Thirty-seven years ago in 1984, the UMNO Malacca State Government wanted to demolish Bukit China with 12,500 graves of various communities – mostly
Chinese but there are also Malay and Portuguese graves – for commercial development to build shopping complexes and condominiums.
DAP launched a “Save Bukit China campaign” and united not only the people of Malacca, of also of Malaysia, comprising all races and religions, to preserve the Bukit China cemetery hill as a Malaysian national heritage site.
The campaign started on a pessimistic note, as there were many naysayers who said that the campaign was bound to fail as it was not possible to stop the Malacca State Government which had announced its plan to demolish Bukit China to give way to commercial development.
We organised ceramahs not only in Malacca, but throughout the country to explain the aims of the “Save Bukit China campaign” and we organised many functions throughout the country to explain the injustice of the Malacca State Government to demolish the 400-year old cemetery hill.
Many who joined the “Save Bukit China campaign” were harassed and intimidated, and even arrested and charged in court, but eventually, the unity of the people was too mighty even for the Malacca State Government to ignore and the Bukit China cemetery hill stands today as a symbol of what could be achieved if the people are united behind an issue.
Today, we face a bigger crisis.
On Saturday, the Malacca voters go to the polls in the Malacca general election which will have far-reaching implications and consequences for the future of politics and nation-building in Malaysia.
I understand the disappointment, hopelessness and even desolation felt by many in the land that the Pakatan Harapan had not introduced many institutional and structural reforms and changes in Malaysia.
But they forget that Pakatan Harapan Government had only 22 months although it had a mandate to govern for five years before it was robbed by the Sheraton Move conspiracy which ushered in two backdoor, illegitimate and undemocratic governments under two Prime Ministers, Muhyiddin Yassin and Ismail Sabri.
I myself am not happy with the rate of institutional reforms and changes under the 22-month Pakatan Harapan government, and if this rate had continued after the mid-term of Pakatan Harapan government at the end of 2020, I would have done my best to ensure that the Pakatan Harapan government did its utmost to implement the institutional reforms and changes promised in the Pakatan Harapan general election manifesto.
In fact, I already had a meeting with the then Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad to express my concerns about the tardiness of Pakatan Harapan to implement the general election pledges, but before more could be done, the PH was toppled by the Sheraton Move conspiracy in February 2020.
In the last few days, we have the revelation and confession from Muhyiddin that he had been opposing institutional reforms promised during the general election, vindicating my statement to our Gadek candidate, Saminathan Ganesan, that if he had not been released from the trumped-up charges of terrorist connection with the Sri Lankan Tamil Tigers, he was likely to be incarcerated for quite some time after the Sheraton Move conspiracy in February 2020.
But one fact is undeniable. Malaysia had not lived up to its promise to be a world-class great nation as Malaysia had been overtaken by one country after another in the past half-century – Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam.
The 22-month Covid-19 pandemic has exposed an unpleasant reality – we are even losing out to Indonesia which is fast closing the development gap between the two countries.
If Malaysia does not wake up and bestir itself to greater accomplishments, in a decade or two, young Malaysians will be going to Indonesia to find work instead of the other way around.
I therefore call on the voters of Malacca, on the occasion of the 37th anniversary of the Save Bukit China Campaign, to use the Malacca general election on Saturday to launch a “Centennial Save Malaysia Campaign“ for Malaysia to stop the regression of the past half-a-century and to become a world-class great nation by 2057.
Malaysia cannot become a world-class great nation in a year or two, or even in a decade or two. It is going to be a great challenge for Malaysia to become a world-class great nation in 36 years’ time in 2057.
This is not going to be an easy challenge, but with the success and in the spirit of “Save Bukit China” which could mobilise and unite the diverse peoples in Malacca and Malaysia for a common mission, I belive that this not an impossible mission.
I do not hide my worry that the voting turnout on Saturday for the Malacca general election may be a historic low, which will be a bad sign for the “Centennial Save Malaysia Campaign” to become a world-class great nation by 2057.
During the Covid-19 pandemic, the voting turnout in Jordan was 30% and in Algeroa 29%.
