(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
I was coming up from Pekan Nenas and on the way I was thinking about this book-launch when a thought struck me.
Fifty years ago, one Malaysian ringgit was equivalent to one Singapore dollar. Now, it is S$1 to RM3. What will it be like in 2050 or 2070? Will be it 1:4, 1:5 or even 1:6? Why no one is thinking it could be the other way round, to be 1:3, 1:2 or even 1:1?
That in essence is the substance of the Malaysian Dream – how we can be a united world-class great nation or whether our fate is to just to plunge on to become a failed state!
Do we lack resources, talent, brain-power or whatever and destined to lose out to Singapore?
Recently, 22-year-old Lee Zii Jia from Alor Setar won the All-England Badminton Singles title, becoming the first Malaysian since Lee Chong Wei in 2017 to win the title.
We have another Malaysian, Red Hong Yi, who shot to international fame for the memorable Time Magazine April 26 cover image, burning 50,000 match-sticks in her final design of a 2.3m x 3m world map to highlight how climate change can affect and destroy the world.
A Google check will show how Malaysians from all races and religions have made Malaysian proud on the world stage, individuals like:
· Emir Haady Imran Zulharnain, who at 16 year-old, became the youngest person ever to enroll at the Royal College of Surgeons (RCSI) in Dublin Ireland.
· Nurul Ezzaty Hasbullah, 23, who was awarded the oldest international scholarship programme in the world , the Rhodes Scholarship to continue her studies at the University of Oxford. She is only the fifth Malaysian to be awarded with the scholarship.
· Junior doctor Farah Roslan who invented the UK’s first disposable sterile hijabs.
· Scientist Prof Dr. Serena Nik-Zainal who was honoured with an award originally known as the ‘Nobel Prize for Cancer Research’.
· Six secondary school students – Amelia Jade Mae-Xian Lim (Wesley Methodist School), Chin Jia Yao (Chong Hwa Independent High School), Tay Yi Cong (Chong Hwa Independent High School), Haris Dani Erwin Dani (PERMATApintar National Gifted Centre), Imran Adham Azmin (PERMATApintar National Gifted Centre), and Lai Bo Wei (SMJK Chung Ling) – who set a new record at the 16th International Junior Science Olympiad (IJSO) in 2019 in Doha.
But on the international stage, Malaysia as a nation had not fared as well.
Since 1970, the GDP of Malaysia has increased 90 times but Indonesia has increased by 117 times, Vietnam 122 times, China 163 times, Singapore 175 times and South Korea 178 times.
After the past 50 years, both Singapore and Vietnam have overtaken Malaysia in having larger GDPs.
In 50 years’ time, will we be overtaking other countries and will more countries be overtaking us?
I want to take this opportunity to challenge the thesis that old people must leave the public scene and allow the youths to take over.
The DAP had always been a youthful party – we started as a party of the young and continued as a party which always prioritised the interests and the future of the young – as we struggle to leave a better legacy in terms of a better life for our children and children’s children.
In the 1969 general elections, three of the DAP MPs were below 30 years of age.
Fong Po Kuan and Teresa Kok, were the first DAP woman MPs, elected in 1999 GE but Po Kuan was only 26 years old.
Yeo Bee Yin, our MP for Bakri, became a Cabinet Minister when she was 35 in 2018.
Among the current batch of elected representatives, we have Jamaliah Jamaluddin, who became Selangor Assemblywoman for Bandar Utama when she was 28; Michelle Ng, who became Selangor State Assemblywoman for Subang, when she was 28; Lim Yi Wei, Selangor State Assemblywoman for Kampong Tunku when she was 29; and Young Syefura Othman, who first became Pahang State Assemblywoman for Ketari when she was 29.
Perak State Charman Nga Kor Ming, a five-term elected representative, was first elected Perak State Assembyman when he was 27; Secretary-General Lim Guan Eng first became an MP when he was 26; DAP Charman and eight-term MP, Tan Kok Wai first entered Parliament when he was 29.
We also have Hannah Yeoh who first became an elected Selangor Assemblyman woman at 29 and went on to become Selangor State Assembly Speaker when she was 34; former deputy Education Minister who first became Member of Parliament when 27; DAP National Organising Secretary Anthony Loke who first became Negri Sembilan State Assemblyman when he was 27; and Senator Liew Chin Tong, DAP Director of Political Education Bureau, who was first elected as MP for Bukit Bendera who he was 31;
I myself became DAP Secretary-General when I was 28 in 1969, although I was in detention in the Muar Detention Centre during my first Internal Security Act incarceration
We have a long list of elected DAPs and State Assemblymen who were entrusted with this heavy responsibility when they were still young, including Wong Shu Qui first elected Johore Assemblywoman when she was 30; Vivian Wong elected as Sandakan MP when she was 30; Liow Cai Tung first elected as Johore State Assemblywoman at 27; Teh Swee Leong elected as Kedah State Assemblyman when he was 29; Kerk Chee Yee first elected Malacca State Assemblyman and appointed State Executive Councillor when he was 26; Teoh Kok Seong first elected as Negri Sembilan Assemblyman when he was 29; Arul Kumar who was first elected Negri Sembilan State Assemblyman when he was 28; Gooi Zi Sen first became Penang State Assemblyman when 31; Howard Lee first became Perak State Assemblyman when he was 30; Jenny Choy first elected as Perak State Assemblywoman when she was 30; Ong Boon Piow first elected as Perak State Assemblyman when he was 29; Phoong Jin Ze first became Sabah State Assemblyman when 29 and became a Sabah Minsiter at 30; Alice Lau first elected as Sarawak MP when she was 31; Justin Wong first elected as Sabah State Assemblyman for when he 28; Lau Weng San first elected as Selangor State Assemblyman when he was 30 and many others.
