Parliament’s greatest failure will be its inability to set up two Select Committees – one on the Covid-19 Pandemic and the other on Corruption and Integrity


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Dewan Rakyat has a last week left for the November/December 2020 meeting before its adjournment — i.e. next Monday to Thursday, Dec. 14–17, 2020.

I regard the greatest failure of the November/December meeting of Parliament is its failure to set up two Select Committees — one on the Covid-19 pandemic and the other on Corruption and Integrity.

In fact, Parliament would be gravely negligence and irresponsible in not setting these two Select Committees, reflecting the Muhyiddin Cabinet as its kakistocratic worst.

Yesterday, Malaysia set a new record of daily increase of Covid-19 infections when 2,234 new Covid-19 cases were reported, bringing the cumulative total in Malaysia to 78,499 Covid-19 cases.

Malaysia is fast closing the gap with China and set to overtake China in cumulative total of Covid-19 cases in a matter of days.

Malaysia is ranked No. 80 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases, while China is ranked No. 78 with 86,673 Covid-19 cases.

Malaysia will overtake China in nine days if the average daily increase of Covid-19 cases in Malaysia average around 2,000-figure while Malaysia overtake China in 18 days if Malaysia’s average daily increases of Covid-19 cases is in the 1,000 region.

Whether nine days or 18 days, Malaysia overtaking China in cumulative total of Covid-19 cases before the year is over must be regarded seriously and should be the subject of investigation by the Select Committee on Covid-19 pandemic as to what had gone wrong with Malaysia’s strategy to fight the Covid-19 pandemic when Malaysia could overtake China in cumulative total of Covid-19 cases when China has over 40 times the population of Malaysia – China’s 1.4 billion as compared to Malaysia’s 32 million.

At one time Malaysia was separated from China by over 60 rankings. On Sept 1, for instance, China had 85,058 Covid-19 cases while Malaysia had 9,354 cases.

What had gone wrong and what is the remedy?

The Select Committee on Covid-19 pandemic should inquire as to why the Muhyiddin government failed to adopt “all-of-government” and “whole-of-society” approach until Malaysia could overtake China in the Covoid-19 pandemic.

There is growing controversy in Malaysia and the world about the safety of the Covid-19 vaccines which are expected to be made public shortly. The Select Committee should conduct a public hearing on this issue to help allay public concerns on the matter.

Next month, Transparency International (TI) will be releasing its Corruption Perception Index (CPI) 2020.

Will Malaysia have reason to be proud or ashamed about corruption when TI releases its CPI 2020?

In the TI CPI 2019, Malaysia is ranked No. 51 with a score of 53, registering a single-year improvement of six points for the TI CPI score and 10 placings in TI CPI ranking, which is the best performance for Malaysia in the past quarter of a century.

I do not expect Malaysia to make such leap of progress in the TI CPI 2020, but will Malaysia be going forwards or regressing backwards?

In the Global Corruption Barometer Asia 2020 released by TI at the end of last month, it found that:

  • 71% of Malaysians think that government corruption is a big problem;
  • 39% of Malaysians think corruption has increased in the previous 12 months;
  • 30% of Malaysians think the government is doing a bad job of fighting corruption;
  • Approval rating for the MACC is 74%;
  • That the percentage of Malaysians who think that most or all people in these institutions are corrupt:

President/Prime Minister – 25%
Members of Parliament – 36%
Government Officials – 28%
Local govt officials – 18%
Police – 30%
Judges and magistrates -13%
Religious leaders – 9%
NGOs – 15%
Business executives – 27%
Bankers – 10%
Army leaders – 9%

Why is Parliament so shy in making the fight against corruption and public integrity a top national priority by setting up a Select Committee on Corruption and Integrity?

The National Integrity Plan (NIP) 2004-2008 launched in 2004 had one of its objectives the placing of Malaysia among the world top 30 countries in public integrity.

Has the Muhyiddin government given up on the challenge to make Malaysia among the world’s top 30 countries in the world on anti-corruption and public integrity?

It is not too late for Parliament to set these two Select Committees, as it is still possible to set up these two Select Committees in the coming week if the government has the political will to do so.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Friday, 11th December 2020)


Kegagalan terbesar Parlimen adalah ketidakupayaannya untuk menubuhkan dua Jawatankuasa Pilihan Khas — satu untuk wabak Covid-19 dan satu lagi berkenaan Rasuah dan Integriti

Persidangan November-Disember Dewan Rakyat hanya tinggal seminggu lagi sebelum ditangguhkan — iaitu bermula Isnin hadapan sehingga hari Khamis, 14 ke 17 Disember 2020.

Saya menganggap kegagalan terbesar Parlimen adalah ketidakupayaannya untuk menubuhkan dua Jawatankuasa Pilihan Khas — satu untuk wabak Covid-19 dan satu lagi berkenaan Rasuah dan Integriti.

Malah, Parlimen akan melakukan satu tindakan yang lalai yang amat tidak bertanggungjawab dengan tidak menubuhkan kedua-dua jawatankuasa pilihan khas ini, yang mencerminkan Kabinet Muhyiddin sebagai satu kakistokrasi terburuk.

