Lim Kit Siang

The Save Malaysia mission of the 14th General Election is still very valid and relevant, as we do not want to revert to a global kleptocracy, and even worse, become a kakistocracy with the worst elements who practice dishonesty, perfidy and corruption in the government

Misi menyelamatkan Malaysia PRU14 masih lagi sah dan relevan kerana kita tidak mahu kembali menjadi kleptokrasi global ataupun lebih buruk lagi, sebuah “kakistokrasi” dengan anasir-anasir jahat yang mengamalkan khianat, ketidakjujuran, dan rasuah di dalam kerajaan

DAP akan mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat tergempar hari ini mengenai perkembangan politik semasa dan kita harus menunggu hasil keputusan mesyuarat tersebut.

Namun begitu, izinkan saya untuk menjelaskan mengenai satu paparan yang telah tersebar luas semalam — yang mengatakan: “Kit Siang di kesan berada di airport, mau lari ka…?” bersama dengan gambar saya di lapangan terbang dan dalam satu paparan yang berasingan, seorang pemimpin UMNO mengatakan: “Mohon standby di airport, tahan pemimpin DAP, PKR, PAN yang nak lari keluar negara – Azri”.

Saya berada di Lapangan Terbang Pulau Pinang semalam, menunggu penerbangan saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kes mahkamah P Gunasekaran hari ini, dan persoalan untuk melarikan diri daripada negara ini tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya.

Malah, soal melarikan diri daripada Malaysia ini tidak pernah timbul dalam fikiran mana-mana pemimpin DAP kerana kami bukanlah pencuri, perompak, mahupun penyangak, tetapi kami hanyalah rakyat Malaysia yang patriotik dan berdedikasi untuk menghentikan penjunaman Malaysia kearah menjadi negara kleptokratik yang gagal.

Para pejuang DAP berhasrat untuk berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira batasan kaum, agama, mahupun kawasan. Kami menyertai politik kerana kami percaya politik adalah satu wadah yang jujur, bermaruah, malah mulia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk generasi masa hadapan; kami berpegang kepada pendirian bahawa ahli politiklah yang kotor dan bukan politik itu sendiri.

Misi Menyelamatkan Malaysia dalam PRU ke-14 yang lalu masih lagi sah dan relevan, kerana kita tidak mahu melihat Malaysia kembali kearah menjadi sebuah kleptokrasi global ataupun lebih buruk lagi, menjadi sebuah kakistokrasi (sistem kepimpinan yang diketuai oleh golongan yang paling tidak berkelayakan) dengan anasir-anasir jahat yang mengamalkan khianat, ketidakjujuran, dan rasuah di dalam kerajaan.

Terdapat cubaan daripada sesetengah pihak untuk merampas mandat yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum yang ke-14 ini untuk membentuk sebuah kerajaan pintu belakang yang mengkhianati dan cuba menafikan janji-janji Pakatan Harapan untuk sebuah Malaysia Baharu.

Bayangkan mereka yang telah mendukung rejim kleptokratik selama sedekad ini kini cuba untuk mengaku yang mereka adalah pelopor sebuah Malaysia yang bersih tanpa sebarang toleransi terhadap rasuah?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Kompleks Mahkamah Duta selepas pembebasan ADUN DAP Negeri sembilan untuk Seremban Jaya, P Gunasekaran pada hari Isnin 24 Febuari 2020 pada jam 10:15 pagi)
=========================

DAP is holding an emergency Central Executive Committee meeting today on the extraordinary political developments in the country and we should wait for the outcome of the meeting.

However, let me comment on postings that went viral on the social media yesterday – one with the heading: “Kit Siang di kesan berada di airport, mau lari ka…?” with photograph of me at an airport and another by an UMNO leader with the heading: “Mohon standby di airport, tahan pemimpin DAP, PKR, PAN yang nak lari keluar negara – Azri”.

I was at the Penang Airport last night waiting for the flight to Kuala Lumpur to attend P. Gunasegaram court cases today, and the question of my running away from Malaysia was never in my mind.

In fact, the thought of running away from Malaysia never entered into the mind of any DAP leader, for we are not thieves, robbers or rogues, but dedicated and patriotic Malaysians who want to end Malaysia plunging along the trajectory of a failed, rogue and kleptocratic state.

DAP men and women want to do good for the country for all Malaysians, regardless of race, religion or region. We are in politics because we believe that politics is an honest, honourable and even noble avenue to make Malaysia a better nation for our children and children’s children; that it is politicians and not politics which is dirty; and we hold to this belief.

The Save Malaysia mission of the 14th General Election is still very valid and relevant, as we do not want to revert to a global kleptocracy, and even worse, become a kakistocracy with the worst elements who practice dishonesty, perfidy and corruption in the government.

There are attempts to carry out a coup against the decision of Malaysian voters in the 14th General Election on May 9, 2018 by forming a back-door government which will betray and negate the promises of Pakatan Harapan for a New Malaysia.

Imagine those who had propped up a kleptocratic regime for a decade now claiming to be the vanguard of a clean Malaysia with zero tolerance for corruption?

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Duta Court Complex after acquittal of P. Gunasekaran, DAP Negri Sembilan State Assemblyman for Seremban Jaya on Monday, 24th February 2020 at 10.15 a.m)

Exit mobile version