Lim Kit Siang

There will be no Operation Lalang, Kampong Memali, 1MDB scandal, Sheraton Move conspiracy or Malaysia’s poor performance in the Covid-19 pandemic if there is a Keluarga Malaysia

(Versi BM)

Today 34 years ago, I was detained together with my son, Lim Guan Eng, and many other comrades in the struggle for a Malaysian Dream, including Karpal Singh and P. Patto, under the Internal Security Act (ISA). Guan Eng and I were the first to be detained and the last to be released in April 1989 under Operation Lalang.

For me it was my second ISA detention and the dragnet which started 34 years ago today, was to go on for few more days and eventually caught over 110 victims in its snares.

The Prime Minister, Ismail Sabri, is now talking about Keluarga Malaysia.

There would be not only be no Operation Lalang in a Keluarga Malaysia, but many “black marks” in the history of Malaysia would not have happened if there is a Keluarga Malaysia

These “black marks” include:

1. There would be no May 13, 1969 riots if there is a Keluarga Malaysia.

In my first speech in Parliament on 23 February 1971, I called for a public inquiry into the cause of the May 13, 1969 riots and to propose a blueprint to chart Malaysia towards a just and equal, multi-racial Malaysia.

This had not been done. But half a century later, I suddenly found myself accused of causing the May 13,1969 racial riots although the authorities knew that I was never in Kuala Lumpur but was in Kota Kinabalu on that tragic day.

2. In a Keluarga Malaysia, every Malaysian would accept the five Rukun Negara principles of belief in God, loyalty to King and country, supremacy of the Constitution, the rule of law and courtesy and morality as the basic nation-building principles for Malaysia.

Unfortunately, the reverse is taking place, and the Rukun Negara naysayers are even to be found in the Cabinet today.

3. There would be no Memali Incident in November 1985 where 14 civilians and four policemen lost their lives.

4. There would be no Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Scandal, where Bank Bumiputera had to be bailed out for the loss of $2.5 billion in the BMF scandal and a Malay audit officer murdered in Hong Kong.

5. There would be no Bank Negara Forex Scandal where the country lost RM30 billion in the early nineties.

6. There would be no 1MDB scandal, which turned Malaysia into a kleptocracy. It is reported today that former Prime Minister Najib Razak had lodged a report with the MACC against Tim Leisner, a former Goldman Sachs senior manager who had pleaded guilty in a US court to bribing 1MDB officials and Malaysian government officials ultimately to obtain the list of Malaysian officials that Leisner had bribed.

But for almost two years, when he was Prime Minister, Najib was not bothered with the US Department of Justice’s kleptocratic litigation involving the 1MDB, where Najib was named as “Malaysian Official No. 1”.

Can Najib explain why he did not clear his name when the whole world knows that he was identified as “MO1” when he was Prime Minister?

7. Yesterday, Parliament was informed that out of the 992,764-strong civil service, 75.95% comprised Malays (754,040), 7.38% are Sabah bumiputeras (73,265), 4.75% are Sarawak bumiputeras (47,116), 6.9% are Chinese (68,542), 4.15% are Indians (41,168) and 0.87% (8,634) are others.

In a Keluarga Malaysia, the ethnic composition of the civil service will be closer to the ethnic compositon of the Malaysian population – which is 69% bumiputera, 23% Chinese, 7% Indians and 1% others.

8. In a Keluarga Malaysia, there would not be a Sheraton Move conspiracy which toppled a democratically-elected legitimate government and ushered in a backdoor, undemocratic and illegitimate government.

9. If there is a Keluarga Malaysia, the country will be able to leverage on its position as the confluence of four great civilisations in the world – Malay-Islamic, Chinese, Indian and Western – to maximise their virtues and values to build a world-class great nation, and Malaysia would not today be overtaken by other countries like South Korea, Taiwan, Vietnam, Thailand and Singapore and from our poor performance in the war against the Covid-19 pandemic, may be overtaken by Cambodia, Indonesia and Philippines in the future if Malaysia does not pull up its bootstraps.

Does Ismail Sabri agree that a Keluarga Malaysia will not have the above ten attributes?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday 27th October 2021)


Tidak akan ada Operasi Lalang, Peristiwa Kampung Memali, skandal 1MDB, konspirasi Langkah Sheraton atau prestasi buruk Malaysia dalam menguruskan wabak Covid-19 jika konsep Keluarga Malaysia wujud sejak dahulu lagi

Pada hari yang sama, 34 tahun yang lepas, saya ditahan bersama-sama anak lelaki saya, Lim Guan Eng, dan ramai lagi rakan seperjuangan termasuklah Karpal Singh dan P. Patto hanya kerana memperjuangkan idea Impian Malaysia. Kami ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di bawah Operasi Lalang, saya dan Guan Eng adalah antara individu pertama yang ditahan tetapi yang paling terakhir dibebaskan pada bulan April 1989.

Namun untuk saya, kejadian ini sebenarnya adalah penahanan kedua saya di bawah ISA, dan penangkapan saya, genap 34 tahun yang lepas ini merupakan satu permulaan kepada penangkapan besar-besaran yang berlarutan selama beberapa hari yang membawa kepada penangkapan lebih 110 mangsa.