Semalam, Malaysia mencatatkan rekod baru peningkatan harian jangkitan Covid-19 apabila 2,234 kes Covid-19 baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia kepada 78,499 kes Covid-19.

Negara kita dengan pantas sekali merapatkan jurang kedudukannya dengan China dan akan mengatasi China dengan lebih banyak jumlah kes terkumpul Covid-19 dalam beberapa hari lagi.

Malaysia kini adalah negara ke-80 dari jumlah kes terkumpul Covid-19, manakala China berada di kedudukan ke-78 dengan 86,673 kes Covid-19.

Malaysia akan mengatasi China dalam masa sembilan hari jika kadar peningkatan purata kes Covid-19 harian di Malaysia kekal pada kadar sekitar 2,000-angka, atau pun dalam masa 18 hari jika purata peningkatan harian ini kekal di dalam julat kira-kira 1,000 kes.

Sama ada sembilan hari atau 18 hari, hakikat di mana Malaysia mengatasi kedudukan China dalam jumlah kes terkumpul Covid-19 sebelum berakhirnya tahun ini mestilah dipandang serius dan harus disiasat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Wabak Covid-19 untuk mengenal pasti di manakah silapnya dengan strategi kita dalam memerangi wabak Covid-19 sehingga jumlah kes terkumpul di Malaysia dapat mengatasi jumlah di China sedangkan China mempunyai lebih dari 40 kali ganda jumlah penduduk berbanding Malaysia – 1.4 bilion di China berbanding dengan 32 juta orang di Malaysia.

Pada satu masa dahulu, Malaysia dipisahkan dari China dengan lebih dari 60 tempat kedudukan. Pada 1 September, misalnya, China mempunyai 85,058 kes Covid-19 sementara Malaysia mempunyai 9,354 kes.

Di manakah silapnya dan apakah yang boleh kita buat?

Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Wabak Covid-19 ini perlu menyiasat mengapa kerajaan Muhyiddin gagal menerapkan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak ini sehinggakan Malaysia kini bakal mengatasi kedudukan China dari segi jumlah kes terkumpul.

Terdapat kontroversi yang semakin meningkat di Malaysia dan di seluruh dunia mengenai keselamatan vaksin Covid-19 yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Jawatankuasa Pilihan Khas ini perlu mengadakan siasatan awam mengenai isu ini untuk membantu mengurangkan kebimbangan orang ramai mengenai perkara ini.

Pada bulan hadapan, Transparency International (TI) akan menerbitkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020.

Adakah Malaysia akan mempunyai sebab untuk berasa bangga atau malu mengenai isu rasuah apabila TI menerbitkan CPI 2020 ini?

Dalam TI CPI 2019, Malaysia berada di kedudukan ke-51 dengan 53 markah, mencatatkan peningkatan enam mata untuk markah dan 10 tempat dalam kedudukan TI CPI dalam masa setahun, yang merupakan prestasi terbaik untuk negara kita dalam tempoh suku abad yang lepas.

Saya tidak menjangkakan Malaysia mencatatkan kemajuan dalam TI CPI 2020, tetapi adakah Malaysia akan maju ke hadapan atau mundur ke belakang?

Dalam Barometer Rasuah Global Asia 2020 yang dikeluarkan oleh TI pada akhir bulan lalu, laporan tersebut mendapati bahawa:

  • 71% rakyat Malaysia berpendapat bahawa rasuah dalam kerajaan adalah masalah besar;
  • 39% rakyat Malaysia berpendapat rasuah telah meningkat dalam 12 bulan sebelumnya;
  • 30% rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan tidak melakukan yang terbaik untuk memerangi rasuah;
  • Tahap kepuasan untuk SPRM adalah 74%;
  • Bahawa peratusan rakyat Malaysia yang berpendapat bahawa kebanyakan atau semua orang di institusi ini adalah korup:

Presiden/Perdana Menteri…….25%

Ahli Parlimen……………………36%

Pegawai kerajaan………………28%

Pegawai kerajaan tempatan….18%

Polis..……………………………30%

Hakim dan majistret……………..13%

Pemimpin keagamaan…………..9%

NGO……………………………..15%

Eksekutif Perniagaan…………….27%

Pegawai bank…………………..10%

Pemimpin tentera……………….9%

Mengapa Parlimen sebegitu lembab dalam menjadikan agenda memerangi rasuah dan integriti awam sebagai keutamaan negara dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan mengenai Rasuah dan Integriti?

Salah satu objektif Pelan Integriti Nasional (NIP) 2004-2008 yang dilancarkan pada tahun 2004 adalah untuk meletakkan Malaysia di antara 30 negara teratas dunia dalam integriti awam.

Adakah kerajaan Muhyiddin telah menyerah kalah dan berputus asa kepada cabaran untuk menjadikan Malaysia antara 30 negara teratas di dunia yang anti-rasuah dan berintegriti awam?

Masih belum terlambat untuk Parlimen menubuhkan kedua-dua Jawatankuasa Pilihan Khas ini, memandangkan masih terdapat cukup masa untuk menubuhkan Jawatankuasa ini dalam minggu hadapan, sekiranya kerajaan mempunyai kehendak politik untuk berbuat demikian.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Jumaat, 11 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.