Pentadbiran awam Malaysia yang bertaraf dunia


(Ucapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, YB Lim Kit Siang, semasa merasmikan Majlis Penyerahan Bangunan CEA U-Custom di Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar Gelang Patah, Johor pada 10pagi, 21hb Oktober 2018)

1. Selamat pagi semua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kastam Di Raja Malaysia kerana menjemput saya untuk merasmikan Bangunan Customs Examinations Area (CEA) U-Customs di Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar Gelang Patah, Johor pagi ini

2. Ini merupakan kali pertama saya dijemput dan menghadiri acara rasmi Jabatan Kastam Diraja selaku Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

3. Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan sebuah agensi pemungut hasil negara dan juga yang terpenting dalam membantu kerajaan untuk pembangunan negara.

4 Tahniah juga kepada pihak JKDM dan pihak PBLT selaku pelaksana projek serta pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek bangunan CEA ini.

5. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada pihak BPH, JKR, kontraktor FM dan pihak yg secara langsung dan tidak langsung membantu dalam penyiapan projek CEA.

6. Malaysia mencipa sejarah kebelakangan ini, di mana rakyat Malaysia di dalam dan luar negara semuanya merasa bangga sebagai rakyat negara Malaysia, kerana kita berjaya membawa satu peralihan kuasa pemerintah secara aman dan demokratik menerusi kotak undi, sungguhpun demokrasi di seluruh dunia sedang menghadapi krisis keyakinan.

7. Kita mesti meneruskan misi kita untuk menjadi sebuah negara yang bertaraf-dunia.

8. Perdana Menteri kita dalam ucapannya di Parlimen Khamis yang lepas semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, telah menyeru supaya rakyat Malaysia menyokong usaha Kerajaan untuk mengubah Malaysia dari sebuah kleptokrasi sedunia menjadi sebuah teladan demokrasi yang mengamalkan urus tadbir yang baik dan berakauntabel.

9. Kejayaa kita dalam usaha ini akan merupakan satu kejayaan bertaraf dunia yang tentu membanggakan semua rakyat Malaysia. Maka saya menyeru supaya kesemua 1.7 juta penjawat awam negara kita memberikanlah kerjasama penuh kepada objektif ini dan dalam proses ini menjadikan pentadbiran awam Malaysia suatu pentadbiran yang cekap, kompeten, sopan dan ramah.

10. Harapan saya adalah supaya acara hari ini merupakan langkah ke arah ini.

11. Akhir sekali terima kasih kepada pihak MOF, JKDM kerana sudi menjemput saya ke majlis pagi ini. Dengan ini saya merasmikan bangunan CEA U-CUSTOMS di Kompleks Bangunan Sultan Abu Bakar Gelang Patah, Johor.

12. Sekian, terima kasih.

  1. #1 by good coolie on Wednesday, 24 October 2018 - 2:10 pm

    The sky is the limit for New Malaysia. Pakatan should put its act together soon. We The People are behind you solidly. Only, don’t fail us with corruption and nepotism.

You must be logged in to post a comment.