Zahid Hamidi should step down as UMNO President as he is unable for a month to clear himself of major responsibility for the RM9 billion littoral combatant ships (LCS) scandal and, even worse, clear Najib Razak as the biggest “shark’ in the scandal


(Versi BM)

Ahmad Zahid Hamidi should step down as UMNO President as he is unable for a month to clear himself of major responsibility for the RM9 billion littoral combatant ships (LCS) scandal, and even worse, clear Najib Razak as the biggest “shark” in the scandal.

A month ago, Zahid was foolish to deny that he was responsible for the RM9 billion LCS scandal.

He said it was unreasonable to pin the failure of the littoral combat ships (LCS) procurement on him as he claimed he was not the defence minister when the project was awarded.

As such, he said those who were involved in the failure of the LCS procurement should explain to the Public Accounts Committee (PAC).

Although Zahid held the defence minister position from April 2009 to May 2013 and the contract was signed on 17th July 2014, the two declassified reports on the LCS scandal despite the heavily redacted sections have shown that it was Zahid who must bear greater responsibility than his successor as Defence Minister, Hishamuddin Hussein, for the LCS scandal for the following reasons:

(i) The Letter of Intent (LOI) for the supply of six LCS at the total value of RM9 billion was issued on 15th October 2010 and the Letter of Award (LOA) on 16th December 2011 but the contract was held back by some two and a half years and was only signed on 17th July 2014. However, between the issue of LOA and the signing of the contract, there were 21 LOAs worth some RM5 billion for equipments and systems, most of which were made when Zahid was the Defence Minister. As the LOAs made during the time Hishamuddin Hashim became Defence Minister after the 13th General Election did not reach RM700 million, Zahid must bear greater responsibility than Hishammuddin for the LCS scandal.

(ii) The LCS procurement obviously preceded Zahid’s time as Defence Minister, as there were discussions for the LCS procurement earlier when Najib Razak was the Defence Minister.

(iii) It is clear that apart from Najib, who became Prime Minister in April 2009 and appointed Zahid as Defence Minister, nobody else could get Zahid as Defence Minister to overturn his own decision as recommended by the Royal Malaysian Navy (RMN) to contract six Dutch-made Sigma LCS and chose the Scorpene manufacturer’s six French-made Gowind LCS without consulting the Navy, the end-user.

Zahid’s refusal to deny that it was Najib who directed him to overturn his decision on the LCS in 2011 speaks volumes.

He can still clarify if the facts were otherwise and prove firstly, he was not responsible for the RM9 billion LCS scandal and secondly, it was not Najib who instructed him to overturn his decision to procure the Sigma LCS and instead to choose the Gowind LCS.

Hishammuddin, as the current Defence Minister should prove to the Cabinet tomorrow that the RM9 billion LCS scandal will not be a new 1MDB scandal, as there seems to be disturbing similarities in the two scandals.

I am still waiting for Hishamuddin’s answer as why the Defence Ministry has reduced from two LCS to one LCS which must be completed and delivered by the contractor with no additional government funds.

When Hishammuddin appeared before the Public Accounts Committee (PAC) on 25th January 2022, he spoke about “corporate restructuring” of the RM9 billion LCS contract and that the contractor, Boustead Naval Shipyards (BNS), will have to deliver two LCS without any new cost to the government.

This is what Hishammuddin said in January 2022 at the PAC hearing: “They (BNS) will not get any more money from the government until these two ships have been delivered.” (page 4 of Hansard).

Hishammuddin also said: “…if we want to proceed, we cannot put all the money upfront if Boustead doesn’t commit to being able to deliver at least two ships” and “This is the only option I have. If I am wrong or is not enough, then I don’t have any other ideas to propose. You got to find a new Defence Minister lah” in his appearance before the PAC meeting on 25th January 2022.

Cabinet Ministers must learn to be responsible for their statements and to account for any deviation from their commitments.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, September 6, 2022)


Zahid Hamidi patut letak jawatan Presiden UMNO kerana dia gagal membersihkan namanya dari skandal LCS yang melibatkan RM9 billion selepas sebulan, sebaliknya, lebih buruk lagi, membersihkan nama Najib sebagai “jerung” terbesar dalam skandal ini

Ahmad Zahid Hamidi patut meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO kerana selepas sebulan, dia masih gagal membersihkan namanya dari skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion, malah, lebih buruk lagi, membersihkan nama Najib Razak sebagai “jerung” terbesar dalam skandal ini.

Sebulan lepas, Zahid tersilap apabila dia menafikan tanggungjawab ke atas skandal LCS ini.

Dia mengatakan, tidak masuk akal untuk menyalahkan kegagalan projek LCS kepadanya kerana dia mendakwa yang dia bukanlah Menteri Pertahanan semasa projek ini dianugerahkan.

