Lim Kit Siang

Ismail Sabri’s First Hundred Days, whether of his premiership or his government, is nothing to boast about – whether the “Keluarga Malaysia” concept or Covid-19 Pandemic

(Versi BM)

Yesterday, 7th December 2021 was the First Hundred Days of Ismail Sabri’s government although his own First Hundred Days as ninth Prime Minister of Malaysia fell nine days earlier on 28th November 2021.

Ismail Sabri’s First Hundred Days, whether of his premiership or of his government, is nothing to boast about – whether the “Keluarga Malaysia” concept or Covid-19 pandemic.

Firstly, the Ismail Sabri’s “Keluarga Malaysia” concept is more divisive and fragile than that envisioned by the founding fathers of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Razak, Ismail, Hussein Onn, Tan Cheng Lock, V.T. Sambanthan, and embedded in the Malaysian Constitution and Rukun Negara.

Those who talk of “Keluarga Malaysia” in 2021 seem to be different human beings from those who envisioned the “Keluarga Malaysia” concept in the early days of the country’s nationhood, as the latter ones seemed to have lost their moral compass.

The founding fathers of Malaysia were the first generation of Malaysians who do not reject the “Malaysian First” concept, accepting it as “work-in-progress” in Malaysia as a multi-racial, multi-lingual, multi-cultural and multi-religious nation, but their descendents pride themselves in an exclusivist “Malay First” concept.

As a result, the polarisation of races and religions rule the roost introducing the toxic fumes of extremism, intolerance, hate, lies and falsehood.

The “Keluarga Malaysia” concept has undergone great changes from the early days of nationhood, for Tunku Abdul Rahman would have reacted in horror if there had been suggestion in his time that coffee shops had to pay an exorbitant licence to sell beer – the current controversy of the present time.

Corruption has become a serious problem as compared to the early days of Malaysian nationhood to the extent that Malaysia became the poster boy of “kleptocracy at its worst” to the world – which must caused the first three Prime Ministers to turn in their graves – an infamous appellation which Malaysians struggled to shake off for 22 months, relapsed and is still awaiting the outcome whether Malaysia can finally say farewell to kleptocracy!

In 2019, Malaysia was ranked high as No. 18 country in the Global Health Security Index, and regarded as best positioned to deal with pandemic diseases but when the Covid-19 Pandemic hit the world in the last two years, Malaysia proved to be one of the worst performing nations in the world, occupying the top 20 position for cumulative total of Covid-19 cases for the past two months.

Indonesia, which was ranked No. 30 in the Global Health Security Index in 2019, recorded 261 daily new increase of Covid-19 cases and 17 Covid-19 deaths yesterday as compared to Malaysia’s 4,965 Covid-19 cases and 66 Covid-19 deaths.

Indonesia has been recording triple-digit daily increase of new Covid-19 cases for 53 days since Oct. 15 and for eight days since 19th November had recorded single-digit Covid-19 deaths while Malaysia is struggling for seven months to reduce daily new Covid-19 cases to below 4,000 cases and struggling for eight months to reduce daily Covid-19 deaths to single-digit numbers.

In the last half-a-century, we have been losing out to more and more countries whether in international competitiveness, good governance or having a more efficient and effective government, and if we our poor performance in the Covid-19 pandemic is not a wake-up call, Ismail Sabri’s “Keluarga Malaysia” concept will not save Malaysia from the trajectory of decline and lose out to more countries, including Indonesia!

In a few hours, Malaysians will know whether they will be faced with a new crisis and whether an unprecedented campaign will be mounted for the return of Najib Razak as the 10th Prime Minister of Malaysia and all that it means for the prospect of Malaysia realising its dream and vision of becoming a world-class great nation before its Centennial in 2057.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 8th December 2021)


Seratus Hari Pertama Ismail Sabri, sama ada sebagai perdana menteri atau kerajaan, tidak boleh dibanggakan — tidak kira dalam aspek konsep “Keluarga Malaysia” mahupun cara menangani wabak Covid-19

Semalam, 7 Disember 2021 adalah Seratus Hari Pertama pemerintahan Ismail Sabri walaupun Seratus Hari Pertama beliau sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan jatuh sembilan hari lebih awal pada 28 November 2021.

