Lim Kit Siang

Urgent action needed to infuse Malaysians with a new national consensus to pull ourselves up from our bootstraps if Malaysia is not to spiral down the trajectory to a kleptocratic, kakistocratic and a failed state in 2040

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Urgent action is needed to infuse Malaysians with a new national consensus and pull ourselves up from our bootstraps if Malaysia is not to spiral down the trajectory to a kleptocratic, kakistocratic and a failed state in 2040.

In the final days of the year 2020, evidence are galore that we have failed in Vision 2020 to make Malaysia a great world-class nation which is united, harmonious, democratic, just, prosperous and capable of leveraging on Malaysia’s unique position as a confluence of four great civilisations to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

We have failed the Merdeka Constitution 1957, the Malaysian Constitution 1963 and the Rukun Negara 1970 to create the basis of a great Malaysian nation.

The Japan Centre for Economic Research (JCER) has predicted that Vietnam will become an upper-middle-income country in 2023 and its GDP will surpass that of Taiwan in 2035.

In 1970, when we embarked on the New Economic Policy, Vietnam had a GDP of US$2,775 million, trailing behind Malaysia’s GDP of US$3,737 million

Now Vietnam has a larger GDP and is set to leave Malaysia far behind in the coming years. In the 50 years from 1970 to 2020, Vietnam’s GDP grew by 122 times as compared to Malaysia’s GDP, which grew by 90 times.

We have also lost out to Singapore, whose GDP grew by 176 times in the past 50 years as well as Indonesia, whose GDP grew by 111 times.

What went wrong?

In the 1995 Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI), the first in a 25-year series of annual integrity reports, Malaysia was ranked No. 23 out of 41 countries or the 6th highest-ranked nation in the Asia-Pacific after New Zealand -1, Singapore – 3, Australia – 7, Hong Kong – 17 and Japan – 20, with a CPI score of 5.28. (10 stands for “highly clean” and 0 for “highly corrupt”)

For 24 years, despite numerous anti-corruption campaigns, two major anti-corruption legislation, the “elevation” of the former Anti-Corruption Agency (ACA) into Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Malaysia fell to the lowest ranking and one of the lowest scores in 2017.

After TI CPI 2019, where Malaysia is ranked No. 51 with a score of 53 – the best performance in the past quarter of a century which saw a single-year improvement of six points for the TI CPI score and 10 placings in TI CPI ranking – I dread to read the TI CPI 2020 for Malaysia, which will be released next month.

In the past 25 years, other countries which had been down on the list of the TI CPI 1995 ranking were fast catching up while Malaysia was fast falling down!
China, Thailand, India and Indonesia are such examples in Asia.

China was ranked No. 40 out of 41 countries with a CPI score of 2.16 in 1995. In 2019, China is ranked No. 80 with a CPI score of 41.

Will China not only catch up but leave Malaysia behind in the TI CPI, both in ranking and in score in the coming years?

Other Asian countries like Thailand, Indonesia and India are making major strides in the battle against corruption. Thailand, which was ranked No. 34 with CPI score of 2.79 in 1995 is now ranked No. 85 (out of 183 countries) with an improved score of 40 out of 100. India was ranked No. 35 with CPI score of 2.78 in 1995 is now ranked No. 80 with China with an improved score of 41.

Even Indonesia is making significant strides in the anti-corruption front. Ranked at the very bottom of No. 41 in 1995, with CPI score of 1.94, Indonesia is now ranked No. 101 with an improved CPI score of 36 in 2019.

What went wrong?

Recent days provide more evidence that we must urgently pull ourselves up from our bootstraps if we are to avoid the horrors of spiralling down the trajectory of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state:

· We have overtaken China, which has a population 40 times that of Malaysia, in cumulative total of Covid-19 cases, and set to break the 100,000-mark in cumulative total of Covid-19 cases by Christmas;

· Police witch-hunt and harassment of DAP MP for Klang, Charles Santiago and human rights activist from Citizen Action Group On Enforced Disappearance (CAGED), Sevan Doraisamy about a SUARAM forum over a year ago concerning the detention of 12 individual, including DAP leaders, under the Security Offences (Special Measures) Act (Sosma) for being alleged supporters of the defunct Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) terrorist group.

· The ignoring of the World Anti-Corruption Day on Dec. 9 and the World Human Rights Day on Dec. 10 by the Muhyiddin Government, disregarding the important message by the United Nations Secretary-General Antonio Guterres that “human rights must be the front and centre of Covid-19 response”.

The time for action based on a new national consensus is now for time and tide waits for no man if we want to spare Malaysia the fate and ignominy of kleptocracy, kakistocracy and a failed state in 2040.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, 19th December 2020)


Tindakan segera diperlukan untuk menyemarakkan rakyat Malaysia dengan konsensus nasional yang baru untuk mengangkat semula negara kita supaya Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal pada tahun 2040

Tindakan segera diperlukan untuk menyemarakkan rakyat Malaysia dengan konsensus nasional yang baru untuk mengangkat semula negara kita supaya Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal pada tahun 2040.

Dalam hari-hari terakhir tahun 2020, banyak bukti menunjukkan bahawa kita telah gagal dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia yang hebat yang bersatu, harmoni, demokratik, adil, makmur dan mampu memanfaatkan kedudukan unik Malaysia sebagai pertemuan empat peradaban yang unggul untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Kita telah gagal dengan Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963 dan Rukun Negara 1970 untuk mewujudkan asas sebuah negara Malaysia yang hebat.

