A Pakatan Harapan victory in Cameron Highlands by-election on January 26 is very difficult but not impossible, and it will make even greater history than the unexpected Pakatan Harapan win in the 14GE on May 9, 2018


Can the Pakatan Harapan candidate, M. Manogaran, win against the Barisan Nasional’s candidate, former top police officer and the first Orang Asli parliamentary candidate in Barisan Nasional history, Ramli Mohd Nor in the Cameron Highlands by-election on January 26?

It will be very difficult and uphill. A Pakatan Harapan victory in Cameron Highlands by-election on January 26 is not impossible and will make even greater history than the unexpected Pakatan Harapan win in the 14GE on May 9, 2018.

The 14th General Election result on May 9, 2018 created history for Malaysia and the world. The overwhelming majority of Malaysians had not expected Pakatan Harapan to win that night, although they had “hoped against hope” for a victory which they had not dared to believe would happen.

I myself had not expected a peaceful and democratic transition of power in Putrajaya from UMNO/Barisan Nasional to Pakatan Harapan, although I had hoped for such a peaceful and democratic transition of power for over five decades.

In the 11-day campaign period of the 14th General Election, I had campaigned in 35 parliamentary constituencies, going all over the country including Sabah and Sarawak, and I was only in the Iskandar Puteri parliamentary constituency at the start and end of the election campaign.

If someone had asked me on May 9, 2018 before the votes were counted, I would not dare to predict that the Pakatan Harapan would oust Datuk Seri Najib Razak and topple the UMNO/BN coalition from power for the first time in over six decades.

I asked the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad recently whether he had expected Pakatan Harapan to win on the night of May 9, 2018, and he shook his head.

Even the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak was supremely confident of victory, even to the extent of believing that he would be able to recapture the two-thirds parliamentary majority which Barisan Nasional lost ten years ago in 2008.

But even on that night where the impossible became possible and Pakatan Harapan replaced UMNO/Barisan Nasional as the Federal Government of Malaysia, the Pakatan Harapan was not able to win the Cameron Highlands seat.

This is a measure of how difficult and uphill for Pakatan Harapan to win the Cameron Highlands by-election, though it is not an impossible task.

I ask the voters of Cameron Highlands, whether Malays, Chinese, Orang Asli or Indians to create greater history in the by-election than the history of May 9, 2018 – for it would indeed be very historic, signalling not only a new future for Cameron Highlands for the next four years but an opening salvo of the Pakatan Harapan’s battle-cry in the next 15th General Election to capture the Pahang state government in four years’ time by 2023.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the Pakatan Harapan Cameron Highlands by-election in Felda Sungai Koyan on Thursday, 17th January 2019 at 10 pm)

=========================================

Ucapan oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Felda Sungai Koyan pada Khamis 17 Januari 2018:

Kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari sukar untuk dibayangkan namun tidak mustahil, dan ia akan melakar sejarah yang lebih besar berbanding kemenangan luar jangka Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei 2018

Mampukah calon Pakatan Harapan, M. Manogaran, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor, yang merupakan bekas pegawai kanan polis dan calon kerusi Parlimen Orang Asli pertama dalam sejarah BN, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 29 Januari nanti?

Amat sukar dan berliku untuk mencapai kemenangan tersebut. Namun begitu, kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Cameron Highlands 26 Januari bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai, malah mampu mencipta sejarah yang lebih besar daripada kemenangan luar jangka Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei 2018.

Keputusan PRU14 pada 9 Mei 2018 melakar sejarah baharu buat Malaysia dan dunia. Tidak kurang rakyat Malaysia yang tidak menjangka bahawa Pakatan Harapan akan menang pada malam itu.

Saya sendiri tidak menjangka akan berlaku peralihan tampuk pemerintah secara aman di Putrajaya dari UMNO/Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, walaupun saya telah lama berharap perkara itu berlaku sepanjang lima dekad yang lalu.

Sepanjang 11 hari tempoh berkempen PRU14 yang lalu, saya telah melawat 35 kawasan Parlimen, menjelajah ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, dan hanya berada di kawasan Parlimen Iskandar Puteri pada awal dan akhir tempoh berkempen.

Jika ada yang bertanyakan kepada saya pada 9 Mei 2018 sebelum sesi pengiraan undi, Saya tidak akan berani untuk meramal bahawa Pakatan Harapan mampu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak serta kerajaan UMNO/BN yang dipimpinnya.

Saya bertanya kepada Perdana Menteri, Malah Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini sama ada beliau ada menjangkakan kemenangan Pakatan Harapan pada malam 9 Mei 2018, soalan yang dijawab dengan hanya gelengan kepada.

Najib yang ketika itu masih Perdana Menteri, yakin kemenangan akan berpihak kepadanya, malah percaya BN akan berjaya mendapatkan semula majoriti dua pertiga yang gagal diperoleh mereka sejak 10 tahun lalu.

Meskipun perkara yang mustahil berlaku tetap berlaku, iaitu kejayaan Pakatan Harapan menggantikan UMNO/BN di Putrajaya, Pakatan Harapan masih gagal memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Ini adalah kayu pengukur kepada tahap kesukaran yang perlu ditempuh Pakatan Harapan untuk menang pada PRK Cameron Highlands, walaupun ia tidak mustahil untuk dicapai.

Saya menyeru kepada pengundi Cameron Highlands, tidak kira Melayu, Cina, Orang Asli atau India, untuk mencipta sejarah yang lebih besar daripada peristiwa 9 Mei 2018 pada PRK 26 Januari nanti – kerana ia pasti akan melakar sejarah baru, dan bukan sahaja membuka lembaran baharu kepada masa depan baharu Cameron Highlands untuk empat tahun akan datang, malah merupakan suatu semboyan buat Pakatan Harapan untuk berjuang dan berusaha menawan kerajaan negeri Pahang pada PRU15.

Lim Kit Siang

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.