Mahathir kata bankrap, Musa kata tidak


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
March 14, 2013

14 MAC — Kenyataan Musa Hitam semalam memberikan pencerahan yang sangat baik untuk politik rakyat dan negara. Beliau tidak bersetuju apa yang didakyahkan oleh pimpinan Umno khususnya Dr Mahathir Mohamad yang negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Musa berkata Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk memastikan yang negara akan terus mencapai kemajuan dan tidak akan melalaikan tanggungjawab yang buat pertama kali diberikan oleh rakyat terhadap pihak pembangkang.

Musa juga tidak bersetuju dengan politik rasis yang menebal sekarang dan pihak yang memainkan sentimen perkauman itu merupakan permainan poltik bankrap yang sudah tidak relevan lagi buat masa dan zaman ini. Kenyataan Musa ini tentunya bertentangan dengan pandangan Dr Mahathir, seorang pemimpin yang boleh berjalan di atas air itu.

Dr Mahathir yang akhir-akhir ini seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat itu telah membuat kenyataan-kenyataan yang menghangatkan dengan bermatlamat untuk membina dan meningkatkan sentimen perkauman di negara ini.

Beliau (Mahathir) telah meminta Felda untuk memainkan filem Tanda Putera bagi menaikkan perasaan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina dan ianya tentulah untuk menghalang DAP yang menjadi sasaran cemuhan Mahathir akhir-akhir ini.

Seperti yang saya sebutkan selalu Umno hanya akan kekal berkuasa jika ada perbalahan dan perpecahan. Umno tidak kekal jika rakyat dan negara dalam keadaan aman dan damai. Maka itulah sebabnya Umno sentiasa berusaha untuk meningkatkan perasaan benci-membenci di antara kaum agar parti itu terus menjadi parti pemerintah yang berkemampuan untuk melakukan rasuah secara sistematik.

Umno memerlukan sangat untuk terus memerintah kerana sudah tertanam budaya dan pemikiran pimpinan Umno di setiap peringkat yang parti itu ada modal untuk mereka berniaga dan mengumpulkan kekayaan keluarga dan kroni itu. Kejatuhan Umno merupakan kehilangan punca mereka mengumpulkan harta seperti yang dikumpulkan oleh Karun dahulu.

Umno sudah tertanam kepercayaan yang hanya Umno sahaja yang layak untuk memerintah tetapi rakyat sudah berubah dan tidak lagi termakan dengan dakyah buruk dan hina parti itu. Rakyat sudah memahami bahawa mereka adalah tuan kepada negara dan bukannya Dr Mahathir yang sentiasa berfikir bahawa hanya beliau sahaja yang berfikir. Dr Mahathir berfikir hanya pemikiran beliau sahaja yang mesti diikuti.

Justeru kenyataan Musa semalam merupakan pencerahan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan kenyataan beliau itu telah menjadi buah mulut rakyat terutamanya di negeri Johor.

Saya tidak dapat untuk menuliskan secara ‘detail’ tentang apa yang ada dalam pemikiran saya kerana saya sedang berada di Kedah dalam siri ceramah yang telah diuruskan oleh PAS untuk saya.

Saya akan menulis tentang isu yang disentuh oleh Musa ini apabila saya kembali ke Kuala Lumpur sehari dua lagi, insya-allah. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by hhyap on Thursday, 14 March 2013 - 9:23 am

    On May 27,2010 Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala proclaimed that at the rate the BN government manages (and plunder) the nation’s wealth, Malaysia will be bankrupt by 2019. If that is the case,what is there to lose by letting Pakatan take over and correct the trend ?

  2. #2 by boh-liao on Thursday, 14 March 2013 - 9:37 am

    Now, suddenly, all d elegantly silent NO B@LL blood suckers n serfs crawled out fr some cess holes 2 condemn, wallop d former DPM in order 2 score points with their masters

    D tilam kuih talam dumbo even declared “How can anyone predict what will happen?” – Yet he did not condemn his porno dirty old man, MMK, NR etc who predicted dat M’sia will b bankrupt if PR take over

  3. #3 by ENDANGERED HORNBILL on Thursday, 14 March 2013 - 9:59 am

    Siapa nak percaya?

    mahathir kata sendiri tak faham apanya itu tunai, macam mana nak faham perihal ekonomi yang begitu rumit dan teknikal. Tidak mungkin. Mahathir ini pandai goreng saje dan pandai juga cakap bohong semnjak dia dia perdana menteri.

    Siapa nak percaya?

    Tentunya bukan Mahathir. Saya amat benci orang yang tidak pegang prinsip dan senantiasa berpura-pura seolah dia seorang beriman tetapi adalah syaitan sebaliknya.

    Aiyoyo…..

  4. #4 by Bigjoe on Thursday, 14 March 2013 - 10:13 am

    Mahathir’s karma is coming back to haunt him for sure. Maybe he will then remember who he really is..

    What I found even more amazing is in Teluk Muruh, Lumut Perak, Dr. Marudy managed to get the crowd to say No to Are you ready for BN?.

    Goes to show, don’t underestimate the power of the internet even in rural fishing village..

  5. #5 by SENGLANG on Thursday, 14 March 2013 - 11:11 am

    Mahathir kata Pakatan menang Malaysia bankrap, CSL kata yang sama tapi ia tepat sikit, CSL kata bankrap dalam dua tahun. Dah banyak membohong takkan boleh dipercaya kata-kata pembohong ini.

    meraka membohong bukan disini sana, berani juga mereka membohong di mahkamah.

    kononnya LLS tidak membohong cabinet habis siapa yang membohong sehingga bilion rinngit telah hancur kedalam laut?

    pembohong tokoh-tokoh ini bukan main-main punya. mereka berbohong dengan buka tidak tukar-tukar.

  6. #6 by undertaker888 on Thursday, 14 March 2013 - 12:03 pm

    Just take a look at the pkfz billion ringgit fiasco. They appointed a finance guy who knows nothing about finance. Yet they say pr will bankrupt the country.

    When is this old man going to stop his crocodile tears?

  7. #7 by on cheng on Thursday, 14 March 2013 - 4:02 pm

    So, did Penang, Selangor, Kelantan, n Kedah state govt go bankrupt after under PR for 5 years?? or did the state debt increase substantially? or state reserve decrease substantially?
    On the opposite, Selangor state reserve increase 6 fold, while Federal govt debt more than doubled over the last 5 years, now what say you BN. ???
    Who started free water 20 m3/month, or money for old n poor etc, etc, it was PR govt, !
    Voters, just get the facts, do some simple reasoning !

  8. #8 by on cheng on Thursday, 14 March 2013 - 4:06 pm

    DR. M, ada kah, kerajaan negri Kedah, Penang, Selangor, Kelantan jadi muflis se lepas 5 tahun di bawah urusan PR?
    2008 ke 2013, Simpan reserve negri Selangor menambah 6 kali ganda, Hutang Kerajaan pusta berlipat ganda, apa kata , BN??

  9. #9 by worldpress on Thursday, 14 March 2013 - 7:37 pm

    That Mama care only their people can continue corrupt to rob Malaysian money…even sell it if necessary…like the Sabah IC case illegally issue IC to illegal immigrant with honor

You must be logged in to post a comment.