– Dyana Sofya Mohd Daud
The Malaysian Insider
December 07, 2013
Pada November lalu, bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon telah berkata di Persidangan Asia Barat dan Afrika di Kuala Lumpur bahawa isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit.
Beliau juga berkata isu perkauman dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.
Saya tertarik dengan kata-kata beliau memandangkan di Malaysia terdapat satu gabungan parti politik yang masih mengamalkan politk perkauman dan gabungan ini berada di posisi di mana rasuah boleh berlaku secara berleluasa.
Apabila seorang cendiakawan memberi komen sedemikian, kita pasti tertanya-tanya apakah yang beliau tahu, dan ingin mengetahui secara lanjut apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri Ghauth Jasmon? Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini.
Tan Sri Ghauth Jasmon juga berkata “Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian.Adakah dengan terus mempromosikan sifat perkauman yang semakin menebal, semakin tersoroklah kegiatan rasuah yang berleluasa?
Sekiranya ini benar, apa-apa gabungan politk yang masih berteraskan politk perkauman seharusnya dihentikan dan tidak lagi relevan kerana ia hanya melindungi kepentingan sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai topeng untuk melindungi kegiatan rasuah mereka dan bukannya membantu atau memperkasakan sesuatu kaum tersebut seperti yang dikatakan, seterusnya menghancurkan negara tercinta ini.
Kita terpaksa akui bahawa masalah perkauman sememangnya wujud di Malaysia tetapi apa yang menyedihkan adalah, kita masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang menyokong isu tersebut dan bukannya membantu menyelesaikannya.
Adakah dengan masih wujudnya sifat perkauman di Malaysia ini yang dipraktikkan oleh sesetengah ahli politik dan pemimpin negara sendiri telah menyumbang kepada kemerosotan Malaysia di dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013 Transparency International yang diterbitkan beberapa hari yang lalu? Indeks ini merupakan satu peringatan kepada kesalahgunaan kuasa, perundingan rahsia dan kegiatan rasuah yang berlaku di seluruh dunia.
Malaysia berada di tangga ke 53 dengan markah 50 dimana markah 100 menunjukkan markah paling bersih dan 0 menunjukkan tahap korupsi yang tertinggi. Singapura berada di tangga ke-5 dengan markah 86, Hong Kong di tangga ke-15 dengan markah 75, Taiwan dan Israel di tangga ke-36 dengan masing-masing markah 61.
Rakyat Malaysia tidak harus lagi tertipu dengan agenda perkauman yang hanya akan membawa kepada kehancuran negara kerana pejuang-pejuang perkauman ini hanya melindungi kepentingan mereka bukannya memperkasakan sesuatu kaum itu sendiri.
Sekiranya perlu lagi contoh sikap perkauman yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak di sebuah parti politik, boleh lihat sahaja di mana seorang perwakilan UMNO telah Perwakilan Umno semalam meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan slogan salam 1Malaysia kerana kaum lain gagal membantu Umno negerinya.
Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menceritakan pengalaman beliau “ditikam” oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden, semalam.
Tan Sri Ghauth Jasmon ada berkata, “Jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi kehancuran.”
Saya juga percaya jika negara berbilang kaum ini dipenuhi ahli politik dan pemimpin yang bersifat perkauman, ia juga satu resipi kehancuran.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menolak politik perkauman dan perlu sama-sama bersatu membina Impian Malaysia dan bukannya hanya melihat kepada perbezaan warna kulit atau mencari sebab untuk membenci satu sama lain. Malaysia adalah tanah tumpah darah kita semua.
“We are fighting for a society where people will cease thinking in terms of colour.” (March 8, 1993) – The late Nelson Mandela. – 7 Disember, 2013.
* Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
#1 by Sallang on Sunday, 8 December 2013 - 8:18 am
Ulat buah Peria.
Buah Peria pahit.
Rakyat hidup dalam hepahitan.
Ulat buah Peria makan isi dari dalam.
Lama kelamaan, buah itu menjadi rosak dan hancur.
#2 by boh-liao on Sunday, 8 December 2013 - 9:15 am
Well said, Ghauth Jasmon!
Please b frank n illustrate your speech with evidence n examples (evidence-based statements mah)
Is it bcos U knew too much n achieved so much in terms of academic ranking for UM based on meritocracy (regardless of race n religion), U were not re-appointed as UM’s VC?
#3 by boh-liao on Sunday, 8 December 2013 - 9:25 am
“Jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi kehancuran. Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, agenda pembangunan negara tergendala selain mengakibatkan kerugian perbendaharaan negara.”
“Adalah penting kita memisahkan pemimpin dengan ‘politik wang’. Ahli politik sering mengingatkan tentang masalah kaum malah ianya disokong oleh kumpulan tertentu,”
Isu perkauman digunakan oleh ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin, mereka akan melindungi kesalahan mereka dengan menarik perhatian tentang masalah kaum di Malaysia.
Isu perkauman dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.
“Kerajaan harus menyisihkan pemimpin yang mengamalkan rasuah agar agenda pembangunan negara tidak tergendala selain mengakibatkan kerugian perbendaharaan negara.”
– Tan Sri Dr Ghauth Jasmon bekas Naib Canselor Universiti Malaya.
Ucapan semasa ucaptama Persidangan Asia Barat dan Afrika 2013 di Kuala Lumpur, 18.11.13
#4 by Bigjoe on Sunday, 8 December 2013 - 11:21 am
That Najib is pushing the pedal in reverse on race and religion SHOULD NOT SURPRISE ANYONE – his own father warned of his own prodigal child. Eventually the artificials will wear off and it will end.
The real issue is the whole thing is that its a delusion to be paid for by our national reserves – financial and social. He is calling it “a little bit of pain”. These payments are unproductive because if they were productive, then they would not have needed the delusion, especially the self-delusion, in the first place.
51% of the voters got proven right about Najib and Co. They are now paying the price of being right with GST, tax assessment, higher utilities etc. If 51% of the voters were wrong and there was “transformation” – there would not need these things..
#5 by cinaindiamelayubersatu on Sunday, 8 December 2013 - 9:15 pm
Jika di dunia si perasuah boleh berselindung, di akhirat nanti pasti muka muka mereka dirobekkan api yang berpuluh kali ganda panas dari api di dunia,akan muncul nanah dan ulat dari daging mereka akibat makan suap yang tak terhingga yang busuknya berpuluh kali dari busuk di dunia…