Memugar sokongan di negeri Melayu


A Shukur Harun
The Malaysian Insider
October 01, 2013

Kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Umno/BN dalam PRU yang lalu telah merosot di empat negeri, memberi makna yang besar kepada dinamika politik negara ini di masa depan.

Dalam ucapannya di Kongres Khas Kebangsaan DAP bagi pemilihan semula pucuk pimpinan parti itu di Petaling Jaya kelmarin, Lim menyatakan bahawa sokongan undi Melayu kepada Umno/BN telah merosot, iaitu lebih dari 3% di Terengganu dan Perlis sementara 1% di Pahang dan Pulau Pinang.

Ini berlaku, kata Lim, walaupun Umno/BN mempunyai sumber kewangan yang banyak, mengawal media, meniupkan semangat perkauman dan lain-lain, tetapi undinya tetap merosot.

Kenyataannya ini yang tentunya datang dari hasil kajian partinya membuktikan bahawa politik di negara ini sangat dinamik sifatnya. Ia tidak statis atau beku, tetapi pantas berubah. Oleh itu, siapapun, baik pemimpin dan pendukung parti politik dalam Pakatan Rakyat serta individu yang berminat politik memikirkan dinamika politik ini.

Walaupun perubahan di empat negeri itu kecil saja kelihatannya seperti yang disebut oleh Lim, tetapi sudah ada “gegaran” di kalangan pengundi Melayu walaupun bersekala kecil. Boleh jadi dalam PRU akan datang, “gegaran” itu akan bertambah besar.

Johor, negeri yang menjadi benteng Umno yang amat kukuh sejak sekian lama sudah dapat ditembusi dalam PRU yang lalu. PAS sendiri sudah mencapai empat kerusi DUN, di samping kejayaan besar DAP dan PKR.

Oleh itu dalam kontek Pakatan Rakyat, maka parti komponannya mestilah mengatur langkah dengan strategi berkesan untuk meluaskan lagi pengaruh Pakatan Rakyat walaupun dilihat sukar. Tidak mustahil perubahan pengundi Melayu itu akan bertambah besar di pelbagai negeri dalam PRU akan datang.

Untuk itu Pakatan Rakyat mesti diperkukuh dan jangan ada sama sekali, komponan dalam Pakatan menghantar isyarat salah yang boleh dilihat umum bahawa Pakatan menghadapi perpecahan.

Oleh kerana PAS paling banyak bertanding di kawasan pengundi Melayu di luar bandar maka PAS mungkin dilihat lebih besar tugasnya dalam memugar pengundi Melayu, terutama di luar bandar. Namun, komponan parti seperti PKR dan DAP sendiri perlu membantu PAS secara maksima ke arah mencapai objektif ini.

Umpamanya di kawasan yang majoritinya Melayu, DAP perlu hadir bersama program PAS untuk menerangkan dasar DAP yang tidak anti Melayu yang selama ini dilebel oleh BN. Demikian juga PKR mestilah turut membantu PAS bersama DAP di kawasan Melayu itu. Ertinya program bersama berterusan mestilah diadakan sekerap mungkin.

Saya tertarik menyaksikan beberapa kempen Pakatan Rakyat di Johor dalam PRU yang lalu di mana PAS, PKR dan DAP mengadakan kempen bersama, di pentas yang sama, di kawasan yang sama. Imej kesepakatan ini memberikan kesan yang sangat baik kepada pengundi di kawasan itu.

Di kawasan bandar dan semi bandar, demografi pengundi berbeza, umpamanya di Selangor, Pulau Pinang dan Perak, yang dilihat sokongan pengundi Melayu bandar kepada Pakatan sangat significan. Kemenangan 15 kerusi PAS di Selangor, umpamanya, memberikan kesannya sangat bermakna, bahawa PAS mampu menyerlah di kawasan bandar yang sifatnya sangat majmuk, menyebabkannya mendapat empat kerusi exco, sebuah pencapaian yang luar biasa.

Seperti diketahui, kawasan bandar – yang berganda ramai pengundinya – didominasi oleh masyarakat sivil, terpelajar, terdedah kepada pelbagai sumber maklumat dari pelbagai sumber media baru yang sangat terbuka sifatnya. Ini berbeza dengan masyarakat luar bandar yang sangat tertutup, mendapat maklumat dari sumber media tradisi yang terbatas, dikawal oleh kerajaan BN dan menerima pelbagai habuan menjelang PRU.

Bagaimanapun keadaan di luar bandar itu sudah ada sedikit perubahan walaupun sangat perlahan. Oleh itu jika ada usaha besar-besaran dari Pakatan Rakyat, tidak mustahil perubahan lebih besar akan berlaku.

Dalam hubungan ini, pimpinan DAP yang telah bermesyuarat untuk memilih kembali pucuk pimpinannya, saya yakin akan terus bersedia bersama PAS dan PKR untuk mengatur strategi bersama yang lebih berkesan dalam usaha Pakatan mencapai kemenangan dalam PRU akan datang.

Dalam PRU yang lalupun DAP telah memperlihatkan kesetiaannya besama PAS dan PKR dalam mengatur program bersama semasa kempen yang menghasilkan kemenangan gemilang di kawasan bandar. Umpamanya di kawasan Ampang, Pandan, Kelana Jaya, Petaling Jaya Utara dan Selatan, Serdang, Shah Alam dan lain-lain.

