Jangan salahguna agama untuk politik – Dr. Asri


Roketkini
December 21, 2013

SHAH ALAM, 21 DISEMBER – Rakyat turun ke jalanraya dan mengadu kepada Tuhan kerana kerajaan sudah tidak lagi mendengar keluh kesah mereka, bukan bermakna rakyat mahukan sebarang bentuk negara tetapi mahukan keadilan.

Demikian analisa bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap revolusi berganda di Mesir yang akhirnya menyaksikan Presiden ke-lima negara tersebut, Dr Mohamad Morsi digulingkan.

Beliau mengulas lanjut soal meletakkan label ‘negara Islam’ yang bagi beliau bukanlah perkara yang terlalu penting.

“Pakistan pun ada enakmen undang-undang Islam, tetapi lihat negara dia punyalah kotor. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada Islam. New Zealand lebih Islam daripada Pakistan,” ujarnya dalam wacana ‘Ikhwan Muslimin: Musuh atau kawan’ di sini, hari ini.

Dr Asri turut berkata bahawa Islam tidak wajar dipergunakan untuk tujuan politik, malah menegaskan bahawa daripada Islam disalahgunakan bagi tujuan politik lebih baiklah agama dipisahkan daripada urusan politik.

Beliau berucap di wacana anjuran PTS Media Group membedah buku terbitan syarikat terbabit, ‘Di Sebalik Ikhwan Muslimin’ terjemahan tulisan Douglas Thompson hasil wawancara bersama Youssef Nada, strategis kewangan Ikhwan.

Sekularisme tidak memusuhi Islam

“Kerana sekularisme lah orang Islam boleh berdakwah di Eropah,” tambahnya lagi sambil berkata umat Islam kini fobia dengan konsep sekularisme akibat daripada momokan kisah Mustafa Kemal Ataturk yang memodenkan Turki sehingga memberi mudarat kepada Islam.

“Kalau Mustafa Kemal itu benar-benar sekular, dia tidak akan masuk campur dalam urusan agama langsung,” ujarnya menerangkan salah faham umum terhadap konsep tersebut.

Perkara 2 dalam Fasal Matlamat-matlamat yang termaktub di dalam perlembagaan DAP meletakkan kerangka sekular sebagai matlamat parti DAP demi kedaulatan undang-undang, nilai demokrasi dan hak saksama.

Wacana tersebut turut menampil Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; mantan presiden ABIM Tuan Haji Ahmad Azam dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Khalil Abdul Hadi sebagai ahli panel. – Roketkini.com

  1. #1 by Bigjoe on Sunday, 22 December 2013 - 8:59 am

    Its clear from Najib that he takes NO RESPONSIBILITY FOR THE MOST DIFFICULT OF PROBLEMS FACING THIS COUNTRY..This includes religion.

    In fact of all the issues, its religion that Najib is MOST PRODIGAL. The Christian and Anti-Syiah mongering, the “Allah” issue etc.

    The fact no one should be surprised by Najib’s recklessness with religion. His background and his family is screaming advertisement on recklessness with religion – any religion.

    Truth be told, in this country, its a structural fact that the Buck on religion stops with the religious texts – already proven a failed concept centuries ago..

You must be logged in to post a comment.