

(Media Statement DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 15th September 2022)


Adakah Hishammuddin telah berputus asa dengan idea RCI untuk menyiasat skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini?

“Tidak ada berita yang buruk” berkaitan dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Kabinet telah bermesyuarat semalam dan Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, tidak ada membuat apa-apa pengumuman mengenai pembentukan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini.

Bolehkah Hishammuddin menjelaskan mengapa dia telah berputus asa dengan idea RCI untuk menyiasat skandal LCS?

Pada 16 Ogos, Hishammuddin telah berjanji kepada Dewan Negara untuk membentangkan cadangan pembentukan RCI untuk menyiasat skandal LCS ini dalam mesyuarat Kabinet pada esok harinya.

Selepas mesyuarat Kabinet pada 17 Ogos 2022, Hishammuddin mengatakan yang dia telah memenuhi janjinya untuk membawa cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat isu LCS kepada Kabinet, tetapi lebih banyak perbincangan dan masa diperlukan sebelum keputusan dapat dibuat.

Apabila ditanya mengenai jangka masa untuk keputusan kabinet, Hishammuddin mengatakan yang pada masa itu, Yang di Pertuan Agong berada di luar negara dan masih ada perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang akan datang.

Pada hari Selasa, saya mengatakan kira-kira sebulan sudah berlalu, dan mesyuarat Kabinet semalam adalah mesyuarat Kabinet ketiga terakhir sebelum Dewan Rakyat bersidang semula pada 3 Oktober dan saya mengingatkan Hishammuddin mengenai RCI untuk skandal LCS ini.

Saya telah berikan Hishammuddin 20 sebab mengapa menjadi satu perkara berkepentingan awam untuk mengadakan RCI untuk menyiasat skandal LCS.

Audit forensik projek LCS ini – yang mempunyai tiga masalah: terhad kepada tempoh di antara 2011 – 2014, dihalang dari mengakses rekod semua program LCS, dan dihalang dari mengakses rekod-rekod Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) yang memainkan peranan penting dalam projek ini – mendapati:

– Terma kebanyakan LOA (Surat Anugerah) dan Ubahan Tempahan (Variation Orders) tidak mengutamakan kepentingan syarikat, sebaliknya lebih memihak kepada CAD/CED;

– Bukti penyelewengan dan ketiadaan tadbir urus yang berpatutan dikumpul seawal 2010, mengesahkan yang pihak vendor telah ditentukan sebelum pengeluaran LOA oleh Kerajaan Malaysia untuk BNS (Boustead Naval Shipyard);

– Walaupun pelbagai tanda soal telah dibangkitkan oleh bekas pegawai dan pegawai syarikat mengenai penyelewengan dalam pelaksanaan program LCS ini, tidak ada tindakan diambil oleh pihak pengurusan atau Pengerusi Lembaga Pengarah BHIC (Boustead Heavy Industries Corp) untuk menghentikan penyelewengan dan salah guna kuasa ini.

Sudah ada empat orang Perdana Menteri dan enam orang Menteri Pertahanan dalam 15 tahun yang lepas dan setiap seorang dari mereka ini boleh memberikan maklumat mengenai skandal LCS dengan memberikan keterangan di hadapan RCI ini.

Namun, tanggungjawab terhadap skandal LCS ini terletak kepada tiga orang bekas Menteri Pertahanan di antara tahun 2007 sehingga 2018.

Saya percaya yang dua orang Menteri Pertahanan ini, Najib Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari tahun 2009 sehingga 2018, dan Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 2009 sehingga 2013, perlu menanggung sebahagian besar tanggungjawab terhadap skandal LCS ini.

Adakah Hishammuddin yang menjadi Menteri Pertahanan di antara tahun 2013 sehingga 2018 juga mempunyai perkara yang ingin disembunyikan yang dia tidak mahu didedahkan oleh sebuah RCI yang menyiasat skandal LCS ini?

Sekiranya bapa Hishammuddin, Perdana Menteri ketiga Negara, Tun Hussein Onn, masih hidup hari ini, dia pastinya tidak mempunyai sebarang keraguan untuk membentuk RCI untuk menyiasat skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini.

Tun Hussein telah membentang satu Kertas Putih di Parlimen pada tahun 1979 mengenai skandal Bank Rakyat yang melibatkan RM65 juta. Skandal LCS ini 140 kali ganda lebih besar berbanding dengan skandal Bank Rakyat pada tahun 1977, dan akan menjadi semakin besar sekiranya perolehan enam buah kapal ini memakan peruntukan yang lebih besar.

Adakah Hishammuddin ini berbeza dengan bapanya?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 15 September 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.