The Johore state general election is about whether Malaysia can do a national turnaround to stop the decline of last half-a-century and start the arduous task to become a world-class great nation by Malaysia’s Centennial in 2063


(Versi BM)

I was born, bred and schooled in Batu Pahat, Johore although in my political demonization, I was accused of being China-born and swam to Malaysia when I was 18 years old.

After secondary schooling in Batu Pahat, I worked in Singapore as a journalist for nearly five years.

I was never involved in any form of politics in Singapore although I was elected Secretary-General of the Singapore National Union of Journalists.

But throughout my stay and work in Singapore, I never felt at home in Singapore as I wanted to be back in Malaya.

I believe these are the same feelings of the 200,000 Johore voters in Singapore, who are in Singapore working for better pay but have not been fully Singaporeanised and feel that they are more Malaysians and Singaporeans.

We admire Singapore for its successes as a world-class great nation but it has its flaws.

We also believe that Malaysia can become a world-class great nation but in different ways although Singapore’s success is a tribute to the talents of Malaysia for Singapore is what it is today also because of the contributions of Malaysians.

Malaysians want to be proud as Malaysians just as Singaporeans are proud to be Singaporeans.

At the present, many things prevent Malaysians from being proud as Malaysians.

Lets take a look at what is currently happening in New York and Johor Baru.

In New York, the trial over the multi-billion-dollar looting of a Malaysian government fund, the 1MDB fund, has started and is expected to last for six weeks.

Roger Ng, Goldman Sach’s former head of investment banking in Malaysia, is charged with conspiring to launder money and violating anti-bribery law in his dealings with Malaysia’s 1MDB sovereign wealth fund.

The trial is renewing scrutiny of Goldman’s role in the international scandal that led to a 12-year jail sentence for Malaysia’s former prime minister Najib Razak.

“The defendant saw an opportunity to make millions of dollars by cheating, and he took it,” Brent Wible, a lawyer with the US Department of Justice, said in an opening statement.

Ng has pleaded not guilty and his lawyer has said he is a “fall guy” for one of the biggest financial scandals in Wall Street history.

The scandal stems from some US$6.5 billion in bonds that Goldman helped 1MDB, launched by Najib to spur economic growth, sell from 2009 to 2014.

US prosecutors say Goldman earned US$600 million in fees from the deals, but that about US$4.5 billion of the funds raised was embezzled.

The bank in 2020 paid a US$2.3 billion fine, returned US$600 million in ill-gotten gains, and agreed for its Malaysian subsidiary to plead guilty in US court as part of a deal, known as a deferred prosecution agreement (DPA).

Wible said Ng helped two co-conspirators – his former boss, Timothy Leissner, and a Malaysian intermediary, Jho Low – launder funds embezzled from 1MDB and used some of the stolen money to bribe officials in the south-east Asian country to win business for Goldman.

Ng received US$35 million in kickbacks from Leissner, Wible said.

Defense lawyer Marc Agnifilo countered that Ng had no role in the scheme perpetrated by Low and Leissner and that he even warned Goldman management not to trust Low.

What is important to Malaysians is that the 1MDB scandal, which the then United States Attorney-General Jeff Sessions had termed as “kleptocracy at its worst”, was not a figment of the imagination and truly existed, as its colossal debts would have to be borne by future generations of Malaysians.

But in Johore Baru, one of the two protagonists of the 1MDB scandal had no compunction whatsoever for the 1MDB scandal, and was in fact preparing his campaign which he hoped would culminate in the 15th General Election and his return as the 10th or 11th Prime Minister of Malaysia.

What is presently happening in New York and Johor Baru underlined one important question about the the Johor state general election – whether Malaysia can do a national turnaround to stop the decline of the last half-a-century and start the arduous task to become a world-class great nation by Malaysia’s Centennial in 2063.

The 200,000 Johore voters in Singapore can make a difference in answering this question – whether Malaysia is condemned to be a kleptocracy, kakistocracy and a failed state by 2063 or whether we have the wherewithal as a Malaysian people to buck up, undergo institutional reforms to revert to the nation-building principles of the Malaysian Constitution and the Rukun Negara and return to the era of the early founders of the Malaysian nation like Tunku Abdul Rahman, Razak and Hussein Onn for Malaysia to fulfil Tunku’s aspiration to be “a haven of peace, harmony and happiness” and “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

While I will continue in Part 2 of my Open Letter tomorrow, I ask for two things:

Firstly, that in view of the Omicron wave in the two-year Covid-19 pandemic in Malaysia and Singapore, the 200,000 Johor voters in Singapore should register as postal voters on the Election Commission website by Friday Feb. 18, 2022;

Secondly, that the Election Commission should extend its registration of postal voters by a week from Feb. 18 to 25, which should pose no problem in the Internet Age.

(Part One of an Open Letter to the 200,000 Johor voters in Singapore by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, 16th February 2022)


Pilihan raya umum negeri Johor akan menentukan sama ada Malaysia boleh melakukan pemulihan nasional untuk menghentikan kemerosotan sejak setengah abad yang lepas dan menandakan permulaan tugas berat untuk menjadi Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang ulang tahun ke 100 negara pada tahun 2063

Saya dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Batu Pahat, Johor walaupun sepanjang kerjaya politik saya, saya dituduh lahir di China dan berenang ke Malaysia ketika saya berusia 18 tahun.

Selepas bersekolah menengah di Batu Pahat, saya bekerja di Singapura sebagai wartawan selama hampir lima tahun.

Saya tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk politik di Singapura walaupun saya telah dipilih sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan Singapura.

Tetapi selama saya tinggal dan bekerja di Singapura, saya tidak pernah berasa selesa di Singapura kerana saya mahu kembali ke Malaya.