Oleh itu, dia mengatakan, orang yang terlibat dengan kegagalan projek LCS ini patut memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Walaupun Zahid memegang jawatan menteri pertahanan dari April 2009 sehingga Mei 2013 dan kontrak ini dimeterai pada 17 Julai 2014, dua dokumen yang dinyah-rahsia mengenai skandal LCS menunjukkan yang Zahid yang perlu lebih bertanggungjawab ke atas skandal ini berbanding dengan menteri selepasnya, Hishammuddin Hussein, atas sebab berikut:

(i) Surat Niat (Letter of Intent) bekalan enam LCS pada nilai keseluruhan RM9 billion dikeluarkan pada 15 Oktober 2010 dan Surat Anugerah (LOA) pula pada 16 Disember 2011, namun kontrak tertangguh selama dua setengah tahun dan hanya dimeterai pada 17 Julai 2014. Bagaimanapun, di antara tempoh pengeluaran LOA dan pemeteraian kontrak, terdapat 21 LOA bernilai kira-kira RM5 billion untuk sistem dan kelengkapan, kebanyakannya dikeluarkan semasa Zahid menjadi Menteri Pertahanan. Memandangkan LOA yang dikeluarkan semasa Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan selepas PRU-13 berjumlah tidak lebih dari RM700 juta, Zahid perlulah menanggung tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan Hishammuddin terhadap skandal LCS ini.

(ii) Perolehan LCS ini bermula sejak sebelum Zahid menjadi Menteri Pertahanan lagi, memandangkan terdapat perbincangan untuk memperoleh LCS ini sejak Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan lagi.

(iii) Memang jelas bahawa selain dari Najib, yang menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 yang kemudiannya melantik Zahid sebagai Menteri Pertahanan, tidak ada sesiapa lagi orang lain yang boleh membuatkan Zahid sebagai Menteri Pertahanan untuk mengubah keputusannya yang dicadangkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memperoleh enam buat LCS Sigma buatan Belanda kepada perolehan enam buat LCS Gowind buatan Perancis dari pengeluar Scorpene tanpa merujuk perubahan ini dengan pihak TLDM sebagai pengguna akhir terlebih dahulu.

Keengganan Zahid untuk menafikan yang Najib yang mengarahkannya untuk mengubah keputusannya mengenai LCS pada tahun 2011 ini menceritakan banyak perkara.

Dia masih boleh memberikan penjelasan sekiranya fakta menunjukkan sebaliknya dan membuktikan, pertamanya, dia tidak bertanggungjawab ke atas skandal LCS yang melibatkan RM9 billion dan kedua, bukan Najib yang mengarahkannya untuk mengubah keputusannya dari untuk memperoleh LCS Sigma kepada LCS Gowind.

Hishammuddin, sebagai Menteri Pertahanan hari ini, patut membuktikan kepada Kabinet esok yang skandal LCS ini tidak akan menjadi sebuah skandal 1MDB yang baharu, memandangkan terdapat banyak persamaan yang merisaukan di antara dua skandal ini.

Saya masih menunggu jawapan Hishammuddin mengenai mengapa Kementerian Pertahanan mengurangkan jumlah LCS yang perlu disiapkan dan dihantar – dari dua buah kepada sebuah – oleh pihak kontraktor tanpa dana tambahan dari kerajaan.

Semasa Hishammuddin memberikan kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 25 Januari 2022, dia bercakap mengenai “penstrukturan semula korporat” kontrak LCS yang bernilai RM9 billion dan mengatakan yang pihak kontraktor, Boustead Naval Shipyard (BNS), perlu menghantar dua buah LCS tanpa sebarang kos tambahan kepada kerajaan.

Berikut adalah apa yang Hishammuddin katakan dalam bulan Januari 2022 dalam pendengaran PAC: “Mereka (BNS) tidak akan menerima apa-apa dana tambahan dari kerajaan sehinggalah dua kapal ini dihantar.” (halaman 4 Hansard).

Hishammuddin juga mengatakan: “…sekiranya kita ingin teruskan, kita tidak boleh meletakkan semua wang dahulu sekiranya Boustead tidak memberikan komitmen untuk menghantar sekurang-kurangnya dua kapal” dan “Ini sahaja pilihan yang saya ada. Sekiranya saya silap atau perkara ini tidak mencukupi, saya tidak mempunyai apa-apa cadangan lain. Anda kena cari Menteri Pertahanan baharulah” di hadapan PAC pada 25 Januari 2022.

Menteri Kabinet perlu belajar untuk bertanggungjawab atas kenyataan mereka dan memberikan penjelasan terhadap apa-apa perubahan komitmen mereka.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 6 September 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.