Seratus Hari Pertama Ismail Sabri, sama ada menjadi perdana menteri atau kerajaan, bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan – tidak kira dalam aspek penerapan konsep “Keluarga Malaysia” atau cara menangani wabak Covid-19.

Pertama, konsep “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri lebih memecahbelahkan dan rapuh daripada yang dibayangkan oleh bapa pengasas Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Razak, Ismail, Hussein Onn, Tan Cheng Lock, V.T. Sambanthan, dan menyimpang daripada Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.

Mereka yang bercakap tentang “Keluarga Malaysia” pada tahun 2021 nampaknya adalah manusia yang berbeza daripada mereka yang membayangkan konsep “Keluarga Malaysia” pada zaman awal pembinaan negara, kerana mereka yang terkemudian seolah-olah kehilangan kompas moral mereka.

Bapa pengasas Malaysia adalah generasi pertama rakyat Malaysia yang tidak menolak konsep “Malaysian First”, menerimanya sebagai “kerja dalam proses” di Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama, tetapi keturunan mereka berbangga dengan konsep eksklusif “Melayu Didahulukan”.

Akibatnya, polarisasi kaum dan agama menguasai akar yang mencambahkan ekstremisme, sikap tidak bertolak ansur, kebencian, pembohongan dan kepalsuan.

Konsep “Keluarga Malaysia” telah mengalami perubahan besar sejak zaman awal pembinaan negara, kerana Tunku Abdul Rahman akan bertindak balas jika ada cadangan pada zamannya bahawa kedai kopi perlu membayar lesen yang terlalu tinggi untuk menjual minuman keras – kontroversi yang berlaku masa kini.

Rasuah telah menjadi masalah yang serius berbanding dengan zaman awal pembinaan negara Malaysia sehingga Malaysia digelar “kleptokrasi yang paling teruk” di dunia – yang pasti merungsingkan tiga Perdana Menteri pertama jika mereka masih hidup – dan kata-kata kejian yang terpaksa ditepis oleh rakyat Malaysia selama 22 bulan, berulang dan masih menunggu keputusan sama ada Malaysia akhirnya boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kleptokrasi!

Pada 2019, Malaysia berada di kedudukan tinggi sebagai negara ke-18 dalam carta Indeks Keselamatan Kesihatan Global, dan dianggap sebagai kedudukan terbaik dalam menangani pandemik tetapi apabila Pandemik Covid-19 melanda dunia dalam tempoh dua tahun lepas, Malaysia terbukti menjadi satu daripada negara paling teruk di dunia, menduduki kedudukan 20 teratas bagi jumlah kumulatif kes Covid-19 sejak dua bulan lalu.

Indonesia, yang berada di kedudukan ke-30 dalam Indeks Keselamatan Kesihatan Global pada 2019, merekodkan 261 kes harian baharu Covid-19 dan 17 korban akibat wabak itu semalam berbanding 4,965 kes Covid-19 di Malaysia dan 66 korban.

Indonesia telah merekodkan kes positif harian Covid-19 dalam julat tiga angka selama 53 hari sejak 15 Oktober dan selama lapan hari sejak 19 November telah merekodkan kematian Covid-19 dalam julat satu angka manakala Malaysia sedang bergelut selama tujuh bulan untuk mengurangkan kes harian baharu Covid-19 ke bawah paras 4,000 kes dan bergelut selama lapan bulan untuk mengurangkan angka korban harian akibat Covid-19 kepada julat satu digit.

Dalam setengah abad yang lalu, kita telah kalah kepada lebih banyak negara sama ada dalam daya saing antarabangsa, tadbir urus yang baik atau mempunyai kerajaan yang lebih cekap dan berkesan, dan jika prestasi buruk kita dalam pandemik Covid-19 bukanlah satu seruan untuk bangkit dari lena, konsep “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri tidak akan menyelamatkan Malaysia daripada trajektori kemerosotan dan kekalahan terhadap lebih banyak negara, termasuk Indonesia!

Dalam beberapa jam lagi, rakyat Malaysia akan tahu sama ada mereka akan berdepan dengan krisis baharu dan sama ada kempen yang belum pernah berlaku sebelum ini akan dijalankan untuk mengembalikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan semua yang bermakna untuk prospek Malaysia merealisasikan impian dan visi untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia sebelum ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 8 Disember 2021)

Exit mobile version