Public Accounts Committee should investigate the 2002 Scorpene submarine corruption case and the murder of Altantunya Shaariibuu following the charging of French company Thales by French Government for complicity in bribery of the Scorpene submarine deal two decades ago


The Parliamentary Public Accounts Committee (PAC) should investigate the 2002 Scorpene submarine corruption case and the murder of Altantunya Shaariibuu following the charging of the Frenchs company Thales by the French Government for complicity in bribery of the Scorpene submarine deal in Malaysia two decades ago.

The Public Accounts Committee can act under Dewan Rakyat Standing Orders 77(d) which provides that the PAC can examine “(d) such other matters as the Committee may think fit, or which may be referred to the Committee by the House.”

This is the second case where a foreign jurisdiction have found a grand corruption scandal in Malaysia where former Goldman Sachs Group Inc banker Roger Ng Chong Hwa was convicted on April 8 in the United States on three counts of foreign bribery in relation to 1Malaysia Development Bhd (1MDB) but not in Malaysia.

Four years ago, I had said that “the ghost of Altantunya will continue to haunt Najib and Malaysia until there is full and satisfactory investigation as to the motive for the heinoius murder of the Mongolian and the real murders brought to justice”.

It does no honour or dignity to Malaysia that the website of the World Peace Foundation of the Tufts University has an item of “The Malaysian Scorpene Submarine Affair” which led off with the following two paragraphs:

“The EUR 1.2 billion sale of French ‘Scorpène’ submarines to Malaysia in 2002, and the dubious commissions which accompanied the sale, might have gone unnoticed were it not for the kidnap and murder of a young translator in 2006. The victim, who had worked for a key agent on the deal, was targeted when she attempted to get her share of the commissions. The subsequent murder trial implicated members of the domestic police’s special intelligence branch, who may have served the defense minister and future prime minister Najib Razak as bodyguards.

“With investigations in Malaysia stymied by the political implications, momentum shifted to France. DCNS, the French shipbuilding company, was raided in 2010, and it eventually became clear that the company was under scrutiny for operating a chain of intermediaries to bribe Razak and the agent, Abdul Razak Baginda, in violation of the Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) Convention on Bribery and its corresponding law in France.”

With the latest developments on Malaysia’s 2002 purchase of the Scorpene submarines in France, the PAC has the opportunity to clear Malaysia’s name and dignity with an investigation into the 2002 purchase of the Scorpene submarines and the murder of Mongolian, Altantunya Shaariibuu.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 28th April 2022)


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara perlu menyiasat kes rasuah kapal selam Scorpene 2002 dan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu susulan pendakwaan terhadap Thales oleh Kerajaan Perancis atas tuduhan bersubahat merasuah dalam urusniaga Scorpene dua dekad lepas

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu menyiasat kes rasuah kapal selam Scorpene 2002 dan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu susulan pendakwaan yang dibawa terhadap Thales oleh Kerajaan Perancis atas tuduhan bersubahat merasuah dalam urusniaga Scorpene dua dekad lepas.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara boleh bertindak di bawah peruntukan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 77(d) yang memperuntukan bahawa PAC boleh memeriksa “(d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa itu.”

Ini adalah kes kedua di mana pihak berkuasa asing telah mendedahkan kes skandal rasuah besar di Malaysia, sebelum ini, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, telah disabitkan bersalah pada 8 April di Amerika Syarikat, tetapi tidak di Malaysia, atas tiga tuduhan rasuah di luar negara berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Empat tahun yang lepas, saya telah katakan yang “roh Altantuya akan terus menghantui Najib dan Malaysia sehinggalah terdapatnya penyiasatan yang menyeluruh dan memuaskan mengenai motif pembunuhan terkutuk warga Mongolia tersedut dan sehingga pembunuh yang sebenarnya dihadapkan ke muka keadilan”.

Amatlah memalukan untuk negara kita apabila laman web Yayasan Keamanan Dunia di Tufts University mempunyai satu artikel mengenai “Skandal Kapal Selam Scorpene Malaysia” yang bermula dengan dua perenggan berikut:

“Penjualan kapal selam ‘Scorpène’ Perancis bernilai EUR 1.2 bilion kepada Malaysia pada 2002, dan komisen yang meragukan yang mengiringi penjualan itu, mungkin tidak disedari jika tidak kerana berlakunya penculikan dan pembunuhan seorang penterjemah muda pada tahun 2006. Mangsa yang bekerja dengan ejen utama dalam perjanjian itu, telah disasarkan apabila dia cuba mendapatkan bahagian komisennya. Perbicaraan pembunuhan berikutnya membabitkan anggota cawangan risikan khas polis tempatan, yang mungkin pernah berkhidmat dengan menteri pertahanan dan bakal perdana menteri Najib Razak sebagai pengawal peribadi.

“Dengan penyiasatan di Malaysia yang disekat oleh campur tangan politik, momentum penyiasatan beralih ke Perancis. Syarikat pembinaan kapal Perancis, DCNS, telah diserbu pada tahun 2010, dan akhirnya menjadi jelas bahawa syarikat itu berada di bawah pengawasan kerana mengendalikan rangkaian perantara untuk merasuah Razak dan ejennya, Abdul Razak Baginda, yang melanggar peruntukan Konvensyen Rasuah Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Konvensyen (OECD) dan undang-undangnya di Perancis.”

Dengan perkembangan terkini kes pembelian kapal selam Scorpene 2002 di Perancis, PAC mempunyai peluang yang jelas untuk membersihkan nama dan maruah Malaysia dengan satu penyiasatan mendalam terhadap pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 2002 ini dan juga penyiasatan mendalam terhadap pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Shaariibuu.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 28 April 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.