Lim Kit Siang

Is there nobody in UMNO who dare say that UMNO should not seek the return of Najib as Prime Ministe and that his years as Prime Minister when Malaysia became “kleptocracy at its worst” worldwide is not something to be proud of

(Versi BM)

Yesterday, I said Malaysians need new political aspirations, and “If Najib loves Malaysia, he will contribute to this process of returning Malaysia to the founding nation-building principles our founding fathers, including his father, had agreed when Malaysia was founded – and helped remove the national scar where Malaysia was identified with ‘kleptocracy at its worst’ worldwide”.

I suggested that ”there is nothing that Najib can do better than to just disappear from the political arena instead trying to be Prime Minister again”.

The corollary to this is whether there is nobody in UMNO who dare say that UMNO should not seek the return of Najib as Prime Minister, that his years as Prime Minister when Malaysia became “kleptocracy at its worst” worldwide is not something to be proud of, that UMNO should spearhead the movement for Malaysia to be a world-class great nation by returning to the nation-building principles our founding fathers have agreed in the Malaysian Constitution – constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, good governance, respect for human rights and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity?

Will Najib never renounce his bid to be Prime Minister again?

One the reasons why Sri Lanka is bankrupt and on the verge of a failed state is because of corruption.

This is what wikipedia has to say about corruption in Sri Lanka: “Corruption exists left, right and centre on all levels of society from the top echelons of political power to minor staff level. The problems are long-standing, and despite ongoing calls for reform, and many attempts to improve the situation, there is little evidence of progress. Most of the Sri Lankan also consider bribery is just a fact of life especially bribing a public official to get the job done.”

When Transpareny International first listed Sri Lanka in its annual Corruption Perception Index 2002, Sri Lanka ranked 52 out of 102 nations and scored 3.7 out of 10 points, while Malaysia was ranked 33 and scored 4.9 points.

In the last two decades, Sri Lanka has fallen to rank 102 out of 180 nations and to a score of 37 out of 100 points, while Malaysia fell to the rank of 62 out of 180 countries with a score of 48 out of 100 points.

In 20 years, Sri Lanka has lost out China, ranked No. 66 with a score of 45, India ranked 85 with a score of 40, Vietnam ranked 87 with a score of 39 and to Indonesia ranked 96 and score of 38, while Malaysia is in the trajectory to be overtaken by these countries in the next decade.

What is Malaysia doing not to become another Sri Lanka?

Yesterday, Perak Opposition Leader Abdul Aziz Bari offered to take on the Minister for Youth and Sports and former Perak menteri besar Ahmad Faizal Azumu for the Tambun parliamentary seat in the 15th General Election.

I support Aziz Bari in his proposal, and as Faizal had stood on the Bersatu ticket in the 14th General Election, Aziz Bari would be able to start work in the Tambun parliamentary constituency if both PKR and Amanah could give their support to the proposal.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 23rd May 2022)


Tidak adakah sesiapa di dalam UMNO yang berani untuk mengatakan yang UMNO tidak patut berusaha untuk mengembalikan Najib sebagai seorang Perdana Menteri dan mengatakan yang zaman pemerintahan Najib di mana Malaysia menjadi sebuah “kleptokrasi yang terburuk” bukanlah satu perkara yang patut dibanggakan

Semalam saya katakan yang Malaysia memerlukan aspirasi politik baharu dan “sekiranya Najib menyayangi Malaysia, beliau akan menyumbang kepada proses mengembalikan Malaysia kepada prinsip asas pembinaan negara yang telah dipersetujui oleh tokoh pengasas negara, termasuklah bapanya, semasa Malaysia dibentuk – dan membantu menghilangkan parut negara di mana Malaysia dikenal pasti dengan “kleptokrasi di yang paling teruk” di seluruh dunia.”

Saya cadangkan bahawa tidak ada perkara yang lebih baik yang boleh dibuat Najib selain daripada untuk menghilangkan dirinya sama sekali dari arena politik negara, bukannya dengan mencuba untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Tidak adakah sesiapa pun di dalam UMNO yang berani untuk mengatakan yang UMNO tidak patut berusaha untuk mengembalikan Najib sebagai seorang Perdana Menteri dan mengatakan yang zaman pemerintahan Najib di mana Malaysia menjadi sebuah “kleptokrasi yang terburuk” bukanlah satu perkara yang patut dibanggakan, bahawa UMNO sepatutnya menjadi penggerak pergerakan untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asas pembangunan negara bangsa yang dipersetujui bersama seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan oleh tokoh-tokoh yang bersama membentuk negara kita sebelum ini – Malaysia yang merupakan sebuah monarki berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, hormat kepada hak asasi manusia dan perpaduan masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya.

Adakah Najib tidak akan sama sekali berputus asa daripada usahanya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi?

Salah satu sebab mengapa Sri Lanka kini bankrap dan kini hampir menjadi sebuah negara gagal adalah kerana masalah rasuah.

Berikut adalah apa yang ditulis di Wikipedia tentang rasuah di Sri Lanka: “Rasuah wujud di kiri, kanan dan berpusat pada semua lapisan masyarakat dari peringkat tertinggi kuasa politik hingga ke peringkat kakitangan yang paling kecil. Masalahnya telah lama wujud, dan walaupun terdapat seruan berterusan untuk pembaharuan, dan banyak percubaan untuk memperbaiki keadaan, tidak banyak kemajuan yang dapat disaksikan. Kebanyakan rakyat Sri Lanka juga menganggap rasuah hanyalah satu fakta kehidupan terutamanya dalam merasuah pegawai awam untuk menyelesaikan apa-apa tugas.”

Apabila Transparency International pertama kali menyenaraikan Sri Lanka dalam Indeks Persepsi Rasuah tahunannya pada tahun 2002, Sri Lanka menduduki tempat ke-52 daripada 102 negara dan memperoleh 3.7 daripada 10 mata, manakala Malaysia berada di kedudukan 33 dan memperoleh 4.9 mata.

Dalam dua dekad yang lalu, Sri Lanka telah jatuh ke kedudukan 102 daripada 180 negara dan kepada skor 37 daripada 100 mata, manakala Malaysia jatuh ke kedudukan 62 daripada 180 negara dengan skor 48 daripada 100 mata.

Dalam tempoh 20 tahun, Sri Lanka telah ketinggalan di belakang China yang berada di tempat ke-66 dengan markah 45, India di tempat ke-85 dengan markah 40, Vietnam di tempat ke-87 dengan markah 39 dan kepada Indonesia di tempat ke-96 dan dengan markah sebanyak 38 mata, manakala Malaysia pula berada dalam trajektori untuk dipintas oleh negara-negara ini dalam dekad yang akan datang.

Apa yang sedang Malaysia lakukan untuk tidak menjadi satu lagi kisah seperti Sri Lanka?

Semalam, Ketua Pembangkang Perak Abdul Aziz Bari menawarkan diri untuk melawan Menteri Belia dan Sukan dan bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu di kerusi Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya menyokong hasrat Aziz Bari ini dan memandangkan Faizal telah bertanding di atas tiket Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14, Aziz Bari akan dapat memulakan khidmatnya di kawasan parlimen Tambun jika kedua-dua parti PKR dan Amanah dapat memberikan sokongan mereka kepada cadangan ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 23 Mei 2022)

Exit mobile version