Sokongan terhadap seruan Mahathir supaya parti komponen Pakatan Harapan berhenti bergaduh sesama sendiri ataupun berisiko hilang sokongan
Saya menyokong seruan Perdana Menteri dan Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa parti komponen Pakatan Harapan untuk berhenti bergaduh sesama sendiri jika tidak mahu kehilangan sokongan dalam Pilihanraya Umum ke-15 kelak.
Kejayaan bersama empat parti politik Pakatan Harapan dalam menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dan kekal teguh bersama sebagai satu pakatan sepanjang 14 bulan yang lepas adalah suatu keajaiban.
Kita cuma perlu lihat kembali ke tahun 2016, di mana Barisan Nasional telah berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan Mei dan kemudiannya menang besar dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan Jun — di mana masa hadapan politik negara kelihatan kelam dan peluang untuk menolak Dato’ Seri Najib Razak dan rejim Barisan Nasional daripada menjunamkan negara ke arah sebuah negara kleptokratik yang gagal kelihatan mustahil.
Namun begitu, Pakatan Harapan berjaya — memberikan satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar untuk semua pemimpin PH untuk menjayakan sebuah Malaysia yang baharu yang telah dijanjikan, dengan menggubal semula polisi negara bagi membentuk satu Malaysia yang bersatu-padu, cemerlang, berkebebasan, adil, dan berintegriti, sebuah negara yang terulung yang disegani di mata dunia.
Pendokong ideologi klepto-teokrasi yang mendoakan kegagalan Pakatan Harapan dan Malaysia Baharu mahu melihat perpecahan di dalam PH — apabila perkara ini tidak berlaku, mereka mendoakan kerajaan ini hanya kekal selama setengah penggal pula.
Walaupun kini sudah mentadbir kerajaan persekutuan selama 14 bulan, Pakatan Harapan masih dalam proses membiasakan diri dalam pentadbiran.
Untuk kejayaan Malaysia Baharu, Pakatan Harapan mestilah membiasakan dirinya menjadi satu pakatan kerajaan yang bersifat natural, bagi membolehkan kita memenangi PRU15 dan PRU-PRU yang seterusnya untuk memenuhi misi Malaysia Baharu ini.
Semalam saya telah katakan, transformasi Malaysia daripada sebuah kleptokrasi global kepada satu negara berintegriti yang terulung adalah merupakan salah satu cabaran terbesar Pakatan Harapan. Sepantas kilat, ajen-ajen pemutar puak klepto-teokrasi menuduh saya mengatakan yang kerja transformasi ini sudah selesai dan Malaysia kini adalah negara berintegriti yang disegani di mata dunia.
Saya mesti tegaskan, belum, kita belum sampai ke tahap itu lagi. Proses ini masih panjang perjalanannya, tetapi sekurang-kurangnya kita berada di laluan yang betul untuk mencapai cita-cita ini.
Kajiselidik Merdeka Centre for Opinion Research yang baru diterbitkan menunjukkan sentimen secara umum rakyat terhadap hala tuju negara telah bertambah baik, meningkat sebanyak 4 mata peratus berbanding dengan suku tahun yang lepas.
Mereka yang merasakan negara kini berada di hala tuju yang bertepatan meningkat daripada 34% pada bulan Mac 2019 kepada 40% pada bulan Jun 2019. Sebaliknya, mereka yang merasakan negara kini berada pada hala tuju yang salah turun daripada 46% pada bulan Mac 2019 kepada 38% pada bulan Jun 2019.
Sentimen orang Melayu mengenai hala tuju negara meningkat sebanyak 7 peratus, kepada 31% daripada 24% pada bulan Mac lepas.
Sentimen orang Cina juga meningkat sebanyak 10 peratus kepada 53% jika dibandingkan dengan bulan Mac.
Namun begitu, walaupun sentimen di kalangan rakyat daripada suku kaum Melayu dan Cina meningkat, sentimen di kalangan rakyat daripada kaum India telah menurun. Kajiselidik tersebut menunjuk yang sentimen mereka terhadap hala tuju negara menurun daripada 63% pada bulan Mac kepada 45%.
Saya percaya kerajaan Pakatan Harapan boleh menjadi satu pakatan kerajaan yang natural, jika pemimpin-pemimpin parti dapat meyakinkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, tempat tinggal, atau status sosio-ekonomi, yang negara kita kini berada di arah yang tepat untuk membina satu Malaysia yang baharu, dan lima tunggak utama yang dijanjikan dalam PRU yang lepas kekal menjadi panduan hala tuju pembangunan negara.
Lima tunggak utama ini adalah:
– Meringankan beban rakyat
– Reformasi institusi dan politik
– Menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama
– Mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti mana yang diberikan dalam Perjanjian Malaysia 1963
– Mencipta satu Malaysia Baharu yang inklusif, moderat, dan disegani di mata dunia
Semua pemimpin Pakatan Harapan perlu bermuhasabah dengan apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir semalam:
“Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kita adalah untuk membaikpulih apa yang telah dirosakkan dan membetulkan apa yang salah mengenai negara kita ini.