Sementara itu, PAS sendiri yang akan mengadakan Muktamar Tahunannya Ke-59 November ini, saya yakin, akan memperbaharui komitmennya untuuk terus bersama dalam Pakatan Rakyat. Saya juga yakin, pucuk pimpinan PAS mempunyai kematangan politik yang cukup untuk terus bersama pendukung Pakatan Rakyat.

Walaupun ada desakan dari Dewan Ulama PAS supaya mengkaji balik hubungan PAS dengan PKR, namun saya kira, Muktamar PAS November ini tidak akan mengambil sikap counter productive. Malah ia akan mengambil sikap yang matang, akan terus kekal dalam Pakatan. Pelbagai kenyataan pemimpin tertinggi PAS nampaknya memberi jaminan tersebut dan ini sangat melegakan.

Pada ketika Umno/BN sangat berhajatkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat dengan menyediakan ruang luas di media mereka untuk memaparkan bunga-bunga perpecahan itu, terutama mengenai isu “Ulama dan ‘Profesional’ dalam PAS”, pemimpin PAS segera memberi jaminan bahawa isu itu tidak berbangkit, malah tidak wujud sama sekali.

Kepelbagaian pemikiran dan pendekatan di dalam PAS sebenarnya adalah perkara biasa dan ini memancarkan segarnya demokrasi di dalam PAS. Namun semua pendukung PAS yang berjumlah lebih sejuta orang itu, mempunyai fikrah yang satu, rebah dan bangun bersama Islam.

Tidak ada golongan yang lebih istimewa dari yang lain di dalam PAS, semuanya amilin yang mendukung prinsip yang satu. Cuma yang berbeza dalam memberi pendekatan di samping memberikan sumbangan kepada parti menerusi kebolehan masing-masing. Adapun keputusan muktamad mengenai sesuatu dasar parti akan diputuskan oleh Muktamar Tahunan PAS.

Oleh itu, saya yakin, Muktamar PAS November ini akan berikrar memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Komitmen ini, sudah tentu akan disambut gemuruh oleh rakyat Malaysia yang mahukan keadilan, demokrasi dan keterbukaan. – 2 Oktober, 2013.

  1. #1 by Bigjoe on Thursday, 3 October 2013 - 10:54 am

    Of all the statistics, its the drop in Malay support for UMNO/BN in Penang and partly Pahang that is most remarkable.

    Penang is a lightning road for the kind of racial, religious polarization and electoral cheating tactics UMNO uses. If UMNO/BN can’t make it work in Penang, it means that elsewhere especially in the most developed states like in Selangor, Perak and even in Johor and other place, the UMNO/BN way can be pushed back.

    Pahang is also remarkable because its not only Najib’s homeground but also has many advantages of UMNO showing the feudalism of UMNO not only has its limits but can be beaten back. If it can be done in Pahang, the more relevant is that it can be done in Sarawak and Sabah where its more pivotal.

    But PR don’t have all the time in the world. It must already have a good plan now for the contest four years ago. It can’t afford to have its own internal problems which its going through. Its must sort through them quickly as there is too much to do in the hard-core UMNO/BN areas.

  2. #2 by cintanegara on Thursday, 3 October 2013 - 12:53 pm

    Dalam pemilihan CEC baru2 ini…Lim Guan Eng mendapat undi yg merosot dan jatuh ke tempat ke -5. Sungguh memalukan bagi seorang yg bertarahfKetua Menteri tewas kepada Liew Ching Tong….

    Ini merupakan petanda bahawa ahli2 dalam DAP telah bosan melihat nepostma yg begitu berleluasa dalam parti. Oleh itu Guan Eng perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agung dan memberikan kepada mereka yg lebih layak.

    Lim Kit Siang, mana perginya ‘Undi popular’ yg selalu dilaung-laungkan? Mengapa Guan Eng tidak meletak jawatan? Mengapa bila berlaku pada DAP, undi polular tidak disebut pula?

    Bolehkah Rakyat Malaysia percaya kepada parti yg ‘Cakap Tak Serupa Bikin’?

  3. #3 by assamlaksa on Thursday, 3 October 2013 - 7:24 pm

    welcome back cintanegara

    Siapa yang cakap tak serupa bikin?
    NEM vs BEE plan
    ISA OSA vs new PCA
    Petrol naik harga 20sen
    polis permit vs peaceful assembly act

  4. #4 by Sallang on Thursday, 3 October 2013 - 8:35 pm

    ‘Boleh jadi dalam PRU akan datang, “gegaran” itu akan bertambah besar.’

    Tidak boleh mengharapkan sahaja.Pastikan bertambah besar.

    “Walaupun ada desakan dari Dewan Ulama PAS supaya mengkaji balik hubungan PAS dengan PKR,’

    Perkara ini tidak patut di timbulkan langsung, kalau PAS bersungguh sungguh ‘team player’. Kalau tidak,
    lupakan sahajalah, Putrajaya.

  5. #5 by tak tahan on Thursday, 3 October 2013 - 9:47 pm

    cintanegara,apa yang lebih jauh memalukan ialah apabila seseorang yang memegang jawatan PeeM serta Presiden Umno dan geng pencurinya tidak berupaya memerintah Negara dengan baik dan jujur.

    Endless possibility of curi curi Malaysia dari laporan AG ?? Ada baca,tak?

    Lebih lebih teeeeruk lagi dan teeersangat malu apabila keseluruhan parti tu tanpa satu haluan dan seolah-olah diperintah oleh apanama,orang yang tiada jawatan dalam kerajaan,your racist godfather of patron perkosa.Siapa ‘Cakap Tak Serupa’ ??? Bikin’ ??

You must be logged in to post a comment.