oleh Liew Chin Tong
Roketkini
17 Mac 2015
Kisah sebenar di sebalik langkah hudud Kelantan
Tukul dihayun untuk menimbulkan retak antara dua parti. Di Malaysia, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud adalah tukul yang dicipta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan sekaligus mengukuhkan kedudukan anasir pro-UMNO dalam PAS serta melemahkan para pemimpin parti itu yang pro-Pakatan Rakyat.
Saya sememangnya seorang pemimpin DAP, namun makalah ini saya tulis sebagai seorang mantan ahli akademik yang telah mengabdikan masa empat tahun daripada usia muda untuk memahami dinamika dalaman PAS sedekad setengah yang lalu. Sejak itu saya telah menerbitkan beberapa karya akademik berkenaan subjek ini.
Teks dan konteks
Saya melihat diri sendiri sebagai kawan lama PAS yang berusaha menumpaskan UMNO di kotak undi bersama-sama sekalian warga Malaysia yang lain. Bagi saya, faksi PAS yang bekerjasama secara sulit dengan UMNO atas dasar asabiah patut dianggap sebagai musuh bersama oleh semua kalangan yang mahu melihat Malaysia yang mempunyai kerajaan baru yang bersih, amanah, demokratik dan saksama.
Debat tentang hudud tidak dianggap begitu penting dalam wacana negara, sekali pun di kalangan pemimpin tertinggi PAS sejak tahun 1950an. Ungkapan-ungkapan seperti “Negara Islam” dan “hudud” hanya menjadi popular sejak tahun 1980an, khususnya setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO sejurus sebelum pilihanraya umum April 1982 (langkah yang memberikan wibawa “Islamik” kepada kerajaan Mahathir yang baru dibentuk) dan sewaktu pemberontakan kumpulan ulama muda menentang kepimpinan Datuk Asri Muda dalam muktamar PAS, pada Oktober 1982 (kerana Asri dilihat lebih cenderung kepada semangat kebangsaan Melayu).
Era Islamisasi itu – pertempuran antara PAS dan UMNO untuk menonjolkan siapa ‘lebih Islam’ – boleh dikatakan berakhir dengan pemenjaraan Anwar pada September 1998 apabila persaingan antara UMNO dan pembangkang lebih terarah kepada permasalahan yang realistik seperti kemerosotan ekonomi, keadilan, tadbir urus yang baik dan kesejahteraan rakyat.
Di seluruh dunia orang, termasuk Islamis, berbincang tentang permasalahan hakiki tentang kehidupan secara holistik tanpa memberikan tumpuan terhadap agenda perundangan khusus. Kebanyakan Islamis arus perdana, dari Maududi sampailah al-Qaradawi dan ramai lagi, memberi penekanan terhadap maqasid, iaitu tujuan-tujuan Syariah, dan bukannya terhadap hudud sebagai satu bentuk.
Muslihat dan penipuan
Hudud kembali disebut-sebut apabila pada Mac 2014 Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir mengumpan kerajaan Kelantan dengan menjadikan usul persendirian di Parlimen satu pilihan.
Perbincangan antara Timbalan Menteri Besar Nik Amar Nik Abdullah dan Kerajaan Persekutuan mengambil bentuk “urusan antara dua kerajaan”, terhindar daripada pengawasan pemimpin PAS Pusat dan majlis pimpinan Pakatan Rakyat.
Tanpa sebarang niat untuk memberi sebarang taklimat kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan juga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, para pemimpin PAS Kelantan berkeras hendak membentangkan enakmen hudud pada 29 Disember 2014. Bagaimanapun, rancangan itu tergendala berikutan bah besar di Kelantan yang turut menenggelamkan beberapa pejabat kerajaan negeri di Kota Bharu.
Nik Amar kemudiannya diarahkan oleh pimpinan PAS Pusat untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim, dua hari sebelum Ketua Umum PKR itu dipenjarakan.
Nik Amar menjelaskan bahawa Kelantan hanya mahu membuat sedikit pindaan ke atas enakmen 1993 dan jaminan diberi kepada para pemimpin Pakatan bahawa mereka akan berpeluang melihat deraf pindaan sebelum ia dibentangkan.
Pada 12 Mac 2015, dua Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang masih junior telah dihantar untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat “tanpa mandat” untuk membuat sebarang perubahan ke atas deraf dan mereka mendakwa “sudah terlambat” untuk membuat sebarang perubahan.
Langkah ini jelas satu muslihat dan tipu-daya.
