Call on Muhyiddin to make public the report of the Health Ministry internal investigation on Khairuddin’s violation of the Covid 19 quarantine SOP


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The admission by the Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah that top Ministry officials were in the dark about Plantation Industries and Commodities Minister Mohd Khairuddin Aman Razali’s violation of home quarantine rules until last week is quite a shocker.

Equally astounding is that an internal investigation into the series of events following the minister’s July 7 return from Turkey has been kept as a secret from the public.

At yesterday’s press conference, Noor Hisham admitted that he, along with the ministry’s deputy director-general and head of infectious diseases, were not informed about the matter until it made the news.

He said he instructed an internal investigation to be held and he has received the full report of what happened from the ground.

Khairuddin has established quite a number of new political records – including having some 50,000 people signing an online petition asking him to resign as Minister.

When Khairuddin’s violation of the Covid-19 quarantine SOP revealed by MP for Seputeh Teresa Kok in Parliament last Tuesday, it caused a national furore of anger and outrage largely because of Khairuddin’s prevarication and misinformation, including the claim that the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, had approved Khairuddin’s Turkey trip; that there was a “special test” for Ministers and VVIPs so that they could leave and return to the country; and that Turkey was at the time as “green country (zone)” when in fact it was one of the epicentres of the global Covid-19 pandemic.

As a result, an online petition was started calling on Khairuddin to resign as a Cabinet Minister.

It had about 24,000 signatures until the new development on Saturday evening, when the Health Ministry admitted that Khairuddin had indeed violated the quarantine SOP on July 7, together with the statement that the Health Ministry had imposed a RM1,000 fine on August 7 and which had been paid.

Public anger and outrage knew no bounds and the online petition for Khairuddin’s resignation more than doubled since then.

Khairuddin completely misread the public mood and sentiment when he expressed his apology and his “donation” of his salary as a Minister from May to August to the Covid19 Fund – as if money is the answer to what is morally right and wrong, together with the growing abomination of double standards in Malaysian public life.

The Prime Minister’s statement one week after the Khairuddin charade and the government’s other anodyne responses are just not adequate enough to satisfy the larger Malaysian population.

What has Muhyiddin and the government to hide over the public disclosure of the Health Ministry’s internal investigation on Khairuddin’s violation of the Covid 19 quarantine SOP?

I call on Muhyiddin to instantly make public the report of the Health Ministry internal investigation on Khairuddin’s violation of the Covid 19 quarantine SOP and let the axe fall where it may.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Wednesday, 26th August 2020)

=======================

Seruan kepada Muhyiddin untuk menbentangkan dapatan penyiasatan dalaman Kementerian Kesihatan ke atas pengingkaran SOP Kuarantin Covid-19 Khairuddin

Pengakuan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengatakan pengurusan tinggi Kementeriannya tidak tahu mengenai skandal pengingkaran SOP kuarantin Covid-19 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali agak mengejutkan.

Apa yang lebih menghairankan adalah penyiasatan dalaman terhadap beberapa kejadian selepas kepulangan Menteri tersebut daripada satu lawatan ke Turki pada 7 Julai telah disorok daripada pihak umum.

Dalam sidang media beliau semalam, Noor Hisham mengakui yang beliau, bersama dengan timbalan ketua pengarah kementeriannya dan ketua jabatan penyakit berjangkit, tidak diberitahu mengenai perkara ini sehinggalah ia diterbitkan di dalam berita.

Beliau berkata, beliau telah mengarahkan suatu siasatan dalaman untuk diadakan dan beliau telah pun menerima laporan penuh mengenai kejadian yang berlaku.

Khairuddin telah menempa beberapa rekod politik baharu kebelakangan ini — termasuklah dengan mempunyai hampir 50,000 orang menandatangani satu petisyen atas talian yang mendesak beliau untuk meletakkan jawatannya sebagai seorang menteri.

Apabila pelanggar SOP kuarantin oleh Khairuddin didedahkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Parlimen pada Selasa lepas, perkara ini telah menimbulkan kemarahan di seluruh negara yang disebabkan oleh penyebaran maklumat yang salah oleh Khairuddin yang mendakwa kononnya lawatan beliau ini telah pun diluluskan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kononnya terdapat satu “ujian saringan khas” untuk para menteri, dan ahli-ahli VVIP bagi membolehkan mereka untuk ke luar dan masuk negara, dan kononnya Turki adalah sebuah “negara zon hijau” semasa tempoh lawatan beliau sedangkan negara tersebut merupakan salah satu daripada pusat penularan utama wabak Covid-19.

Disebabkan oleh semua perkara ini, satu petisyen atas talian telah dibuat untuk mendesak Khairuddin untuk meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet.

Petisyen ini mulanya mencatatkan sekitar 24,000 tandatangan sehinggalah perkembangan terkini diumumkan pada petang hari Sabtu yang lepas, di mana Kementerian Kesihatan mengakui yang Khairuddin telah pun mengingkari SOP kuarantin Covid-19 pada 7 Julai, bersama-sama dengan kenyataan daripada pihak kementerian yang mengatakan yang Khairuddin telah pun dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 pada 7 Ogos yang telah pun dibayar.

Kemarahan rakyat bertambah-tambah lagi selepas pengumuman ini.

Khairuddin jelas sekali tersilap dalam membaca perasaan dan sentimen rakyat apabila beliau mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf dan “mendermakan” gajinya sebagai seorang Menteri bagi tempoh di antara Mei sehingga Ogos kepada Tabung Covid-19 — seakan-akan wang mampu untuk menyelesaikan permasalahan di antara perkara yang betul dan yang salah, lebih-lebih lagi apabila perkara ini dilihat sebagai jurang perbezaan layanan yang berbeza di antara dua darjat rakyat Malaysia yang makin membesar.

Kenyataan Perdana Menteri yang dikeluarkan seminggu selepas segala dongeng daripada Khairuddin dan alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan jelas sekali tidak mencukupi untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia.

Apakah perkara yang cuba disorok oleh Muhyiddin dan kerajaan disebalik dapat penyiasatan dalam Kementerian Kesihatan ke atas pengingkaran SOP kuarantin Covid-19 Khairuddin ini?

Oleh itu, saya menyeru Muhyiddin untuk mendedahkan dapatan siasatan dalaman Kementerian Kesihatan ke atas pengingkaran Khairuddin ini bagi membolehkan rakyat menilai skandal keseluruhan skandal ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu 26 Ogos 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.