Lim Kit Siang

DAP proved it is a party for all Malaysians when fifty years ago in 1971, it rejected MCA proposal for DAP dissolution for Chinese Unity as we are not just Malays, Chinese, Indians, Ibans or Kadazans, we are first and foremost Malaysians

(Versi BM)

I was sent by DAP to fly the DAP flag in Malacca and stood as a candidate for the then Bandar Melaka parliamentary constituency in 1969.

I believed that I had discharged the trust and the mandate of the party to the best of my ability from 1969-1986 when I was for three terms MP for Bandar (and then Kota) Melaka and Malacca State Assemblyman.

In my years as elected representative of Malacca, I had raised in Parliament the grievances and legitimate expectations of all Malaysians, regardless of race, religion or region – whether the economic, political, social and cultural expectations of the Chinese in Malaysia, the plight of the padi farmers and the Felda settlers, the impoverishment of the estate labourers, the grievances of the Orang Asli or the legitimate grievances of the Sarawakians and Sabahans.

I remember that although the thought of becoming a Minister at the age of 30 was tempting, I had no hesitation in rejecting the MCA proposal from the then MCA President, Tun Tan Siew Sin for DAP’s dissolution and join MCA for Chinese Unity as we are not just Malays, Chinese, Indians, Ibans or Kadazans, we are first and foremost Malaysians.

After the 1986 general election, where I campaigned in Penang to be the front-line state for change and a better Malaysia, Lim Guan Eng took over as the MP for Kota Melaka.

He continued the DAP battle for all Malaysians, and went to jail and was disqualified as a Member of Parliament for fighting the cause of an underaged Malay girl – for DAP is committed to the well-being and welfare of all Malaysians, regardless of race, religion or region.

This is the first time, and remain the only case, of a political leader going to jail and sacrificing his MPship for championing the cause of a Malaysian involving another race.

That we are first and foremost Malaysians, and not just Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans or Orang Asli, must remain at the very core in the battle for the Malacca state general election on Nov 20, 2021 which is being forced on the Malacca voters in the midst of the Covid-19 pandemic.

The Malacca state general election on Nov. 20 is a forerunner to the 15th General Election which must be held less than 19 months away by May 2023.

DAP Malacca workers in the Malacca general election must always work not for Malacca alone, but for a better Malaysia.

We do not know what is in store in the 15th General Election.

The 14th General Election had been a game-changer.

Who would have expected the invincible and the unbeatable UMNO to be toppled in the 14th General Election in 2018, giving way to a Pakatan Harapan government?

Malaysians expected a lot of changes with the establishment of the Pakatan Harapan government, but they were disappointed when the Pakatan Harapan government was toppled by the Sheraton Move conspiracy which ushered in a backdoor, undemocratic and illegitimate government – one followed by another in the last two years.

The Pakatan Harapan government was slow in the start, and before it could initiate many changes, it was toppled in 22 months by the Sheraton Move conspiracy. The Pakatan Harapan government thought it had five years to fulfil the Pakatan Harapan election pledges but it was toppled before it could develop the momentum for wide-ranging reforms and changes.

But the Pakatan Harapan government did make mistakes and the Malacca state general election is an opportunity for a review of these mistakes.

All Pakatan Harapan leaders and workers must remain humble and modest in the election campaign to restore confidence and hope for a Malaysia which, in the words of Bapa Malaysia,Tunku Abdul Rahman could be a “beacon of light to a difficult and distracted world” – which sums up the Malaysian Dream of all Malaysians.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the launch of the DAP Malacca General Election Machinery at DAP Malacca headquarters on Sunday, 24th May 2021 at 5 pm)


DAP telah membuktikan bahawa ia adalah parti untuk semua rakyat Malaysia semasa 50 tahun lalu pada 1971, ia telah menolak cadangan MCA supaya DAP dibubarkan untuk membentuk perpaduan orang Cina kerana kita bukan sahaja orang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, kita pertama dan terutamanya adalah rakyat Malaysia

Saya dihantar oleh DAP untuk mengibarkan panji DAP di Melaka dan dipilih sebagai calon untuk kawasan Parlimen Bandar Melaka pada 1969.

Saya yakin saya telah memanfaatkan dengan sehabis baik baik kepercayaan dan mandat yang telah diberikan oleh parti dari 1969 hingga 1986 semasa saya menjadi Ahli Parlimen Bandar (Dulu Kota) Melaka selama tiga penggal dan Adun Melaka.

