Lim Kit Siang

Defend the independence of national institutions like Parliament, Judiciary, Police, MACC, the offices of Attorney-General and Auditor-General as a first step to uphold the principles of Rukun Negara in the war against the “Malu Apa” viral pandemic in Malaysia

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

One question which had been haunting me for some time is whether the Malaysian Constitution adopted as the basis for the building of a Malayan and later Malaysian nation in 1957 would have been accepted and adopted if it had been presented to the highest legislature of the land today.

There are legitimate doubts that the 1957 Constitution would have been passed by the highest legislature of the land today especially as the Constitution is viewed with considerable disfavour by those who believe that while corruption is deplorable, one should support a Muslim who is corrupt and not a non-Muslim who is clean, honest and upright; or those committed to the toxic politics of race and religion to disunite and polarise Malaysia and condemn the nation to the fate of a kleptocratic, kakistocratic and a failed state.

The stand that a corrupt Muslim leader should be supported in favour of a clean, honest and upright non-Muslim is not only against all reason and sense of fair play, it is against the Constitution and the Rukun Negara principles formulated and derived from the Constitution – a country where the people believe in God, loyal to King and country, committed to the supremacy of the constitution and the rule of law and are inspired by good moral precepts.

For the past seven months, the country like the rest of the world, had been stricken by the Covid 19 pandemic. But there is another pandemic which had afflicted Malaysia for the past two years – the “Apa Malu” campaign and mentality which have no concept of right and wrong, or are completely alien to principles of justice, freedom and integrity, which could only lead Malaysia to a kleptocratic, kakistocratic and a failed Malaysia.

We must restore people’s hope and heart for a fairer, freer and better Malaysia, as promised by the Constitution and the Rukun Negara principles.

As a first step, let us defend the independence of national institutions like Parliament, Judiciary, Police, MACC, the offices of Attorney-General and Auditor-General to uphold the principles of the Constitution and Rukun Negara in the war against the “Malu Apa” viral pandemic.

The MACC has started calling up Pakatan Harapan leaders to question them with regard to Finance Minister’s so-called revelation that a total of 101 projects with a procurement value of RM6.61 billion had been awarded through direct negotiations during the 22-month Pakatan Harapan government, giving the impression that corruption was involved.

Former Finance Minister and DAP Secretary-General, Lim Guan Eng had pointed out that the Pakatan Harapan government was only responsible for 5.3 percent of the directly awarded contracts worth RM6.6 billion revealed by Tengku Zafrul, as most of the RM6.61 billion went to legacy projects (67.7 percent) and contracts for supplies or services (26.5 percent) taken on during the Barisan Nasional administration.

The KVDT2 project is a case in point.

If Tengku Zafrul and Wee are sincere, honest and upright, they should have praised the Pakatan Harapan government for saving the country RM790 million in Phase 2 of Klang Valley double-tracking project by paring the RM5.265 billion contract signed by the Barisan Nasional government a day before Parliament was dissolved in March 2018 to RM4.475 billion.

Now Wee says that even this figure is overpriced – that it should be cut down further by RM1.867 billion to RM RM3.398 billion.

Wee was a Minister in the Prime Ministers Department in the Najib cabinet when the RM5.265 billion KVDT2 project was approved? Did he object?

If Pakatan Harapan Ministers are to be called up by the MACC based on the Finance Minister’s lies and half-truths in Parliament, will the MACC also call up not only the former Transport Minister, Liow Tiong Lai but also Wee himself for the RM5.265 billion KVDT2 contract, in particular why the contract was signed a day before Parliament was dissolved in March 2018?

(63rd National Day Message by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, 30th August 2020)

==========================

Pertahankan kebebasan institusi-institusi negara seperti Parlimen, Badan Kehakiman, Polis, SPRM, Pejabat Pendakwa Raya, dan Jabatan Audit Negara sebagai langkah pertama dalam menegakkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perjuangan melawan wabak “Malu Apa” di Malaysia

Satu persoalan yang menghantui fikiran saya kebelakangan ini adalah sama ada Perlembagaan Malaysia yang mulanya diangkat sebagai asas pembinaan Persekutuan Tanah Melayu — dan kemudiannya negara Malaysia — pada tahun 1957 akan diterima dan diguna pakai jika ia dibentangkan di hadapan badan perundangan tertinggi negara hari ini.

