Task force on death of Mohd Adib should also inquire into the deaths of Teoh Beng Hock and Altantunya Shaariibuu as otherwise the Ismail Sabri government would be guilty of double-standards


(Versi BM)

The task force to inquire into the death of firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim should also inquire into the deaths of Teoh Beng Hock and Altantunya Shaariibuu as otherwise the Ismail Sabri government would be guilty of double-standards.

The next Cabinet meeting should enlarge the terms of reference of the task force into Adib’s death to inquire into Teoh Beng Hock’s death at the Malaysian Anti-Corruption Commission premises in Shah Alam, Selangor in 2009 and Altantuny’s death in 2005.

Just as the Fire and Rescue Department director-general Mohamad Hamdan Wahid said yesterday, there must be a clear message to the public that the safety of civil servants, particularly frontline workers, is the government’s priority and responsibility, there must also be a clear message no government agency or VIP however high his political station, would be allowed to trifle with human life in Malaysia and that Malaysia is deadly serious about the principle of the rule of law.

We must leave no one in doubt that human life is seriously treasured in Malaysia.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 11th October 2021)


Pasukan tindakan siasatan kematian arwah Mohd Adib perlu juga menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya Shaariibuu, jika tidak, kerajaan Ismail Sabri ini akan dilihat sebagai mengamalkan amalan dwi standard

Pasukan tindakan untuk menyiasat punca kematian Petugas Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim perlu juga menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya Shaariibuu, jika tidak, kerajaan Ismail Sabri ini akan dilihat sebagai mengamalkan amalan dwi standard.

Mesyuarat Kabinet yang akan datang juga perlu meluaskan terma rujukan pasukan tindakan ini untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shah Alam, Selangor pada tahun 2009 dan juga kematian Altantuya pada tahun 2005.

Seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat semalam, Mohamad Hamdan Wahid, perlu ada mesej yang jelas kepada orang awam yang keselamatan penjawat awam, terutamanya petugas barisan hadapan, adalah salah satu keutamaan kerajaan dan perlu ada mesej yang jelas juga bahawa tidak ada agensi kerajaan atau mana-mana VIP yang boleh mengecilkan nyawa manusia di Malaysia dan bahawa Malaysia memandang serius perkara berkenaan kedaulatan undang-undang.

Kita tidak boleh biarkan sesiapa pun mempunyai sebarang keraguan mengenai nilai kehidupan manusia di Malaysia.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 11 Oktober 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.