The old must never be an obstacle to the development of the young as the old must always ensure there is renewal and regeneration so that the political struggle for justice, freedom, meritocracy, excellence and integrity can take into full account the aspirations of the young population with some 44% of the Malaysian population below 24 years.
But as a fervent believer of the “power of one”, I would be utterly inconsistent to ignore the potential power and influence of over two million Malaysians who are above 65 years to bring about positive change and urgent reforms to the institutions of the nation so that Malaysian can become a world-class great country.
I therefore call on the two million Malaysians who are above 65 years not to abdicate their responsibility and to propel the Malaysian Dream to a new and higher stage of development, for they must continue to play an important role in shaping the Malaysian reality.
(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the book-launch of “A Malaysian Artists’ Visual Biography of Lim Kit Siang” by Tony Pua at Theatre Impian, Bukit Jalil, Kuala Lumpur)on Sunday, 25th April 2021 at 4 pm:
==================================
Apakah kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura dalam jangka masa 50 tahun akan datang pada tahun 2070?
Dalam perjalanan pulang dari Pekan Nenas, saya sedang berfikir mengenai pelancaran buku ini apabila perkara ini terlintas di fikiran saya.
Lima puluh tahun yang lalu, satu ringgit Malaysia adalah bersamaan dengan satu dolar Singapura. Sekarang, S$1 bersamaan dengan RM3. Bagaimana keadaannya pada tahun 2050 atau 2070? Adakah nisbahnya akan menjadi 1: 4, 1: 5 atau bahkan 1: 6? Mengapa tidak ada yang terfikir bahawa sebaliknya boleh terjadi, iaitu nisbah 1: 3, 1: 2 atau bahkan 1: 1?
Inilah inti pati Impian Malaysia — tentang bagaimana kita dapat menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang bersatu padu atau adakah kita akan terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal!
Adakah kita kekurangan sumber daya, bakat, kepintaran atau apa sahaja bakat lain dan ditakdirkan untuk terus tewas dengan Singapura?
Baru-baru ini, Lee Zii Jia, 22 tahun, dari Alor Setar menjuarai kejohanan badminton “All England”, sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama sejak Lee Chong Wei memenangi gelaran tersebut pada tahun 2017.
Kita juga mempunyai seorang lagi rakyat Malaysia, Red Hong Yi, yang menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas karyanya yang mengambarkan perubahan iklim dunia dengan peta dunia sebesar 2.3m x 3m yang dibuat menggunakan 50,000 kayu mancis yang dibakar digunakan sebagai muka depan majalah Time edisi 26 April.
Hasil carian di Google akan menunjukkan begitu ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar kaum dan agama yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama negara; sebagai contoh:
– Emir Haady Imran Zulharnain, 16, menjadi individu termuda yang pernah mendaftar di Royal College of Surgeons (RCSI) di Dublin Ireland.
– Nurul Ezzaty Hasbullah, 23, yang dianugerahkan program biasiswa antarabangsa tertua di dunia, Biasiswa Rhodes untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Oxford. Beliau adalah rakyat Malaysia kelima yang dianugerahkan biasiswa itu.
– Doktor muda Farah Roslan yang mencipta tudung steril pakai buang pertama di England.
– Saintis Prof Dr Serena Nik-Zainal yang dianugerahkan ‘Hadiah Nobel untuk Penyelidikan Kanser’.
– Enam pelajar sekolah menengah – Amelia Jade Mae-Xian Lim (Wesley Methodist School), Chin Jia Yao (Chong Hwa Independent High School), Tay Yi Cong (Chong Hwa Independent High School), Haris Dani Erwin Dani (PERMATApintar National Gifted Center) , Imran Adham Azmin (PERMATApintar National Gifted Center), dan Lai Bo Wei (SMJK Chung Ling) — yang mencipta rekod baru di Olimpiad Sains Remaja Antarabangsa ke-16 (IJSO) pada tahun 2019 di Doha.
Namun di pentas antarabangsa, Malaysia sebagai sebuah negara tidak menunjukkan prestasi sebaik itu.
Sejak tahun 1970, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali, namun angka itu lebih rendah berbanding Indonesia yang telah meningkat sebanyak 117 kali, Vietnam 122 kali, China 163 kali, Singapura 175 kali dan Korea Selatan 178 kali.
