What is the government doing to ensure that the IHME projection that Malaysia will reach 5,000 daily increase of new Covid-19 cases by end February does not come true?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

At the current rate of new daily increases of Covid-19 cases, Malaysia will cross the 100,000 mark in cumulative total of Covid-19 cases by Christmas Day next week.

The US-based Institute for Health Metrics Evaluation (IHME) projects a continuous rise in Covid-19 cases until mid-March 2021, hitting over 5,000 infections daily at the end of February.

If the IHME model is proved right, then Malaysia will join the top 30 countries in the world with the most rapid surge in Covid-19 infections, as there are less than 25 countries in the world which register a daily increase of 5,000 Covid-19 infections.

Yesterday, the United States, which has over 17 million Covid-19 cases and nearly 318,000 fatalities, set a record for daily increase of 250,160 Covid-19 cases and 3,561 fatalities.

Malaysians are entitled to know what is the government doing to ensure that the IHME projection that Malaysia will reach 5,000 daily increase of new Covid-19 cases by the end of February does not come true.

The global cumulative total of Covid-19 infections is over 75 million cases and 1.6 million fatalities.

Who would have imagined on March 11, when the World Health Organisation (WHO) announced Covid-19 as a pandemic, that it would surge to over 75 million cases and 1.6 million fatalities today.

When will the 100 million Covid-19 cases in the world be reached?

The first case was reported in China in early January and it took three months to reach 1 million cases in the world. In the last two days, the global daily increase of Covid-19 infections were 725,814 and 716,970 cases respectively.

At this trajectory, the 100 million-mark for Covid-19 cases in the world would be reached before the end of January.

In fact, a model by the US Centers for Disease Control and Prevention estimated that the actual number of Covid-19 infections in the United States could have passed the 100 million mark in the United States, as it calculated that the true number infections is about eight times the reported number, which includes only the cases confirmed by a laboratory test.

The Muhyiddin government has failed Malaysians in not having an “all-of-government” and “whole-of-society” mindset and strategy against Covid-19 pandemic as illustrated by Malaysia overtaking China in having more cumulative total of Covid-19 cases.

What other cataclysmic development is needed before the Muhyiddin government adopts an “all-of-government” and “whole-of society” approach and strategy in the war against Covid-19 pandemic?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, December 18, 2020)


Apakah yang akan dilakukan kerajaan untuk memastikan bahawa unjuran IHME yang meramalkan Malaysia akan mencapai 5,000 peningkatan kes Covid-19 setiap hari menjelang akhir Februari tidak menjadi kenyataan?

Dengan kadar kenaikan harian kes Covid-19 semasa, Malaysia akan mencatatkan sejumlah 100,000 kes terkumpul menjelang perayaan Krismas minggu depan.

Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan (IHME) yang berpusat di AS meramalkan peningkatan berterusan kes Covid-19 sehingga pertengahan Mac 2021, dengan lebih daripada 5,000 jangkitan setiap hari pada akhir Februari.

Sekiranya model IHME terbukti benar, maka Malaysia akan menyertai 30 negara teratas di dunia dengan lonjakan jangkitan Covid-19 yang paling pantas, kerana terdapat kurang dari 25 negara di dunia yang mencatat kenaikan harian sebanyak 5,000 jangkitan Covid-19.

Semalam, Amerika Syarikat, yang mencatatkan lebih daripada 17 juta kes Covid-19 dan hampir 318,000 kematian, mencatatkan rekod baharu peningkatan harian sebanyak 250,160 kes Covid-19 dan 3,561 kematian.

Rakyat Malaysia berhak mengetahui apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa unjuran IHME yang menyatakan Malaysia akan mencapai 5,000 peningkatan kes Covid-19 setiap hari pada akhir Februari tidak menjadi kenyataan.

Keseluruhan jangkitan global Covid-19 adalah berjumlah lebih dari 75 juta kes dengan 1.6 juta kematian dicatatkan.

Siapa sangka pada 11 Mac — ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 sebagai pandemik — bahawa kes jangkitan wabak tersebut akan meningkat menjadi lebih dari 75 juta kes dan meragut 1.6 juta nyawa sehingga hari ini.

Bilakah kita akan menyaksikan 100 juta kes Covid-19 di dunia direkodkan?

Kes pertama dilaporkan di China pada awal Januari dan mengambil masa tiga bulan untuk mencapai 1 juta kes di dunia. Dalam dua hari terakhir, peningkatan jangkitan global Covid-19 setiap hari masing-masing adalah 725,814 dan 716,970 kes.

Melihat kepada kadar tersebut, angka 100 juta kes Covid-19 di dunia dijangka akan dicapai sebelum akhir Januari.

Sebenarnya, model yang dijalankan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menganggarkan bahawa jumlah sebenar jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat mungkin telah melepasi angka 100 juta, kerana agensi tersebut mendapati bahawa jumlah jangkitan sebenarnya adalah sekitar lapan kali ganda jumlah yang dilaporkan, yang merangkumi hanya kes yang disahkan oleh ujian makmal.

Kerajaan Muhyiddin telah mengecewakan rakyat Malaysia kerana tidak menerapkan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam usaha untuk memerangi pandemik Covid-19 dan ini terbukti apabila Malaysia mengatasi China dengan merekodkan lebih banyak jumlah kes Covid-19 terkumpul.

Adakah kerajaan Muhyiddin mahu menunggu khabar yang lebih buruk sebelum akhirnya sedar dan menerapkan pendekatan dan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan pandemik Covid-19?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 18 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.