Ahmad Faizal Azumu should be removed as Youth and Sports Minister for his outrageous question to national diver Pendelela Rinong


(Versi BM)

Ahmad Faizal Azumu should be removed as Youth and Sports Minister for his outrageous question to national diver Pandelela Rinong,

Pendelela has answered Ahmad Faizal very well – she said she had shared her experience of sexual harassment involving her former coach in order to offer support and embolden other victims to speak up.

She said she wanted to encourage future victims to “be brave when I wasn’t”.

“I shared my ‘not so nice’ experience to give awareness to the public, and support for victims out there, who are always in dilemma, whether to speak up or stay silent.”

Ahmad Faizel has shown that he is not fit to be Minister for Youth and Sports with his insensitive question, which not only showed that he is unaware of the “Me Too” movement all over the globe, which highlights sexual abuse and sexual harassment – present and past – and which empower sexually assaulted individuals through empathy and solidarity through strength in numbers but demonstrates his attitude towards sexual harassment.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, Oct. 26, 2021)


Ahmad Faizal Azumu harus disingkirkan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan kenyataan beliau yang mempersoalkan pendedahan yang dibuat ratu terjun negara, Pandelela Rinong berhubung isu gangguan seksual

Ahmad Faizal Azumu harus disingkirkan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan kenyataan beliau yang mempersoalkan pendedahan yang dibuat ratu terjun negara, Pandelela Rinong berkenaan kes gangguan seksual.

Pandelela membalas kenyataan Ahmad Faizal dengan cukup kemas — beliau berkata beliau bersuara mengenai pengalamannya mengalami gangguan seksual membabitkan bekas jurulatihnya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan menawarkan sokongan kepada mangsa-mangsa lain untuk tampil.

Katanya, beliau mahu menggalakkan mangsa-mangsa untuk bersuara, “dengan harapan dapat menggalakkan (mereka menjadi) berani ketika saya tidak”.

“Saya berkongsi pengalaman ‘kurang menyenangkan’ saya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema sama ada untuk bersuara atau berdiam diri.”

Ahmad Faizal telah menunjukkan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif itu, bukan sahaja menunjukkan beliau tidak sedar tentang kewujudan gerakan “Me Too” di seluruh dunia, yang mana membangkitkan mengenai isu gangguan seksual dan penganiayaan seksual — yang berlaku dulu dan sekarang — yang memperkasakan individu yang mengalami gangguan dan penganaiyan seksual menerusi empati dan solidariti selain dengan lantang menyuarakan pendirian berhubung isu gangguan seksual.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 26 Oktober 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.