Pusat Penyelidikan Ekonomi Jepun (JCER) telah meramalkan bahawa Vietnam akan menjadi negara berpendapatan menengah atas pada tahun 2023 dan KDNKnya akan mengatasi Taiwan pada tahun 2035.

Pada tahun 1970, ketika kita mula melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, Vietnam mempunyai KDNK yang bernilai ASD 2,775 juta, di belakang angka Malaysia sebanyak ASD 3,737 juta

Kini KDNK Vietnam adalah lebih besar dan Vietnam akan meninggalkan Malaysia jauh kebelakang dalam beberapa tahun yang akan datang. Dalam 50 tahun dari 1970 hingga 2020, KDNK Vietnam meningkat 122 kali ganda berbanding KDNK Malaysia, yang meningkat 90 kali ganda.

Kita juga telah kalah dengan Singapura, yang KDNKnya meningkat 176 kali ganda dalam tempoh 50 tahun terakhir dan juga Indonesia, yang menyaksikan peningkatan 111 kali ganda.

Di mana silapnya?

Dalam laporan pertama Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) yang diterbitkan pada tahun 1995, daripada satu siri laporan integriti tahunan yang berterusan selama 25 tahun, Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 41 negara, ataupun negara pada kedudukan ke-6 tertinggi di Asia-Pasifik selepas New Zealand -1, Singapura – 3, Australia – 7, Hong Kong – 17 dan Jepun – 20, dengan markah CPI 5.28. (10 untuk sangat “sangat bersih” dan 0 untuk “sangat korup”)

Selama 24 tahun, walaupun dengan pelbagai kempen anti-rasuah, dua undang-undang anti-rasuah utama, “penaiktarafan” Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Malaysia terus jatuh ke peringkat terendah dan satu markah terendah dalam TI-CPI pada tahun 2017.

Selepas TI-CPI 2019, di mana Malaysia berada di kedudukan ke-51 dengan markah 53 — prestasi terbaik pada suku terakhir abad yang menyaksikan peningkatan enam mata untuk markah TI-CPI dan 10 kedudukan dalam masa setahun — saya tidak mempunyai harapan yang tinggi kepada TI-CPI 2020 untuk Malaysia, yang akan diterbitkan bulan depan.

Dalam 25 tahun yang lepas, negara-negara lain yang berada di bawah dalam senarai TI-CPI 1995 pantas menyusul ke atas sementara kedudukan Malaysia terus merudum!

China, Thailand, India dan Indonesia adalah contoh di Asia.

China berada di kedudukan ke-40 dari 41 negara dengan markah CPI 2.16 pada tahun 1995. Pada tahun 2019, China berada di kedudukan ke-80 dengan markah CPI 41.

Adakah China bukan sahaja akan mengejar merapati kedudukannya dengan Malaysia tetapi meninggalkan Malaysia di belakang dalam TI-CPI, baik dalam kedudukan dan markah pada tahun-tahun mendatang?

Negara-negara Asia lain seperti Thailand, Indonesia dan India mencatatkan peningkatan besar dalam memerangi rasuah. Thailand, yang berada di kedudukan ke-34 dengan markah CPI 2.79 pada tahun 1995 kini berada di kedudukan ke-85 (dari 183 negara) dengan markah yang bertambah baik dari 40 dari 100. India berada di kedudukan ke-35 dengan markah CPI 2.78 pada tahun 1995 kini berada di tangga ke-80 dengan China dengan markah 41 yang bertambah baik.

Bahkan Indonesia juga mencatatkan peningkatan signifikan dalam bidang antirasuah. Berada di kedudukan paling bawah ke-41 pada tahun 1995, dengan markah CPI 1.94, Indonesia kini berada di tangga ke-101 dengan markah CPI yang meningkat pada 36 pada tahun 2019.

Di manakah silapnya?

Hari-hari kebelakangan ini memberikan lebih banyak petanda bahawa kita perlu segera bangun semula jika kita ingin mengelak daripada terhumban ke arah sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal, di mana:

– Kita telah mengatasi kedudukan China, yang memiliki 40 kali ganda lebih ramai orang berbanding Malaysia, dengan lebih banyak jumlah keseluruhan kes Covid-19, dan dijangkakan untuk mencecah 100,000 kes terkumpul Covid-19 menjelang Krismas;

– Siasatan tidak berasas dan gangguan terhadap Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago dan aktivis hak asasi manusia dari Citizen Action Group On Enforced Disappearance (CAGED), Sevan Doraisamy mengenai forum SUARAM yang berlangsung lebih daripada setahun yang lepas mengenai penahanan 12 individu, termasuk pemimpin DAP, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) kerana didakwa sebagai penyokong kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang tidak lagi berfungsi.

– Pengabaian Hari Pencegahan Rasuah Sedunia pada 9 Disember dan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember oleh Kerajaan Muhyiddin, mengabaikan pesanan penting oleh Setiausaha Jeneral PBB, Antonio Guterres bahawa “isu hak asasi manusia tidak boleh diabaikan dalam merangka tindak balas Covid-19”.

Masanya telah tiba untuk bertindak merangka suatu konsensus kebangsaan yang baharu jika kita mahu menyelamatkan negara kita daripada nasib menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara yang gagal menjelang 2040.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu, 19 Disember 2020)

Exit mobile version