Selepas 50 tahun, Singapura dan Vietnam telah mengatasi Malaysia dengan mempunyai KDNK yang lebih besar.
Dalam jangka masa 50 tahun lagi, adakah kita akan mengatasi negara lain atau sebaliknya?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencabar pandangan bahawa orang tua mesti meninggalkan perjuangan dan membiarkan orang muda mengambil alih.
DAP sentiasa menjadi parti muda — kami bermula sebagai sebuah parti muda dan meneruskan perjuangan sebagai parti yang sentiasa mengutamakan kepentingan dan masa depan orang muda — kerana kami berjuang untuk mewariskan legasi yang lebih baik dari segi kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Pada Pilihan Raya 1969, tiga daripada ahli Parlimen DAP berusia di bawah 30 tahun.
Fong Po Kuan dan Teresa Kok, adalah Ahli Parlimen wanita pertama DAP, yang dipilih pada PRU 1999 ketika Po Kuan baru berusia 26 tahun.
Yeo Bee Yin, Ahli Parlimen Bakri, menjadi Menteri Kabinet ketika berusia 35 tahun pada tahun 2018.
Kini, DAP mempunyai Jamaliah Jamaluddin, yang menjadi Adun Selangor Bandar Utama ketika berusia 28 tahun; Michelle Ng, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Subang, ketika berusia 28 tahun; Lim Yi Wei, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Kampong Tunku ketika berusia 29 tahun; dan Young Syefura Othman, yang pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang untuk Ketari ketika berusia 29 tahun.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, wakil rakyat selama lima penggal, pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak ketika berusia 27 tahun; Setiausaha Agung Lim Guan Eng pertama kali menjadi Ahli Parlimen ketika berusia 26 tahun; Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen selama lapan penggal, Tan Kok Wai pertama kali memasuki Parlimen ketika berusia 29 tahun.
Kita juga mempunyai Hannah Yeoh yang pertama kali menjadi ADUN Selangor pada usia 29 tahun dan kemudian menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor ketika berusia 34 tahun; bekas timbalan Menteri Pendidikan yang pertama kali menjadi Anggota Parlimen ketika berusia 27 tahun; Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Negri Sembilan ketika berusia 27 tahun; dan Senator Liew Chin Tong, Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP, yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Bendera semasa berusia 31 tahun.
Saya sendiri menjadi Setiausaha Agung DAP ketika berusia 28 tahun pada tahun 1969, walaupun saya ditahan di Pusat Tahanan Muar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Kami mempunyai senarai panjang pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP yang diberi tanggungjawab besar ini ketika mereka masih muda, termasuk Wong Shu Qui yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor ketika berusia 30 tahun; Vivian Wong dipilih sebagai Ahli Parlimen Sandakan ketika berusia 30 tahun; Liow Cai Tung pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor pada 27; Teh Swee Leong dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ketika berusia 29 tahun; Kerk Chee Yee pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ketika berusia 26 tahun; Teoh Kok Seong pertama kali dipilih sebagai ADUN Negeri Sembilan ketika berusia 29 tahun; Arul Kumar yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Negri Sembilan ketika berusia 28 tahun; Gooi Zi Sen pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ketika 31; Howard Lee pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak ketika berusia 30 tahun; Jenny Choy pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak ketika berusia 30 tahun; Ong Boon Piow pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak ketika berusia 29 tahun; Phoong Jin Ze pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ketika berusia 29 tahun dan menjadi Menteri Sabah pada usia 30 tahun; Alice Lau pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen Sarawak ketika berusia 31 tahun; Justin Wong pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ketika berusia 28 tahun; Lau Weng San pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ketika berusia 30 tahun dan ramai lagi.
Orang tua tidak boleh menjadi penghalang kepada perkembangan sahsiah golongan muda kerana golongan tua harus selalu memastikan ada pembaharuan dan pertumbuhan semula agar perjuangan politik untuk keadilan, kebebasan, meritokrasi, kecemerlangan dan integriti dapat mengambil kira aspirasi penduduk muda, memandangkan 44% penduduk di Malaysia berusia di bawah 24 tahun.
Namun, sebagai seorang yang percaya terhadap kekuatan individu, saya sama sekali tidak mampu untuk mengabaikan potensi kekuatan dan pengaruh lebih dari dua juta rakyat Malaysia yang berusia 65 tahun dan ke atas dalam membawa perubahan positif dan pembaharuan kepada institusi negara sehingga Malaysia dapat menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Oleh itu, saya menyeru kepada dua juta rakyat Malaysia yang berusia 65 tahun dan ke atas untuk tidak melepaskan tanggungjawab mereka dan menggerakkan Impian Malaysia ke tahap yang baharu dan lebih tinggi, kerana mereka perlu terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan Malaysia.
(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada pelancaran buku “A Malaysian Artists’ Visual Biography of Lim Kit Siang” oleh Tony Pua di Teater Impian, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari Ahad, 25 April 2021 pada jam 4 petang)