The Health Ministry should produce standard operating procedures (SOPs) for election for all the four phases of the National Recovery Plan in Malaysia and ensure that there is no Dua Darjat in their implementation instead of arbitrarily banning all physical gatherings and social events related to the Malacca state general election from Oct 25 to Nov. 27.
While responsible Malaysians are mindful of the need to reduce the risk of new Covid-19 infections, the Covid-19 pandemic should not be an excuse to ban all physical gatherings and social events which comply with the SOPs.
The excuse by the Health Minsiter, Khairy Jamaluddin that his own political party would not observe the SOPs is not only an indictment of the lawlessness of his own political party, but the double-standards of law enforcement in Malaysia.
The Health Ministry’s abuse of power under the Prevention and Control of Infectious Disease Act 1988 by banning all physical gatherings and social events related to the Malacca state general elections from Oct. 25 to Nov. 27 would not happen if the government does not carry out the heinous practice of Dua Darjat – one law for those who in power and another law for those out of power.
The SOPs for election for the four phases of the NRP must be observed by all political parties, whether in government or outside, and all government enforcement officials must apply the strict letter of the law.
Malaysia has become the laughing stock in the world when the de facto Law Minister cannot give an undertaking in Parliament that there would be no Dua Darjat and that the government parties would strictly abide by the SOPs.
Why should he raise it at the next Cabinet meeting and how would this ensure that his fellow Cabinet Ministers would not circumvent the SOPs for the Malacca state general election?
(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 26th October 2021)
Kementerian Kesihatan perlu menyediakan SOP untuk pilihan raya bagi keempat-empat fasa PPN, bukan hanya untuk satu fasa sahaja dan memastikan tidak berlaku amalan Dua Darjat dalam pelaksanaannya
Kementerian Kesihatan perlu menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya bagi keempat-empat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Malaysia dan memastikan bahawa tiada amalan Dua Darjat dalam pelaksanaannya, bukannya dengan membuat keputusan membuta tuli untuk melarang sebarang majlis sosial dan perhimpuan yang berkenaan dengan pilihan raya negeri Melaka dari 25 Oktober hingga 27 November.
Meskipun rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sentiasa sedar akan keperluan untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat, wabak ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melarang sebarang perhimpunan dan majlis sosial yang sepatutnya boleh diadakan dengan pematuhan SOP.
Alasan yang diberikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa partinya sendiri gagal mematuhi SOP bukan sahaja suatu pengakuan terhadap tindak-tanduk partinya yang melanggar undang-undang, malah menunjukkan sikap dwi-standard dalam penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.
Penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Kesihatan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan melarang semua perhimpunan dan majlis sosial berkaitan pilihan raya negeri Melaka dari 25 Oktober hingga 27 November tidak akan berlaku jika kerajaan tidak mengamalkan sikap Dua Darjat — satu undang-undang khas untuk kelompok yang berkuasa dan satu set undang-undang lain untuk orang lain.
SOP pilihan raya untuk empat fasa PPN harus dipatuhi oleh semua parti politik, sama ada di dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan, dan semua pegawai penguatkuasa harus melaksanakan tugas penguatkuasaan dengan tegas.
Malaysia telah menjadi bahan jenaka di mata masyarakat dunia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) tidak boleh memberikan jaminan bahawa tidak akan berlaku amalan Dua Darjat dan memastikan parti kerajaan sendiri akan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Apa gunanya untuk beliau bangkitkan perkara ini di mesyuarat Kabinet yang akan datang dan bagaimanakah perkara ini dapat memastikan rakan sejawat beliau dalam Kabinet tidak akan cuba mencari cara untuk memintas apa-apa SOP yang ditetapkan untuk PRN Melaka ini sekiranya beliau tidak dapat memberikan jaminan pematuhan dan penguatkuasaan yang adil?
(Kenyataan Media (3) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 26 Oktober 2021)