Semasa saya dilantik sebagai wakil rakyat di Melaka, saya telah membangkitkan keresahan dan harapan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah di Parlimen — sama ada soal ekonomi, politik, sosial dan harapan berkaitan soal budaya yang dibangkitkan kaum Cina di Malaysia, masalah yang dihadapi pesawah dan peneroka Felda, pemiskinan (tanah) pekerja estet, ketidakpuasan hati orang Asli malah penduduk Sabah dan Sarawak.

Saya masih ingat; meskipun idea untuk menjadi seorang Menteri pada usia 30 tahun amat menggiurkan, saya tidak teragak-agak untuk menolak cadangan MCA menerusi mantan presidennya, Tun Tan Siew Sin untuk DAP dibubarkan dan kemudiannya menyertai MCA bagi membentuk perpaduan kaum Cina kerana kita bukan sahaja orang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, kita pertamanya dan terutamanya adalah rakyat Malaysia.

Selepas Pilihan Raya Umum 1986, di mana saya berkempen di Pulau Pinang untuk menjadi negeri itu sebagai pertama dalam membuat perubahan dan membentuk Malaysia yang lebih baik, Lim Guan Eng mengambil alih kerusi Parlimen Kota Melaka.

Beliau meneruskan perjuangan DAP untuk semua rakyat Malaysia, sehingga diheret ke tirai besi dan dilucutkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana memperjuangkan hak seorang gadis Melayu bawah umur — kerana DAP komited terhadap kesejahteraan dan kebajikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan.

Ini kali pertama, dan kekal menjadi satu-satunya kes, di mana seorang pemimpin politik dipenjarakan dan mengorbankan pangkat Ahli Parlimennya untuk menjuarai isu rakyat Malaysia yang membabitkan kaum lain.

Kita pertamanya dan terumanya adalah rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli — prinsip ini harus dijiwai semua dalam pertempuran pilihan raya negeri Melaka pada 20 November 2021 yang diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pilihan raya negeri Melaka pada 20 November menjadi semacam pemanas badan untuk kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang perlu diadakan kurang dari 19 bulan sebelum menjelang Mei 2023.

Petugas DAP Melaka untuk pilihan raya negeri Melaka tidak harus bekerja untuk masa depan Melaka sahaja, tetapi harus bekerja untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.

Kita tidak tahu apa yang bakal dihadapi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Pilihan Raya Umum ke-14 telah terbukti menjadi pemangkin perubahan.

Siapa dapat menyangka UMNO yang sebelum ini dilihat sukar untuk ditewaskan telah berjaya ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, sekaligus membolehkan kerajaan Pakatan Harapan terbentuk.

Rakyat Malaysia menyimpan harapan yang tinggi susulan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan, namun kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan digulingkan oleh konspirasi Langkah Sheraton yang membawa sebuah kerajaan pintu belakang, tidak demokratik dan tidak sah — dan kemudiannya disusuli dengan satu lagi kerajaan baharu yang serupa dalam tempoh singkat 2 tahun lalu.

Momentum kerajaan Pakatan Harapan pada awalnya agak perlahan, dan sebelum ia dapat memulakan usaha untuk membawa perubahan, ia telah ditumbangkan oleh konspirasi Langkah Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan fikir mereka mempunyai tempoh lima tahun untuk memenuhi janji-janji pilihan raya namun ia telah digulingkan sebelum ia dapat memperkembangan momentum untuk melakukan perubahan dan reformasi secara meluas.

Pun begitu, kerajaan Pakatan Harapan tidak terlepas daripada membuat kesilapan, dan pilihan raya Melaka membuat peluang untuk mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan tersebut.

Semua petugas dan pemimpin Pakatan Harapan harus terus kekal bersikap rendah hati dan sederhana dalam melaksanakan kempen di Melaka bagi mengembalikan semula keyakinan dan harapan untuk menjadikan Malaysia, seperti kata-kata Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman: “menjadi cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu” — yang mana merupakan Impian semua Rakyat Malaysia.

(Ucapan oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya DAP Melaka di ibu pejabat DAP Melaka pada Ahad, 24 Mei 2021, jam 5 petang)

Exit mobile version