Terdapat keraguan sama ada Perlembagaan 1957 ini akan diluluskan dan diguna pakai oleh badan perundangan tertinggi negara pada hari ini, kerana Perlembagaan ini dilihat dengan tidak senang oleh sesetengah pihak yang percaya bahawa walaupun perbuatan rasuah itu perlu dijauhi, seseorang tetap perlu menyokong seorang Muslim yang mengamalkan rasuah berbanding dengan seseorang bukan-Muslim yang bersih dan jujur sebagai pemimpin; begitu juga dalam kalangan mereka yang komited terhadap politik toksik yang menunggang sentimen perkauman dan keagamaan untuk memecah-belahkan dan melaga-lagakan rakyat Malaysia langsung menjunamkan negara kita ke arah sebuah negara yang kleptokratik, mengamalkan kakistrokrasi, dan menjadi sebuah negara yang gagal.

Pandangan bahawa seseorang pemimpin beragama Islam yang korup harus disokong berbanding dengan pemimpin bukan Islam yang bersih dan jujur ini bukan sahaja tidak masuk akal dan berlawanan dengan prinsip keadilan, perkara ini juga bertentangan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dirumuskan berasaskan Perlembagaan — untuk sebuah negara di mana rakyatnya percaya kepada Tuhan, setia kepada raja dan negara, komited terhadap keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan didorong dengan kesopanan dan kesusilaan.

Dalam tempoh tujuh bulan yang lepas, negara kita, seperti negara-negara lain di seluruh dunia, telah dilanda dengan wabak Covid-19. Namun kita juga berhadapan dengan satu lagi wabak lain yang telah membelenggu negara ini sejak dua tahun yang lepas — kempen dan mentaliti “Malu Apa” yang tidak membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, dan tidak langsung mengenali prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, dan integriti. Sebuah kempen dan mentaliti yang hanya akan menarik Malaysia ke belakang, ke arah sebuah negara kleptokratik, kakistokratik, dan gagal.

Kita harus mengembalikan harapan dan impian rakyat untuk sebuah Malaysia yang lebih adil, bebas, dan lebih baik, seperti yang dijanjikan di dalam Perlembagaan dan dicitakan dalam Rukun Negara.

Sebagai langkah pertama, marilah kita bersama-sama mempertahankan kebebasan institusi-institusi negara seperti Parlimen, Badan Kehakiman, Polis, SPRM, Pejabat Pendakwa Raya, dan Jabatan Audit Negara, untuk menegakkan prinsip-prinsip seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara dalam perjuangan melawan wabak “Malu Apa” ini.

SPRM telah mula memanggil para pemimpin Pakatan Harapan untuk menyoal siasat mereka berkenaan dengan pendedahan Menteri Kewangan mengenai 101 projek rundingan terus yang bernilai sejumlah RM6.61 bilion yang berlaku dalam tempoh 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, pendedahan ini dibuat dengan niat untuk menunjukkan kononnya terdapat unsur rasuah dalam pentadbiran ini.

Mantan Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menunjukkan yang kerajaan Pakatan Harapan hanya bertanggungjawab terhadap 5.3 peratus daripada ke semua kontrak-kontrak rundingan terus yang didedahkan oleh Tengku Zafrul ini, memandangkan kebanyakan projek-projek ini adalah projek warisan (67.7 peratus) dan kontrak perbekalan dan perkhidmatan (26.5 peratus) kerajaan Barisan Nasional.

Projek KVDT2 adalah contoh terbesarnya.

Jika Tengku Zafrul dan Wee jujur dan ikhlas dalam niat mereka, mereka seharusnya memuji kerajaan Pakatan Harapan kerana berjaya menjimatkan negara kita sebanyak RM790 juta di dalam projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang dengan memotong nilai projek daripada RM5.625 bilion yang dipersetujui di bawah kerajaan Barisan Nasional sehari sebelum Parlimen dibubarkan pada Mac 2018 kepada RM4.475 bilion.

Kini Wee mengatakan yang angka ini masih terlalu mahal — ia perlu dipotong lebih lanjut sebanyak RM1.867 bilion kepada RM3.398 bilion.

Wee merupakan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet Najib semasa kontrak KVDT2 yang bernilai RM5.265 bilion ini dipersetujui, adakah beliau membantahnya ketika itu?

Jika mantan menteri-menteri Pakatan Harapan dipanggil oleh SPRM untuk siasatan lanjut berdasarkan penipuan dan manipulasi fakta oleh Menteri Kewangan di Parlimen, adakah SPRM akan memanggil bukan sahaja mantan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, tetapi juga Wee untuk menyiasat kontrak KVDT2 yang bernilai RM5.265 bilion ini, terutamanya mengenai mengapa kontrak ini dipersetujui sehari sebelum Parlimen dibubarkan pada bulan Mac 2018?

(Perutusan Hari Kebangsaan ke-63 Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad 30 Ogos 2020)

Exit mobile version