Is Hishammuddin going to present the proposal of RCI into the RM9 billion LCS scandal to the Cabinet tomorrow or has he given up on the idea of an RCI into LCS scandal altogether?


(Versi BM)

Is the Defence Minister Hishammuddin Hussein going to present the proposal for a Royal Commission of Inquiry (RCI) into the RM9 billion littoral combatant ships (LCS) scandal to the Cabinet tomorrow or has he given up on the idea of an RCI into the LCS scandal altogether?

On August 16, Hishammuddin promised the Dewan Negara that he will present the suggestion of a RCI into the LCS scandal at the next day’s Cabinet meeting.

After the Cabinet meeting on August 17, 2022, Hishammuddin said he had fulfilled his promise to bring the suggestion of a RCI into the LCI issue to the cabinet, but that more discussions and time were needed for a decision to be made.

He said: “It is still in the process involving all parties, particularly ministers.

“Of course, I can’t reveal what was discussed in the cabinet meeting but it must be presented to the Yang di-Pertuan Agong.”

Questioned by the press on an expected timeframe for the cabinet to decide, Hishammuddin noted that the Agong was at the time abroad and there were further matters that could be discussed at another cabinet meeting.

Tomorrow’s Cabinet meeting will be about a month after the Dewan Negara meeting and the third last Cabinet meeting before Dewan Rakyat reconvenes on Oct. 3.

It is more than ample time for Hishammuddin to declare whether he would ask the Cabinet to decide on the issue of a RCI into the LCS scandal, or whether Hishammuddin has himself given up on the proposal for a RCI into the LCS scandal altogether.

I have given Hishammuddin 20 reasons why it is in the public interest to have a RCI into the LCS scandal.

There have been four Prime Ministers and six Defence Ministers in the past 15 years, and everyone of them should be able to throw light on the LCS scandal by testifying at the RCI.

But the onus of the LCS scandal fall mostly on the three former Defence Ministers in the years between 2007 to 2018.

I am convinced that the two earlier former Defence Ministers, namely Najib Razak who became Prime Minister and Finance Minister from 2009 to 2018, and Zahid Hamidi who was the Defence Minister from 2009 – 2013, must bear the brunt of the responsibility for the LCS scandal.

Has Hishamumuddin, who became Defence Minister from 2013 – 2018 anything to hide that he does not want a RCI into the LCS scandal to reveal?

If Hishammuddin’s father, the third Malaysian Prime Minister, Tun Hussein Onn, had been alive, he would have no hesitation about a RCI into the RM9 billion LCS scandal.

Tun Hussein presented a White Paper in Parliament in 1979 on the RM65 million Bank Rakyat scandal. The LCS scandal is 140 times that of Bank Rakyat scandal of 1977, and will be more, if eventually the procurement of the six LCS ended up with a bigger budget.

Is Hishammuddin any different from his father?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Tuesday, 13th September 2022)


Adakah Hishammuddin akan membentang cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal LCS kepada Kabinet pada hari esok atau adakah dia sudah berputus asa dengan idea RCI untuk skandal LCS ini?

Adakah Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, akan membentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS) kepada Kabinet pada hari esok atau adakah dia sudah berputus asa dengan idea RCI untuk skandal LCS ini?

Pada 16 Ogos, Hishammuddin telah berjanji kepada Dewan Negara untuk membentangkan cadangan pembentukan RCI untuk menyiasat skandal LCS ini dalam mesyuarat Kabinet pada esok harinya.

Selepas mesyuarat Kabinet pada 17 Ogos 2022, Hishammuddin mengatakan yang dia telah memenuhi janjinya untuk membawa cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat isu LCS kepada Kabinet, tetapi lebih banyak perbincangan dan masa diperlukan sebelum keputusan dapat dibuat.

Dia mengatakan: “Perkara ini masih dalam proses yang melibatkan semua pihak, terutamanya menteri.

“Sudah tentu, saya tidak boleh mendedahkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tapi perkara ini perlu dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong.”

Apabila disoal oleh akhbar mengenai jangkaan masa untuk keputusan kabinet, Hishammuddin mengatakan yang pada masa itu, Yang di Pertuan Agong berada di luar negara dan masih ada perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang akan datang.

Mesyuarat Kabinet esok berjalan kira-kira sebulan selepas persidangan Dewan Negara yang lepas dan mesyuarat ketiga terakhir sebelum Dewan Rakyat bersidang semula pada 3 Oktober.

Sudah ada lebih dari cukup masa untuk Hishammuddin untuk mengumumkan sama ada dia akan meminta Kabinet untuk membuat keputusan mengenai RCI untuk menyiasat skandal LCS ini, atau adakah Hishammuddin sendiri telah berputus asa dengan cadangan ini?

Saya telah berikan Hishammuddin 20 sebab mengapa perlunya ada RCI untuk menyiasat skandal LCS.

Sudah ada empat orang Perdana Menteri dan enam orang Menteri Pertahanan dalam 15 tahun yang lepas dan setiap seorang dari mereka ini boleh memberikan maklumat mengenai skandal LCS dengan memberikan keterangan di hadapan RCI ini.

Namun, tanggungjawab terhadap skandal LCS ini terletak kepada tiga orang bekas Menteri Pertahanan di antara tahun 2007 sehingga 2018.

Saya percaya yang dua orang Menteri Pertahanan ini, Najib Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari tahun 2009 sehingga 2018, dan Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 2009 sehingga 2013, perlu menanggung sebahagian besar tanggungjawab terhadap skandal LCS ini.

Adakah Hishammuddin yang menjadi Menteri Pertahanan di antara tahun 2013 sehingga 2018 juga mempunyai perkara yang ingin disembunyikan yang dia tidak mahu didedahkan oleh sebuah RCI yang menyiasat skandal LCS ini?

Sekiranya bapa Hishammuddin, Perdana Menteri ketiga Negara, Tun Hussein Onn, masih hidup hari ini, dia pastinya tidak mempunyai sebarang keraguan untuk membentuk RCI untuk menyiasat skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini.

Tun Hussein telah membentang satu Kertas Putih di Parlimen pada tahun 1979 mengenai skandal Bank Rakyat yang melibatkan RM65 juta. Skandal LCS ini 140 kali ganda lebih besar berbanding dengan skandal Bank Rakyat pada tahun 1977, dan akan menjadi semakin besar sekiranya perolehan enam buah kapal ini memakan peruntukan yang lebih besar.

Adakah Hishammuddin ini berbeza dengan bapanya?

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa, 13 September 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.