2021 has the been the worst annus horribilis (horrible year), more than any year past, for Malaysia – Covid-19 pandemic, floods, kleptocracy, a convict opening an international conference, Kerajaan Gagal1 and Kerajaan Gagal2 among the long list of failures.
Should Malaysians give in to despair, dejection, despondency and hopelessness?
I do not think so.
We must strive for an annus mirabilis (wonderful year), not in 2022 but before Malaysia’s Centennial on 2063.
Being human beings, hope springs eternal as there is no reason why Malaysia should drop to the bottom of the heap of nations to become a kleptocracy, kakistocracy and a failed nation.
We were equals if not better than Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam in international competitiveness, good governance, rule of law, war against corruption and having an effective and efficient government.
The last half a century has changed the scenario for we are now straggling behind these countries.
Even more serious, we are in the trajectory of sluggards if we do bestir ourselves, as our fate in the coming decades is to be overtaken in the race of nations by other countries including Indonesia unless Malaysians regardless of race, religion or region unite to achieve our Malaysian Dream to be a world-class great nation.
It is in this spirit that I apppeal to the Federation of Peninsular Malay Students (GPMS), the Islamic Education Development Council (Mappim) and the Confederation of Malaysian Writers Association (Gapena) not to appeal the Kuala Lumpur High Court decision on the constitutionality of Chinese and Tamil primary schools but to provide leadership to undo the half-a-century of national decline losing out to other countries.
A KL High Court decision pronouncing the unconstitutionality of Chinese and Tamil primary schools would not only be against the Malaysian Constitution and the Rukun Negara, but will be the most polarising event in the nation’s history, putting the clock back of Malaysian nation-building.
Let all Malaysians enter the New Year of 2022 with one resolution – to say farewell to the annus horribilis of 2021 and to commit themselves to one goal, to reset and achieve the nation’s capabilities to become a world-class great nation in international competitiveness, good governance, the rule of law, war against corruption and having an efficient and effective government.
(2022 New Year Message by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, 31st December 2021)
Rayuan kepada GPMS, Mappim, dan Gapena untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai keabsahan sekolah rendah Cina dan Tamil, sebaliknya untuk mereka menunjukkan kepimpinan dalam mengungkai semula kemerosotan negara dalam setengah abad yang lepas berbanding dengan negara lain
Tahun 2021 ini boleh dikira sebagai annus horribilis (tahun yang buruk) yang terburuk, lebih buruk berbanding dengan tahun-tahun yang lepas, untuk Malaysia – dengan wabak Covid-19, kleptokrasi, penjenayah tersabit merasmikan acara persidangan antarabangsa, Kerajaan Gagal 1 dan Kerajaan Gagal 2, dan lain-lain perkara lagi.
Adakah rakyat Malaysia perlu berputus asa dan berputus harapan?
Saya tidak merasakan begitu.
Kita perlu mengejar annus mirabilis (tahun yang gemilang), mungkin bukan dalam 2022, tetapi sebelum ulang ke-100 Malaysia pada tahun 2063.
Sebagai manusia, harapan berkekalan selamanya kerana tidak ada sebab untuk Malaysia terus merosot berbanding dengan negara-negara lain dengan menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara yang gagal.
Kita dahulu merupakan negara yang setaraf – malah mungkin lebih baik – berbanding dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam dari segi daya saing antarabangsa, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, perang melawan rasuah, dan mempunyai kerajaan yang berkesan dan efisien.
Tetapi, setengah abad yang lepas telah mengubah senario di negara kita sehingga kita kini ketinggalan di belakang negara-negara ini.
Apa yang lebih membimbangkan adalah kita kini berada dalam hala tuju ke arah ditinggalkan jauh ke belakang sekiranya kita tidak membuat apa-apa untuk mengubah nasib kita, di mana kita ditakdirkan dalam dekad-dekad yang mendatang untuk ditinggalkan di belakang oleh negara lain seperti Indonesia, melainkan jika kita semua tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan bersatu-padu untuk mencapai Impian Malaysia untuk menjadi negara hebat yang bertaraf dunia.
Dalam semangat inilah saya merayu kepada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai keabsahan sekolah rendah Cina dan Tamil, sebaliknya untuk mereka menunjukkan kepimpinan dalam mengungkai semula kemerosotan negara dalam setengah abad yang lepas berbanding dengan negara lain.
Sebarang keputusan Mahkamah Tinggi KL yang mengumumkan yang status tidak sah sekolah rendah Cina dan Tamil di segi perlembagaan ini bukan sahaja bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, tetapi juga akan menjadi satu kejadian yang amat memecah belahkan rakyat dalam sejarah negara dan menjadi satu lagi halangan kepada usaha pembinaan negara bangsa Malaysia.
Marilah kita semua rakyat Malaysia masuk ke tahun baharu 2022 dengan satu azam bersama – untuk meninggalkan annus horribilis 2021 di belakang dan komited kepada satu matlamat, untuk menetapkan semula dan mencapai kebolehan negara kita untuk menjadi sebuah negara hebat yang bertaraf dunia dalam bidang daya saing, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, perang melawan rasuah, dan mempunyai kerajaan yang efisien dan berkesan.
(Perutusan Tahun Baharu 2022 Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 31 Disember 2021)