Sesuatu yang menyedihkan apabila ada pihak sanggup melakukan sedemikian walaupun Quran telah memberi amaran bahawa kita sama sekali tidak harus mengambil cara yang tidak saksama dan tidak jujur.
Udang di sebalik batu
Langkah tergesa-gesa hendak membentangkan rang undang-undang hudud dalam DUN Kelantan tanpa melalui proses perundingan yang sempurna dengan PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ada tujuan terselindung di sebaliknya.
Saya percaya semua pemimpin dan anggota PAS menyokong hudud secara prinsip, namun saya tidak percaya bahawa semua mereka bersetuju dengan cara isu hudud ditangani sekarang. Saya percaya Nik Amar mempunyai motif tersendiri.
Pertama, beliau sedang cuba mengukuhkan kedudukannya untuk mengatasi Husam Musa dalam politik Kelantan.
Kedua, berdasarkan taklimat Nik Amar dalam mesyuarat Pakatan, beliau percaya enakmen hudud akan menyelamatkan PAS Kelantan dalam pilihanraya akan datang; bererti beliau tidak yakin PAS mampu menang dalam pilihanraya nanti.
Ketiga, beliau sedang menyiapkan diri untuk sekali lagi bertarung dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti pada pemilihan parti nanti. Dua tahun lalu beliau tewas di tangan Mat Sabu.
Keempat, beliau berpandangan hudud mampu meningkatkan sokongan terhadap PAS di seluruh negara, walaupun banyak kerusi PAS di kawasan selain pendalaman dimenangi menerusi undi non-Muslim.
Mengapa gopoh?
Muslihat, tipu-daya dan kegopohan hanya akan menguntungkan UMNO. Masa yang dipilih pula bertepatan dengan waktu UMNO sedang bergelut dengan pelbagai skandal dan krisis serta hampir hilang kuasa dalam pilihanraya akan datang.
Keruntuhan Pakatan Rakyat adalah kunci kemenangan UMNO kerana tiada lagi pakatan pilihan untuk bersaing menentangnya.
Barangkali kegopohan untuk membentangkan enakmen hudud Kelantan sebenarnya tiada kena-mengena dengan pengembangan keadilan. Jika ia berkaitan dengan keadilan, mengapa gopoh? Mengapa tidak dijalankan lebih banyak perundingan?
Segalanya adalah muslihat politik.
Malangnya, rakyat Malaysia, termasuk Muslim, akan terus-menerus menderita lantaran perpecahan Pakatan Rakyat. Puncanya, kegagalan menangani persoalan dengan baik. Akibatnya, UMNO akan jadi semakin kuat dan ganas.
#1 by Bigjoe on Tuesday, 17 March 2015 - 3:24 pm
I did not even know this term “asabiyyah” before and I always suspected behind all the crap on Hudud, it was SIMPLY RACISM.. You don’t need to see a rat to be able to smell and tell there is one..
They are hiding behind a word in Arabic BUT ITS BASICALLY RACISM.. It explains it all – THAT IS WHY THEY WANT DAP TO LEAVE PAKATAN INSTEAD OF THEMSELVES.
DAP MUST NOT LEAVE PAKATAN. BUT its time to act independently – that means it needs to recruit Malays who will contest in PAS seats especially in Kelantan to make sure they get it, DAP don’t fall into anyone scheming and duplicity – NOT EVEN IN THE NAME OF RELIGION..
#2 by worldpress on Tuesday, 17 March 2015 - 11:22 pm
Without our Federal Constitution there would not be Malaysia independence (Merdeka).
Now, they are enemy of our Federal Constitution (Malaysia Independence Federal Constitution law).
#3 by Bigjoe on Wednesday, 18 March 2015 - 7:45 am
In the face of such depressing outcome, let me try to be positive. It appears that PASMA is attempting to hold PR together despite all odds, so in that spirit, let me offer a suggestion:
How about DAP-PKR countering not kicking out PAS from PR by stating outright its the policy of PR to have a movement of why Capital Punishment eventually fails.. In other words, not attack Hudud specifically but obviously inclusive. PAS says its only democratic they be allowed to do Hudud and that Kelantan politics is unique – well, then let DAP and PKR do the work they don’t want to do – making the modern argument of why Capital Punishment (inclusive of Hudud) is limited in effect and can go so wrong severely – go to the voters including Kelantan chose Capital Punishment, they should be prepared to have their own loved ones suffer from it.
It will be obviously be an attack direct at the core of the conservatives ideology but they are the ones who argue they are helpless to resolve it. So, if they won’t do what is modern and difficult, let someone else do it..They can counter with their religious argument, the rest of us make the modern argument.