I have made numerous calls on Khairy Jamaluddin since he was sworn in as the new Health Minister on August 30 to explain the high Covid-19 fatality rate in Malaysia but he has failed to do so.
I am again calling on Khairy to make a Ministerial statement on the first day of the 2022 Budget meeting of Parliament on Monday, 25th October as to why Malaysia has more Covid-19 deaths than any other ASEAN nation since he became Health Minister 51 days ago.
Yesterday, Malaysia recorded 5,516 new Covid-19 cases and 76 Covid-19 deaths and for the first time, Malaysia beat all ASEAN nations with the most daily Covid-19 deaths – as Indonesia had 28 Covid-19 deaths, Myanmar 28, Vietnam 72, Thailand 26 and Philippines the astounding single-digit of five Covid-19 deaths.
In the 51 days since Khairy was sworn in as Health Minister by the Yang di Pertuan Agong on August 30, Malaysia leads ASEAN in having the most number of 11,756 Covid-19 deaths, as compared to Indonesia (10,586), Philippines (7,647), Thailand (7,087), Vietnam (10,352), Myanmar (3,157), Cambodia (801) Singapore (191), Brunei (68) and Laos (33).
In fact, Malaysia is performing atrociously in handling the Covid-19 pandemic in the last 51 days as compared to India, which was more than 42 times the population of Malaysia, which recorded 14,252 Covid-19 deaths as compared to Malaysia’s 11,756 Covid-19 deaths since August 30.
Most unbelievably, Malaysia has lost out to larger Asian countries during the last 51 days like South Korea (414 Covid-19 deaths), Japan (2,200) and China (zero deaths).
Khairy owes to all Malaysians a full explanation for the high Covid-19 fatality rates 51 days after he became Health Minister and when he expects to reduce the daily Covid-19 death numbers to single-digit figures.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 21st October 2021)
Khairy perlu membuat Kenyataan Menteri pada hari pertama sidang Belanjawan 2022 pada hari Isnin yang akan datang menjelaskan mengapa Malaysia mencatatkan lebih banyak kematian akibat Covid-19 berbanding mana-mana negara ASEAN sejak beliau menjadi Menteri Kesihatan 51 hari yang lepas
Saya telah menyeru berkali-kali kepada Khairy Jamaluddin sejak beliau angkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan yang baru pada 30 Ogos untuk menjelaskan kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Malaysia, tetapi beliau masih gagal berbuat demikian.
Sekali lagi, saya menyeru Khairy untuk membuat Kenyataan Menteri pada hari pertama sidang Belanjawan 2022 pada hari Isnin, 25 Oktober 2021 yang akan datang menjelaskan mengapa Malaysia mencatatkan lebih banyak kematian akibat Covid-19 berbanding mana-mana negara ASEAN sejak beliau menjadi Menteri Kesihatan 51 hari yang lepas.
Semalam, Malaysia mencatatkan 5,516 kes baharu dan 76 kematian akibat Covid-19, dan buat pertama kalinya kita mengalahkan semua negara ASEAN dengan lebih banyak kematian baharu akibat Covid-19 — Indonesia mencatatkan 28 kematian, Myanmar 28, Vietnam 72, Thailand 26, dan Filipina yang mencatatkan hanya lima kematian akibat Covid-19.
Dalam 51 hari selepas Khairy mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 30 Ogos, Malaysia terus mendahului negara-negara ASEAN dengan mencatatkan kadar kematian akibat Covid-19 tertinggi, 11,756 kematian, berbanding dengan 10,586 kematian di Indonesia, 7,647 di Filipina, 7,087 di Thailand, 10,352 di Vietnam, 3,157 di Myanmar, 801 di Kemboja, 191 di Singapura, 68 di Brunei, dan 33 kematian di Laos.
Malah, rekod Malaysia dalam 51 hari yang lepas juga agak buruk jika dibandingkan dengan India, yang mempunyai 42 kali ganda lebih ramai penduduk berbanding Malaysia, yang mencatatkan hanya 14,252 kematian akibat Covid-19, berbanding dengan 11,756 di Malaysia untuk tempoh daripada 30 Ogos.
Apa yang lebih sukar diterima adalah apabila Malaysia juga kalah dengan negara-negara Asia yang lebih besar dalam 51 hari yang lepas, seperti Korea Selatan yang mencatatkan 414 kematian Covid-19, Jepun dengan 2,200 kematian dan China dengan sifar kematian.
Khairy perlu menjelaskan perkara ini kepada semua rakyat Malaysia dan juga menyatakan bilakah beliau menjangkakan dapat menurunkan kadar kematian harian ini ke julat satu angka.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 21 Oktober 2021)