Saya percaya inilah perasaan yang sama 200,000 pengundi Johor di Singapura, yang berada di Singapura bekerja untuk gaji yang lebih baik tetapi masih berjiwa rakyat Malaysia, bukannya Singapura.

Kami mengagumi Singapura atas kejayaannya sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia tetapi negara tersebut juga mempunyai kelemahannya.

Kami juga percaya bahawa Malaysia boleh menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia tetapi dengan cara yang berbeza, walaupun kejayaan Singapura sedikit sebanyak juga dibanggai kita kerana sumbangan bakat rakyat Malaysia kepada kejayaan ini.

Rakyat Malaysia mahu berbangga sebagai rakyat Malaysia sebagaimana rakyat Singapura berbangga menjadi rakyat Singapura.

Pada masa kini, banyak perkara yang menghalang rakyat Malaysia untuk berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Mari kita lihat apa yang sedang berlaku di New York dan Johor Baru.

Di New York, perbicaraan rompakan berbilion dolar dana kerajaan Malaysia, Dana 1MDB, telah bermula dan dijangka berlangsung selama enam minggu.

Roger Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman Sach di Malaysia, didakwa bersubahat untuk mengubah wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah dalam menguruskan dana 1MDB Malaysia.

Perbicaraan itu mendedahkan peranan Goldman dalam skandal antarabangsa yang membawa kepada hukuman penjara 12 tahun ke atas bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak.

“Defendan melihat peluang untuk membuat berjuta-juta dolar dengan menipu, dan dia mengambilnya,” Brent Wible, seorang peguam dengan Jabatan Kehakiman AS, berkata dalam satu kenyataan pembukaan.

Ng telah mengaku tidak bersalah dan peguamnya berkata beliau adalah “kambing hitam” untuk salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah Wall Street.

Skandal itu berpunca daripada bon yang bernilai kira-kira AS$6.5 bilion yang diuruskan Goldman untuk 1MDB, yang dilancarkan oleh Najib untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, dijual dari tahun 2009 hingga 2014.

Pendakwa raya AS berkata Goldman memperoleh bayaran sebanyak AS$600 juta daripada perjanjian itu, tetapi kira-kira AS$4.5 bilion dana yang diperoleh telah diseleweng.

Bank itu pada tahun 2020 membayar denda sebanyak AS$2.3 bilion, mengembalikan AS$600 juta keuntungan yang diperoleh secara haram, dan bersetuju agar anak syarikat Malaysianya mengaku bersalah di mahkamah AS sebagai sebahagian daripada perjanjian, yang dikenali sebagai perjanjian pendakwaan tertunda (DPA).

Wible berkata Ng membantu dua konspirator bersama – bekas bosnya, Timothy Leissner, dan seorang perantara Malaysia, Jho Low – untuk menyeleweng dana yang dicuri daripada 1MDB dan menggunakan sebahagian wang yang dicuri untuk merasuah pegawai di negara Asia Tenggara itu untuk memenangi perniagaan untuk Goldman.

Ng menerima sogokan AS$35 juta daripada Leissner, kata Wible.

Peguam bela Marc Agnifilo membalas bahawa Ng tidak mempunyai peranan dalam skim yang dilakukan oleh Low dan Leissner dan bahawa dia juga memberi amaran kepada pengurusan Goldman supaya tidak mempercayai Low.

Apa yang penting bagi rakyat Malaysia ialah skandal 1MDB, yang pada masa itu digelar oleh Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions sebagai “kleptokrasi yang paling teruk”, bukanlah satu khayalan, sebaliknya benar-benar wujud, kerana hutangnya yang sangat besar perlu dibayar dan ditanggung oleh generasi masa hadapan rakyat Malaysia.

Tetapi di Johor Baru, salah seorang daripada dua protagonis skandal 1MDB tidak mempunyai sebarang rasa prihatin terhadap skandal 1MDB, dan sebenarnya sedang mempersiapkan kempennya untuk kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 atau ke-11.

Apa yang sedang berlaku di New York dan Johor Baru pada masa ini menggariskan satu persoalan penting mengenai pilihan raya umum negeri Johor – sama ada Malaysia boleh melakukan pemulihan nasional untuk menghentikan kemerosotan sejak setengah abad yang lepas dan menandakan permulaan tugas berat untuk menjadi Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang ulang tahun ke 100 negara pada tahun 2063.

200,000 pengundi Johor di Singapura boleh membuat perubahan dalam menjawab soalan ini – sama ada Malaysia terhumban menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal menjelang 2063 atau sama ada kita mempunyai kemampuan sebagai rakyat Malaysia untuk bangkit, menjalankan reformasi institusi untuk kembali kepada prinsip pembinaan negara seperti dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara dan kembali ke era pengasas awal negara Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman, Razak dan Hussein Onn agar Malaysia memenuhi aspirasi Tunku untuk menjadi “syurga keamanan, keharmonian dan kebahagiaan” dan “suar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Walaupun saya akan meneruskan Bahagian 2 Surat Terbuka saya esok, saya meminta dua perkara:

Memandangkan kita sedang berhadapan dengan gelombang penularan varian Omicron di Malaysia dan di Singapura, 200,000 pengundi Johor di Singapura patut mendaftar sebagai pengundi pos di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum hari Jumaat, 18 Disember 2022;

Kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melanjutkan tempoh pendaftaran pengundi pos selama seminggu dari 18 hingga 25 Februari, perkara yang sepatutnya tidak menimbulkan masalah dalam Era Internet.

(Bahagian Pertama Surat Terbuka kepada 200,000 pengundi Johor di Singapura dari Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 16 Februari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.