Will Malaysia overtake China with more cumulative total of Covid-19 cases before or after the end of the present Parliament meeting?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Today, December 1, 2020, marks one year since the first known patient showed symptoms of the disease in the Hubei provincial capital of Wuhan, China, according to a key study on the Covid-19 epidemic in the Lancet medical journal.

The question we should be asking is whether Malaysia will overtake China with more cumulative total of Covid-19 cases before or after the end of the present Parliament meetng – Dewan Rakyat on Dec. 17 and Dewan Negara on Dec. 23, 2020.

The Covid-19 epidemic started in China.

When the World Health Organisation on March 11 declared Covid-19 a pandemic, it said there were more than 118,000 cases in 114 countries with 4,291 fatalities.

In actual fact, the global cumulative total of Covid-19 infections on March 11, 2020 had reached 148,822 cases by that day, with 80,793 cases in China which is more than the rest of the world. However, by next day, on March 12, the number of Covid-19 cases outside China (81,392 cases) had exceeded the cases in China (80,813 cases).

Spain was the first country to exceed China’s total cumulative total of Covid-19 cases on 18th March, when Spain had 81,179 cases as against China’s 80,928 cases on that day.

The second country was the United States on March 26, when it registered 89,683 cases as against China’s 81,340 cases on that day.

The third country was Italy on March 27, when it registered 86,488 cases as against China’s 81,394 cases on that day.

Since then, China’s position among the country with the most number of Covid-19 cases has slipped drastically although it was the top No. 1 nation in the first three months of the pandemic to the present No. 71 ranking with 86,530 cases – losing out in particular to 12 countries which have over a million Covid-19 cases, viz:

1. United States – 13.9 million
2. India – 9.5 million
3. Brazil – 6.3 million
4. Russia – 2.3 million
5. France – 2.2 million
6. Spain – 1.7 million
7. United Kingdom – 1.6 million
8. Italy – 1.6 million
9. Argentina – 1.4 million
10. Colombia – 1.3 million
11. Mexico – 1.1 million
12. Germany – 1.1 million

Today, the world has reached 65.3 million Covid-19 cases and nearly 1.5 million fatalities – and the pandemic is still undergoing a surge of infections.

Malaysia, which is ranked 83 in the world with 65,697 Covid-19 cases, is quickly closing the gap with China.

Assuming China keeps to the low single or double-digit daily increase, and Malaysia keeps to a four-digit daily increase, Malaysia will overtake China in three weeks, which will before the end of the Dewan Negara meeting on Dec. 23.

If Malaysia keeps to the average daily increase in the past seven days, which works out to 1,305 daily increase, then Malaysia will overtake China in 16 days, i.e. before Dewan Rakyat ends on Dec. 17.

Going back to the WHO declaration of Covid-19 as a pandemic, it is clear that the Malaysian Government has failed to act on the advice of the WHO Director-General, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus to adopt am “all-of-government” and “whole-of-society” in the war against the Covid-19 pandemic.

It is no credit to the Malaysian government that we are on the verge of overtaking China on cumulative total of Covid-19 infections!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, December 1, 2020)


Adakah Malaysia akan mengatasi China dengan lebih banyak kes Covid-19 terkumpul sebelum atau selepas tamatnya persidangan Parlimen sesi Belanjawan?

Menurut kajiselidik yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet, hari ini, 1 Disember, mencatatkan setahun sejak pesakit pertama Covid-19 direkodkan menunjukkan simptom wabak ini di Ibu Kota daerah Hubei, Wuhan.

Persoalan yang patut ditanyakan kita adalah sama ada Malaysia akan mengatasi China dengan lebih banyak kes Covid-19 terkumpul sebelum atau selepas tamatnya persidangan Parlimen sesi Belanjawan — 17 Disember 2020 untuk Dewan Rakyat dan 23 Disember 2020 untuk negara?

Semasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai satu pandemik pada 11 Mac 2020, badan tersebut mengatakan sejumlah 118,000 kes di 114 buah negara telah dicatatkan, dengan 4,291 kematian.

Sebenarnya, jumlah kes terkumpul global pada 11 Mac 2020 telah pun mencecah paras 148,822 kes pada hari tersebut, dengan 80,793 kes di China, yang lebih banyak daripada kes-kes yang dicatatkan di luar China. Namun, menjelang keesokan harinya pada 12 Mac, jumlah kes Covid-19 di luar China (81,392) telah mengatasi jumlah kes di China (80,813).

Sepanyol adalah negara pertama yang mencatatkan lebih banyak kes terkumpul berbanding China pada 18 Mac, apabila negara tersebut mencatatkan sejumlah 81,179 kes berbanding dengan 80,928 kes yang dicatatkan di China.

Negara kedua yang mengatasi jumlah kes di China adalah Amerika Syarikat, pada 26 Mac, apabila negara tersebut mencatatkan 86,488 kes berbanding 81,394 kes di China.

Sejak daripada hari tersebut, kedudukan China terus merosot secara drastik, walaupun negara tersebut merupakan negara dengan jumlah kes tertinggi dalam tempoh tiga bulan terawal pandemik ini. Kini China berada di tempat ke-71 dengan 86,530 kes — yang jauh berbeza dengan 12 negara yang mencatatkan lebih daripada sejuta kes, iaitu:

1. Amerika Syarikat – 13.9 juta
2. India – 9.5 juta
3. Brazil – 6.3 juta
4. Rusia – 2.3 juta
5. Perancis – 2.2 juta
6. Sepanyol – 1.7 juta
7. United Kingdom – 1.6 juta
8. Itali – 1.6 juta
9. Argentina – 1.4 juta
10. Colombia – 1.3 juta
11. Mexico – 1.1 juta
12. Jerman – 1.1 juta

Hari ini, sejumlah 65.3 juta kes dan sejumlah 1.5 juta kematian telah dicatatkan di seluruh dunia, dan wabak ini terus merebak.

Malaysia, yang berada di tempat ke-83 dengan 65,697 kes Covid-19 sedang merapati kedudukan China dengan pantas.

Jika China terus mencatatkan peningkatan rendah kes baharu dalam julat satu ke dua angka, dan Malaysia terus mencatatkan peningkatan harian dalam julat empat angka, negara kita bakal mengatasi kedudukan China sebelum berakhirnya persidangan Dewan Negara pada 23 Disember ini.

Jika Malaysia terus mencatatkan purata peningkatan harian seperti sebelum ini, kira-kira 1,305 kes sehari, negara kita akan mengatasi kedudukan China dalam masa 16 hari, sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat berakhir pada 17 Disember.

Berbalik kepada deklarasi WHO yang mengisytiharkan Covid-19 sebagai satu pandemik, jelas sekali yang Kerajaan Malaysia telah gagal untuk bertindak dengan nasihat Setiausaha Agung WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus yang menggesa kerajaan untuk melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam usaha melawan Covid-19.

Hakikat di mana kita sebegitu hampir untuk mengatasi kedudukan China dengan lebih banyak jumlah jangkitan Covid-19 ini bukanlah satu benda yang baik untuk Kerajaan Malaysia!

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa, 1 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.