Ismail Sabri is wrong if he thinks he is doing a favour to his former party leader and former Prime Minister, Najib Razak, by adopting an inert instead of a proactive position on investigations into the Pandora Papers


(Versi BM)

The Prime Minister, Ismail Sabri is wrong if he thinks he is doing a favour to his former party leader and former Prime Minister, Najib Razak by adopting an inert instead of a proactive position on investigations into the Pandora Paper with regard to offshare financial abuses.

One of the personalities highlighted in the Pandora Papers is Najib’s adviser on 1MDB when Najib was the Prime Minister – Jho Low, a fugitive financier who masterminded the 1MBD scandal and wanted by Malaysia, Singapore and the United States.

Najib has claimed innocence in the 1MDB scandal, which the United States Attorney-General Jeff Sessions had described as “kleptocracy at its worst”.

If Najib is completely innocent of the 1MDB scandal – despite the fact that he was described in the US Department of Justice’s kleptocratic litigation in 2016 as “Malaysian Official 1” – wouldn’t Najib welcome an investigation into the Pandora Papers where Najib has a forum to prove his innocence in the 1MDB scandal?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, 18th October 2021)


Ismail Sabri tersilap sekiranya beliau fikir beliau sedang menolong mantan pemimpin parti dan mantan Perdana Menteri, Najib Razak, dengan tidak mengambil pendirian yang proaktif mengenai siasatan Kertas Pandora

Perdana Menteri, Ismail Sabri, tersilap sekiranya beliau fikir beliau sedang menolong mantan pemimpin parti dan mantan Perdana Menteri, Najib Razak, dengan tidak mengambil pendirian yang proaktif terhadap siasatan Kertas Pandora mengenai penyalahgunaan sistem kewangan di luar pesisir.

Salah seorang individu yang dikenalpasti dalam Kertas Pandora ini adalah penasihat Najib mengenai 1MDB semasa Najib menjadi Perdana Menteri — Jho Low, seorang pemodal yang diburu polis yang merupakan orang di sebalik skandal 1MDB dan kini dikehendaki di Malaysia, Singapura, dan Amerika Syarikat.

Najib mendakwa bahawa beliau tidak bersalah dengan skandal 1MDB ini, yang digambarkan oleh Ketua Pendakwa Raya Amerika Syarikat, Jeff Sessions, sebagai sebuah “kleptokrasi terburuk”.

Sekiranya Najib benar-benar tidak bersalah dengan skandal 1MDB ini — walaupun beliau telah dinyatakan sebagai “Malaysian Official 1” dalam kertas litigasi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada tahun 2016 — bukankah Najib sepatutnya mengalu-alukan siasatan Kertas Pandora ini di mana Najib akan berpeluang untuk membuktikan yang beliau tak bersalah dengan skandal 1MDB ini?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 18 Oktober 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.