Lim Kit Siang

Muhyiddin’s First 100 Days – from the second wave of Covid-19 outbreak to lockdown of Parliament and the return of kleptocracy and kakistocracy

Seratus hari pertama Muhyiddin — daripada gelombang kedua penularan Covid-19 kepada pengembalian kleptokrasi dan kakistokrasi

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja menyambut 100 hari pertama pemerintahan beliau yang telah menyaksikan gelombang kedua penularan wabak Covid-19 dalam negara dan pengembalian kleptokrasi dan kakistokrasi (sistem kepimpinan daripada kalangan individu yang tidak berkelayakan).

Jika tidak kerana Langkah Sheraton, kita tidak akan berhadapan dengan gelombang kedua penularan wabak ini yang telah menyebabkan perlunya dilaksanakan kawalan pergerakan.

Kita bernasib baik kerana kita berjaya mengekang penularan gelombang kedua wabak ini, walaupun pada masa yang sama, seperti di seluruh dunia, kita perlu berhati-hati dan bersedia untuk sebarang penularan semula wabak ini — yang akan dikira sebagai gelombang kedua untuk kebanyakkan negara lain, dan gelombang ketiga untuk negara kita.

Namun, apa yang tragis adalah apabila bukan sahaja negara kita dikenakan kawalan pergerakan akibat daripada penularan wabak ini, tetapi Parlimen juga dikunci daripada menjalankan tugas-tugasnya, bersama dengan kleptokrasi dan kakistokrasi yang kini telahpun kembali dengan kawalan terhadap kebebasan dan pencabulan hak asasi manusia yang berleluasa.

Pada 9 Mei 2018, Malaysia menunjukkan kepada seluruh dunia, masih terdapat sinar harapan dalam demokrasi, ketika dalam tempoh satu dekad yang lepas, sistem demokrasi berparlimen di seluruh dunia sedang terancam.

Kini, sinar harapan ini semakin suram.

Laporan terbaik negara kita di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) kini tinggal sebagai sejarah dan harapan untuk Malaysia menjadi salah sebuah daripada 30 negara teratas dari segi integriti awam menjelang 2030 tinggal menjadi angan-angan.

Satu lagi perkara yang tinggal menjadi kenangan sejarah adalah lompatan 21 dan 22 kedudukan negara kita dalam Indeks Kebebasan Akhbar RSF pada tahun 2019 dan 2020 kepada kedudukan ke-101.

Laporan Indeks Persepsi Rasuah TI dan Indeks Kebebasan Akhbar RSF tahun depan pastinya akan menjadi satu perkara yang tidak menyenangkan.

Tetapi, rakyat Malaysia tidak boleh berputus asa dengan harapan untuk sebuah negara yang lebih baik.

Kita tidak mahu negara kita untuk mendapat malu dan nama buruk semula sebagai sebuah demokrasi di mana mandat rakyat boleh dikhianati begitu sahaja oleh sebuah kerajaan pintu belakang yang membenarkan pengembalian negara kita ke arah sebuah negara yang gagal dan kleptokratik, yang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan di mana mereka yang bersifat buruk menduduki jawatan-jawatan tinggi negara.

Tidak kira betapa susah sekalipun perjalanan ini, kita harus menuntut semula maruah negara, dan membina semula negara kita untuk memenuhi potensinya sebagai sebuah Malaysia yang lebih baik.

Semasa Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman mengumumkan “Merdeka” pada 31 Ogos 1957, beliau juga berkata “negara kita sangat bertuah kerana mempunyai penduduk daripada kalangan pelbagai kaum dan agama yang hidup bersama dengan aman dan makmur”.

Kita mesti memenuhi cita-cita Malaysia Tunku, di mana Malaysia menjadi satu “obor yang menyinari dunia yang penuh dugaan dan rintangan” dan memperbaharui harapan, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga untuk seluruh dunia, di mana kita dapat lihat keruntuhan sistem demokrasi dan kenaikan rejim autoritarian yang korup dan tidak demokratik.

Tugas kita untuk membina satu Malaysia Baharu baru sahaja memasuki satu fasa baharu — cabaran yang menanti adalah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia yang kita boleh menuntut semula negara kita daripada sebarang cabaran yang mendatang dan mengubahnya daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara terulung yang berasaskan kebebasan, keadilan, dan integriti di mata dunia.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri pada hari Rabu 10 Jun 2020)

==============================

The eighth Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin has just celebrated his first hundred days which saw the second wave of Covid-19 outbreak to lockdown of Parliament and the return of kleptocracy and kakistocracy.

If not for the Sheraton Move, there would not be a second wave of the Covid-19 outbreak and lockdown of the country.

It is fortunate that Malaysia had contained the second wave of the Covid-19 outbreak, although like the rest of the world, we must be prepared for any resurgence of the coronavirus outbreak – a second wave for most of the countries of the world but a third wave for Malaysia.

It is tragic that the second wave of the Covid-19 outbreak should be the cause not only for a national lockdown with the imposition of the movement control order (MCO) on March 18, but also for the lockdown of Parliament and the return of kleptocracy, kakistocracy and the descent of the standards of governance, like restraints on freedom of speech and widespread violation of human rights.

On May 9, 2018, Malaysia provided the example to the world that there is hope in democracy at a time when for over a decade, parliamentary democracy as a system of governance was in retreat all over world.

Now, this light of hope has dimmed.

Malaysia’s best report of Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2019 in 25 years now appears to be a fluke-shot, and the hope that it will spearhead Malaysia to embark on the road to become one of the world’s top 30 countries in public integrity before 2030 appear misplaced.

Another fluke-shot is Malaysia’s spectacular 21-place jump in 2019 and 22-place jump of RSF’s Press Freedom Index 2020 to 101st place globally.

Next year’s TI CPI Report and RSF’s Press Freedom Index will be most agonising affairs.

But Malaysians must not give up hope for a better Malaysia.

We do not want Malaysia to gain new infamy, ignominy and iniquity as a democracy where the people’s mandate could be hijacked and perverted by a back-door government to allow a reversion to the trajectory of a failed, rogue, kleptocratic and kakistocratic state where the worst elements who practice dishonesty, perfidy and corruption occupy high positions in government.

However hard, uphill and even daunting the road, Malaysians must reclaim the nation’s honour, rebuild and fulfil the nation’s potentials for a better Malaysia.

As Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman proclaimed “Merdeka” on 31st August 1957, “our nation has been very lucky to have a multi-racial and multi-religious population who co-existed and live in peace and prosperity”.

We must fulfil Tunku’s Malaysian Dream to become a “beacon of light in a difficult and distracted world” and renew the hopes not only of Malaysians but of the world, for worldwide we are seeing a decline of democracy and the rise of authoritarian, undemocratic and corrupt regimes.

Our work to create a New Malaysia has entered a new ;phase – our challenge is to demonstrate to the world that we can reclaim our country from the setbacks to transform a global kleptocracy into a leading nation of freedom, justice and integrity in the world.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Wednesday, 10th June 2020)

Exit mobile version