“Kita perlu bertanya diri sendiri, sama ada kita akan terus diberikan mandat ini jika kita masih tidak berhenti bergaduh sesama sendiri. Tanpa menyedari, yang kita mungkin akan kehilangan mandat ini kerana pergaduhan sesama sendiri.”
Semua pimpinan Pakatan Harapan mestilah sedar akan persoalan yang ditimbulkan oleh Mahathir ini — jika kita hilang mandat mentadbir ini, kita akan diukur berdasarkan apa yang telah kita capai dengan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu 20 Julai 2019)
=======================
I endorse the call by the Prime Minister and Pakatan Harapan Chairman, Tun Dr. Mahathir Mohamad to Pakatan Harapan parties to stop infighting or risk Pakatan Harapan losing power in the 15th General Election.
It is indeed a miracle that the four different political parties in Pakatan Harapan had achieved the feat of toppling the Barisan Nasional government and had survived intact as one coalition in the past 14 months.
We need to look back to 2016, when the Barisan Nasional had won the Sarawak state general election in May and the two by-elections in Sungai Besar and Kuala Kangsar in June with landslide victories – and remember the gloom and doom in the political arena and how impossible the odds were to topple Datuk Seri Najib Razak as Prime Minister and the seemingly invincible Barisan Nasional coalition to Save Malaysia from hurtling towards the trajectory of a failed, rogue and kleptocratic state.
But despite such odds, Pakatan Harapan succeeded – making it the greater responsibility and challenge of all the Pakatan Harapan leaders to fulfill the promise of a New Malaysia they pledged to build in the reset of nation-building policies to create a Malaysia of unity, excellence, freedom, justice and integrity – a top world-class nation respected by the international community.
The new proponents of klepto-theocracy who want Pakatan Harapan and New Malaysia to fail had expected the PH coalition to disintegrate and implode in a matter of months – and when this did not happen, they are hoping now for a half-term Pakatan Harapan government instead.
Although 14 months in power as the Federal Government, Pakatan Harapan is still not a natural government coalition.
If New Malaysia is to succeed, Pakatan Harapan must become a natural government coalition winning not only the 15th General Election but the subsequent general elections to complete the mission of New Malaysia becoming a top world-class nation respected by the international community.
Yesterday, I said that the transformation of Malaysia from a global kleptocracy to a leading nation of integrity in the world is one of Pakatan Harapan’s greatest challenges, and the agents of klepto-theocracy immediately distorted it to say that I claimed that Malaysia has become a leading national of integrity in the world.
No, we are not there yet. It is a work-in-progress. But at least, we are set on the path towards that objective as a leading nation of integrity as distinct from the previous national trajectory towards a failed, rogue and kleptocratic state.
Take note of the latest survey of the Merdeka Centre for Opinion Research which indicated that overall sentiments on the direction of the country has improved over the months, jumping four percentage points as compared to the previous quarter.
Those who felt that the country was headed in the right direction increased from a low of 34% (March 2019) to 40% in June 2019, while conversely, those who felt the country was headed in the wrong direction also fell to 38% from 46% in March 2019.
Malay sentiments on the direction of the country rose seven points to 31% from a low of 24% in March 2019.
Chinese sentiments towards the country’s direction also rose 10 points to 53% between March and June 2019.
But while Malay and Chinese sentiments showed an improvement, Indian sentiments have taken a dip.
The survey showed that Indian sentiments on the direction of the country fell to 45% from 63% in March 2019.
I believe that the Pakatan Harapan coalition government can be the natural government coalition if Pakatan Harapan leaders can convince Malaysians, regardless of race, religion, region or socio-economic status, that the trajectory towards a New Malaysia is on track, and that the five pillar- promises towards the building of a New Malaysia, as contained in the Pakatan Harapan election manifesto in the 14th General Election remain our lodestar and guiding principle.
The five pillar-promises of a New Malaysia are:
· Reduce the people’s burden.
· Institutional and political reforms.
· Spur sustainable and equitable economic growth.
· Return Sabah and Sarawak to the status accorded in Malaysia Agreement 1963.
· Create a Malaysia that is inclusive, moderate and respected globally’
All Pakatan Harapan should heed what Mahathir said yesterday:
“The mandate to rule that has been entrusted to us by the people is to repair what has been broken and right what has been wronged in the country.
“We need to ask ourselves, if we will continue to be given the people’s mandate if we continue to fight among ourselves. Without realising, because of our infighting, we end up losing power.”
All Pakatan Harapan leaders must be conscious of the question Mahathir posed to all Pakatan Harapan parties – if we were to lose power, we will be measured by how much we have achieved in fulfilling the responsibilities and trust given to us!
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, 20th July 2019)