Kini, Perdana Menteri, Ismail Sabri bercakap tentang konsep Keluarga Malaysia.

Bukan sahaja Operasi Lalang ini tidak akan berlaku sekiranya konsep Keluarga Malaysia ini telah wujud sejak dahulu lagi, tetapi, “titik-titik hitam” dalam sejarah Malaysia juga akan dapat dielakkan sekiranya konsep ini telah wujud dan dijiwai sejak awal lagi.

“Titik-titik hitam” ini adalah:

1. Tidak akan berlaku rusuhan 13 Mei 1969 jika wujud Keluarga Malaysia.

Dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971, saya menggesa diadakan siasatan terbuka bagi mencari punca tercetusnya rusuhan 13 Mei 1969 dan mencadangkan pembentukan sebuah rangka tindakan (blueprint) bagi membawa Malaysia ke arah menjadi sebuah negara dengan penduduk berbilang kaum yang adil dan saksama.

Namun cadangan ini tidak dilaksanakan. Setengah abad kemudian, saya tiba-tiba dituduh pula sebagai pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969 meskipun pihak berkuasa sedar dan tahu bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu, sebaliknya berada di Kota Kinabalu semasa peristiwa tragis itu tercetus.

2. Menerusi semangat Keluarga Malaysia, setiap rakyat Malaysia pasti akan menerima lima prinsip Rukun Negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan dan kesusilaan sebagai asas prinsip pembentukan negara.

Bagaimanapun, perkara yang sebaliknya pula berlaku, pihak yang membelakangi Rukun Negara boleh ditemui dalam barisan Kabinet hari ini.

3. Tidak akan berlaku Insiden Memali pada November 1985 di mana 14 orang awam dan empat pegawai polis terkorban.

4. Tidak akan berlaku skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF), di mana Bank Bumiputera terpaksa diselamatkan (bail-out) selepas kerugian $2.5 bilion dalam skandal tersebut dan seorang pegawai audit Melayu dibunuh di Hong Kong.

5. Tidak akan berlaku Skandal Matawang Asing Bank Negara di mana negara kehilangan RM30 bilion pada awal 90-an.

6. Tidak akan berlaku skandal 1MDB, yang menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi. Hari ini dilaporkan bahawa mantan Perdana Menteri, Najib Razak telah membuat laporan terhadap mantan pengurus kanan Goldman Sachs, Tim Leissner — yang mengaku bersalah di hadapan mahkamah Amerika Syarikat kerana memberi suapan kepada pegawai 1MDB dan pegawai kerajaan Malaysia — kepada SPRM bagi mendapatkan senarai nama pegawai di Malaysia yang telah diberikan suapan oleh Leisner.

Namun untuk hampir dua tahun, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Najib langsung tidak peduli dengan litigasi terhadap kes kleptokrasi yang dijalankan Jabatan Kehakiman AS membabitkan 1MDB, di mana Najib dinamakan sebagai “Malaysia Official No. 1”.

Bolehkah Najib menjelaskan mengapa beliau tidak membersihkan namanya semasa seluruh dunia maklum bahawa beliau adalah “MO1” semasa beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri?

7. Semalam, Parlimen dimaklumkan bahawa daripada keseluruhan 992,764 penjawat awam, 75.95% daripadanya adalah orang Melayu (754,040), 7.38% adalah Bumiputera Sabah (73,265), 4.75% adalah Bumiputera Sarawak (47,116), 6.9% adalah orang Cina (68,542), 4.15% adalah India (41,168) dan 0.87% (8,634) adalah lain-lain.

Dalam Keluarga Malaysia, komposisi etnik perkhidmatan awam harus mencerminkan komposisi etnik sebenar rakyat Malaysia — yang mana 69% daripadanya adalah Bumiputera, 23% Cina, 7% India dan 1% lain-lain.

8. Dalam Keluarga Malaysia, tidak akan berlaku konspirasi Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan sah yang diundi menerusi proses demokrasi dan kemudiannya membawa masuk kerajaan pintu belakang, yang tidak demokratik dan tidak sah.

9. Jika wujud Keluarga Malaysia, negara akan dapat memanfaatkan kedudukannya yang menjadi titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu-Islam, Cina, India dan Barat — bagi menggunakan sehabis baik nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada tamadun tersebut untuk dijadikan asas bagi membina sebuah negara hebat bertaraf dunia, dan Malaysia juga tidak akan dipintas oleh negara-negara lain seperti Korea Selatan, Taiwan, Vietnam, Thailand dan Singapura serta menunjukkan prestasi yang buruk dalam perang melawan wabak Covid-19, malah berisiko dipintas oleh Cambodia, Indonesia dan Filipina pada masa akan datang jika Malaysia tidak bangkit dari lenanya.

Adakah Ismail Sabri bersetuju, sebuah Keluarga Malaysia tidak akan membiarkan sepuluh perkara di atas berlaku?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu 27 Oktober 2021)

Exit mobile version