Let the people of Malacca shock Malaysians on Saturday by producing over 70% or even over 80% voting turnout – which will be a wonderful start to the Centennial Save Malaysia 2057 Campaign to become a world-class great nation.
I will not be around in 2057 to see whether Centennial Malaysia 2057 succeeds in becoming a world-class great nation, but we should start this campaign atop the Bukit China hill, among the remains of our ancestors, where we can not only look back at Malacca’s 600-year past history but dare to look into the 100-year future to pursue the Malaysian Dream.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on top of Bukit China, Malacca leading DAP candidates in the Malacca general election to commemorate 37-year successful “Save Bukit China campaign” on Wednesday, November 17, 2021 at 8 a.m)
Seruan kepada rakyat Melaka untuk menggunakan pilihan raya negeri Melaka pada Sabtu bagi melancarkan “Kempen Selamatkan Malaysia” supaya Malaysia dapat menghentikan kemerosotan yang dialami sepanjang separuh kurun yang lalu dan menjadi negara hebat bertaraf dunia menjelang 2057
37 tahun lalu pada 1984, Kerajaan Negeri Melaka yang dikuasai UMNO mahu memusnahkan Bukit Cina yang menempatkan 12,500 kubur pelbagai masyarakat — kebanyakannya orang Cina tetapi terdapat juga kubur orang Melayu dan Portugis — untuk tujuan pembangunan komersial bagi membina kondominium dan kompleks membeli belah.
DAP melancarkan “kempen Selamatkan Bukit Cina” dan menyatukan bukan sahaja orang Melaka, malah rakyat Malaysia, terdiri daripada pelbagai latar kaum dan agama, untuk memelihara Bukit Cina kerana ia adalah sebuah tapak warisan nasional rakyat Malaysia.
Kempen berkenaan pada awalnya disambut dengan nada pesimistik, kerana ramai yang beranggapan kempen berkenaan akan gagal karena ramai yang beranggap mustahil untuk menghalang Kerajaan Negeri Melaka daripada meneruskan rancangannya untuk memusnahkan Bukit Cina bagi memberi laluan kepada pembangunan pusat komersial di situ.
Kami menganjurkan ceramah bukan sahaja di Melaka, tetapi di seluruh negara untuk menjelaskan tujuan dan matlamat “kempen Selamatkan Bukit Cina” dan kami menganjurkan pelbagai acara di seluruh negara untuk menjelaskan ketidakadilan Kerajaan Negeri Melaka yang mahu memusnahkah tapak perkuburan yang berusia 400 tahun itu.
Ramai antara mereka yang menyertai “kempen Selamatkan Bukit Cina” telah diganggu, dan mereka malah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, bagaimanapun, berkat kesatuan rakyat, tapak perkuburan Bukit Cina kekal sehingga ke hari ini, sekali gus menjadi simbol: apa jua mampu dicapai jika rakyat bersatu untuk menegakkan satu-satu isu.
Hari ini, kita berdepan krisis yang lebih besar.
Pada Sabtu, pengundi Melaka akan memilih dalam pilihan raya negeri Melaka yang mana akan memberikan implikasi dan kesan yang besar terhadap masa depan politik dan pembinaan negara bangsa Malaysia.
Saya faham akan kekecewaan dan putus asa yang dirasai ramai berikutan Pakatan Harapan tidak melaksanakan banyak reformasi dan perubahan struktural institusi di Malaysia.
Namun, mereka lupa Kerajaan Pakatan Harapan hanya memerintah selama 22 bulan meskipun ia diberikan mandat untuk mentadbir selama lima tahun sebelum mandat itu dirampas oleh konspirasi Langkah Sheraton yang membawa masuk dua kerajaan pintu belakang, tidak sah dan tidak demokratik yang dipimpin dua Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri.
Saya sendiri tidak gembira dengan kadar kemajuan keseluruhan agenda perubahan dan reformasi institusi sepanjang kerajaan Pakatan Harapan mentadbir selama 22 bulan, dan jika kadar ini berterusan selepas setengah penggal kerajaan Pakatan Harapan mentadbir pada penghujung 2020, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan melakukan sehabis baik untuk melaksanakan perubahan dan reformasi institusi yang telah dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum lalu.
