Congrats to Khairy on nomination as Vice President for 75th World Health Assembly – there is half a year for Malaysia to shake off the opprobrium of Malaysia as one of the worst performing states in Covid-19 pandemic


(Versi BM)

Congrats to Khairy Jamaluddin on his unanimous nomination by the Western Pacific Region (WPR) of World Health Organisation (WHO) as Vice President for the 75th World Health Assembly (WHA) which will take place from May 22 to 28, 2022 in Geneva.

Khairy has now half a year to shake off the opprobrium of Malaysia as one of the worst performing states in the Covid-19 pandemic.

It is a matter of concern that the daily new Covid-19 cases has surged upwards to 6,148 cases to bring the cumulative total of 2,4489,372 and the daily Covid-19 deaths remain on the high side with 98 deaths with 32 Brought-in-Dead, taking the cumulative total of Covid-19 deaths to 28,674 deaths.

At present, Malaysia is ranked No. 20 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases but the country with the least population. Leading the pack is United States with a population of 333 million with 46.5 million Covid-19 cases; India Number Two with a population of 1.4 billion with 34 million Covid-19 cases; Brazil Number Three with a population of 215 million with 21.7 million Covid-19 cases; United Kingdom No. 4 with 68 million population with 8.9 million Covid-19 cases and Russia No. 5 with a population of 146 million with 8.4 million Covid-19 cases.

But our daily Covid-19 deaths yesterday placed Malaysia as the world’s Top 15th nation for daily Covid-19 deaths, even more than Indonesia, which recorded 29 deaths, Vietnam 54 deaths, Japan 14 deaths, South Korea nine deaths.

The surge in Covid-19 cases and the high rate of Covid-19 deaths are matters of concern when the country is opening up to revive the economy and with the Election Commission setting Nov. 8 and 20 as Nomination and Polling Days for the Malacca state general election.

The Health Ministry and the Election Commission should consult with all interested parties on the SOPs to be applied to strike a proper balance between reviving the economy and conducting a free, fair and clean general election with the objective of winning the war against the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday October 28, 2021)


Tahniah kepada Khairy atas pencalonan sebagai Naib Presiden ke-75 Perhimpunan Kesihatan Sedunia — ada setengah tahun untuk Malaysia memulihkan imej negara yang dilihat sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan Covid-19

Tahniah kepada Khairy atas pencalonan sebulat suara oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Kawasan Serantau Pasifik Barat (WPR) untuk beliau sebagai Naib Presiden ke-75 Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang akan berlangsung di antara 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva.

Khairy kini ada setengah tahun untuk Malaysia memulihkan imej negara yang dilihat sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan Covid-19.

Amat membimbangkan apabila angka kes harian ini telah meningkat kepada 6,148 kes, membawa kepada sejumlah 2,448,372 kes dan kadar kematian akibat Covid-19 masih kekal tinggi dengan 98 kematian, termasuklah 32 kes BID, membawa jumlah keseluruhan korban akibat Covid-19 kepada 28,674 kematian.

Setakat ini, Malaysia berada di tempat ke-20 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia dan kita adalah negara dengan populasi terkecil dalam senarai ini. Senarai ini diketuai oleh Amerika Syarikat yang mempunyai 333 juta penduduk dengan 46.5 juta kes Covid-19; tempat kedua, India, 1.4 bilion penduduk dengan 34 juta kes; tempat ketiga, Brazil dengan populasi 215 juta dan 21.7 juta kes; United Kingdom di tempat keempat dengan 68 juta penduduk dan 8.9 juta kes Covid-19, dan Rusia di tempat kelima dengan 146 juta penduduk dan 8.4 juta kes Covid-19.

Namun, kadar kematian akibat Covid-19 semalam meletakkan Malaysia dalam kalangan 15 negara teratas di dunia, melebihi Indonesia yang mencatatkan 29 kematian; Vietnam 54 kematian; Jepun 14 kematian; dan Korea Selatan dengan sembilan kematian.

Peningkatan kes dan kadar kematian ini adalah satu perkara yang membimbangkan apabila negara kita sedang berada dalam proses pembukaan semula untuk menghidupkan semula ekonomi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 8 dan 20 November sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Melaka.

Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mendapatkan pendapat semua pihak mengenai SOP yang dilaksanakan untuk menyeimbangkan pembukaan semula ekonomi, pelaksanaan pilihan raya yang bebas, adil, dan bersih, dan objektif memenangi perang melawan wabak Covid-19.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis 28 Oktober 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.