What a contrast – in New York a Goldman Sachs banker is standing corruption trial but in Malaysia the key personality in the 1MDB scandal is seeking to return as the 10th or 11th Prime Minister of Malaysia


What a contrast – in New York a Goldman Sachs banker is standing corruption trial but in Malaysia the key personality in the 1MDB scandal is seeking to return as the 10th or 11th Prime Minister of Malaysia.

Roger Ng, Goldman’s former head of investment banking in Malaysia, has pleaded not guilty to helping to launder hundreds of millions of dollars looted from Malaysia’s 1MDB sovereign wealth fund and bribing officials to win business.

He is charged with three counts of conspiracy to launder money and to violate an anti-bribery law.

Jury selection began yesterday in the U.S. corruption trial.

Goldman helped sell US$6.5 billion of bonds for 1MDB, a fund former Malaysian Prime Minister Najib Razak launched to spur economic development.

Authorities said fund officials and accomplices looted some of the money to spend on luxuries, while Goldman bankers paid more than US$1.6 billion in bribes to officials in Malaysia and Abu Dhabi for 1MDB business.

Goldman agreed in 2020 to pay US$2.9 billion in penalties and have a Malaysian unit admit criminal wrongdoing to settle probes by the U.S. Department of Justice and other authorities into its role in 1MDB.

But in Malaysia, the person most responsible for the 1MDB scandal, described by the then US Attorney-General Jeff Sessions at an international conference in
December 2017 as “kleptocracy at its worst”, is campaigning to return as the 10th or 11 Prime Minister of the country.

The 1MDB scandal is the biggest failure of the country’s anti-corruption agency in the nation’s history but before the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) can live down this infamy, the MACC Chief Commissioner Azam Baki is embroiled in the greatest confidence crisis when he lost all confidence and support of Malaysians to head the MACC when he failed to be an example of integrity, probity and accountability and was unable to explain conflict-of-interest allegations which had been made against him for over three months.

Is Prime Minister Ismail Sabri so impotent that he is unable to ask Azam Baki to go on leave until Azam had cleared himself of the serious allegations?

I recently came across the comments of the former British Prime Minister, Gordon Brown, in the book “The Wolf Catcher”, where he compared two “notorious cases of wrongdoing at the highest level” – Malaysia’s 1MDB and Brazil’s Pertrobas.

Gordon Brown said: “But the 1MDB theft – with its global scope and scale, and its geo-political fallout – has reached even deeper than the oil company scandal that has engulfed Brazil.”

Malaysia will suffer a double infamy if the major protagonist in the 1MDB scandal can return as the 10th or 11th Prime Minister of Malaysia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 8th January 2022)


Jauh bezanya – di New York seorang pegawai bank Goldman Sachs sedang menghadapi perbicaraan rasuah tetapi di Malaysia personaliti utama dalam skandal 1MDB berhasrat untuk kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11

Jauh bezanya – di New York seorang pegawai bank Goldman Sachs sedang menghadapi perbicaraan rasuah tetapi di Malaysia personaliti utama dalam skandal 1MDB berhasrat untuk kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11.

Roger Ng, bekas ketua pegawai bank Goldman di Malaysia, telah mengaku tidak bersalah kerana membantu melakukan pengubahan wang haram bernilai ratusan juta dolar yang dirompak daripada dana kekayaan negara 1MDB dan merasuah pegawai di Malaysia untuk mendapatkan peluang perniagaan.

Dia didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah.

Pemilihan juri bermula semalam dalam perbicaraan rasuah di Amerika Syarikat (AS).

Goldman membantu menjual bon bernilai AS$6.5 bilion untuk 1MDB, dana yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk memacu pembangunan ekonomi.

Pihak berkuasa berkata pegawai dana dan rakan sejenayah mereka merompak sebahagian wang untuk dibelanjakan bagi tujuan kemewahan, manakala pegawai bank Goldman membayar lebih AS$1.6 bilion rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk perniagaan 1MDB.

Goldman bersetuju pada 2020 untuk membayar penalti AS$2.9 bilion dan meminta unit Malaysia mengakui kesalahan jenayah bagi menyelesaikan siasatan oleh Jabatan Kehakiman AS dan pihak berkuasa lain mengenai peranannya dalam 1MDB.

Tetapi di Malaysia, individu yang paling bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB, yang digambarkan oleh Peguam Negara AS ketika itu Jeff Sessions pada persidangan antarabangsa pada Disember 2017 sebagai “kleptokrasi yang terburuk”, berkempen untuk kembali sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11.

Skandal 1MDB adalah kegagalan terbesar agensi antirasuah negara dalam sejarah negara tetapi sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mengatasi keburukan ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pula terpalit dengan krisis keyakinan terbesar apabila beliau kehilangan semua keyakinan dan sokongan rakyat Malaysia untuk mengetuai SPRM apabila beliau gagal menjadi contoh integriti, kejujuran dan akauntabiliti serta tidak dapat menjelaskan dakwaan konflik kepentingan yang telah dibuat terhadapnya selama lebih tiga bulan lalu.

Adakah Perdana Menteri Ismail Sabri terlalu lemah sehingga tidak dapat meminta Azam Baki bercuti sehingga Azam membersihkan namanya daripada tuduhan yang serius itu?

Baru-baru ini saya terjumpa komen mantan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, dalam buku “The Wolf Catcher”, di mana beliau membandingkan dua “kes terkenal salah laku di peringkat tertinggi” – 1MDB Malaysia dan Petrobras Brazil.

Gordon Brown berkata: “Tetapi kecurian 1MDB – dengan skop dan skala globalnya, dan kejatuhan geo-politiknya – memberi kesan lebih mendalam berbanding skandal syarikat minyak yang telah melanda Brazil.”

Malaysia akan mengalami keburukan berganda jika protagonis utama dalam skandal 1MDB boleh kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 8 Januari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.