Malah sebenarnya, saya telah mengadakan pertemuan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan kebimbangan saya tentang kelewatan Pakatan Harapan dalam menunaikan janji-janji pilihan raya umum, namun sebelum ia dapat dilaksanakan, PH telah ditumbangkan oleh konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Dalam beberapa hari lalu, kita telah disajikan dengan pendedahan dan pengakuan daripada Muhyiddin bahawa beliau telah melakukan tindakan yang tidak selari dengan reformasi institusi yang dijanjikan semasa pilihan raya umum, menunjukkan bahawa kenyataan saya berkenaan calon Gadek, Saminathan Ganesan sebelum ini adalah benar, bahawa jika beliau tidak dibebaskan dibebaskan atas tuduhan tuduhan dibuat-buat berkaitan dengan Tamil Tigers mungkin beliau akan ditahan untuk masa yang lama.
Namun ada satu fakta yang tidak boleh disangkal, Malaysia tidak dapat mencapai status negara hebat bertaraf dunia kerana kini kita telah dipintas oleh banyak negara sejak separuh kurun yang lalu — sekadar menyebut negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam.
Wabak Covid-19 yang berlarutan selama 22 bulan telah mempersembahkan kita dengan realiti yang tidak menyenangkan — kita tewas kepada Indonesia yang semakin merapatkan jurang pembangunan antara kedua-dua negara.
Jika Malaysia tidak bangkit dan memajukan dirinya untuk mengapai pencapaian yang lebih bear, dalam tempoh sedekad dua ini, anak muda Malaysia akan terpaksa berhijrah ke Indonesia untuk mencari rezeki.
Saya justeru menggesa pengundi Melaka, sempena ulang tahun ke-37 Kempen Selamatkan Bukit Cina, untuk menggunakan peluang pilihan raya negeri Melaka pada Sabtu ini, untuk melancarkan “Kempen Selamatkan Malaysia” untuk Malaysia menghentikan kemerosotan sejak separuh dekad yang lalu dan menjadi negara hebat bertaraf dunia menjelang 2057.
Malaysia tidak akan mampu menjadi negara hebat bertaraf dunia dalam tempoh setahun atau dua, atau dalam masa sedekad dua. Malaysia perlu menempuh onak dan duri sepanjang 36 tahun demi menjadi negara hebat bertaraf antarabangsa menjelang 2057.
Ini sesuatu yang sukar, namun dengan kejayaan dan semangat “Selamatkan Bukit Cina” yang dilihat mampu menggerakkan dan menyatukan rakyat dengan pelbagai latar belakang di Melaka dan Malaysia secara keseluruhannya demi mencapai matlamat bersama, saya yakin ia tidak mustahil untuk dicapai.
Saya tidak akan menyembunyikan kebimbangan saya tentang kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah pada Sabtu ini, yang dilihat sebagai petanda buruk terhadap “Kempen Selamatkan Malaysia” untuk menjadi negara ini negara hebat bertaraf dunia menjelang 2057.
Sepanjang wabak Covid-19 melanda, jumlah peratusan mengundi di Jordan turun mendadak kepada 30%, sementara di Algeria 29%.
Saya berharap rakyat Melaka mampu memberikan kejutan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya pada Sabtu ini dengan beramai-ramai keluar mengundi — mencapai 70% atau lebih 80% peratusan keluar mengundi — yang mana mampu memberikan permulaan yang kencang buat Kempen Selamatkan Malaysia 2057 untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia.
Saya mungkin sudah tiada pada 2057 untuk menyaksikan sama ada kempen ini berjaya, tetapi kita harus memulakan kempen ini di atas puncak Bukit Cina, bersama-sama semangat nenek moyang kita, di mana kita bukan sahaja merenung semula kegemilangan yang dinikmati Melaka pada 600 tahun dahulu, malah berani untuk memandang seratus tahun ke hadapan bagi merealisasikan matlamat Impian Malaysia.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di atas puncak Bukit Cina, Melaka bersama-sama calon-calon DAP untuk pilihan raya negeri Melaka bagi mengenang kejayaan “Kempen Selamatkan Bukit Cina” yang dikecapi pada 37 tahun lalu pada Rabu, 17 November 2021, 8 pagi)