— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Jun 28, 2012
28 JUN — Kita gantung yang membunuh Altantuya. Kita gantung pengedar dadah. Kita gantung yang menjual kad pengenalan. Kita gantung yang menjual rahsia tentera laut. Kita gantung yang menjual kerakyatan. Kita tak gantung orang yang berbeza pendapat dan pandangan. Hanya untuk sekali sahaja — pemimpin Umno gunalah otak kamu.
Pemimpin-pemimpin United Munafik National Organisation(Umno) bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah, maklum sahajalah, mereka berotak burung. Kita jadi pandir jika melayan puak Umno. Tak setuju tarik kerakyatan! Tak setuju kita gantung. Tak setuju kita jel! Inilah kualiti pemimpin Umno. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini?
Dr Mahathir sendiri yang kata memang pemimpin Umno yang sekarang ini orang-orang bodoh dan half-past six. Yang cerdik sudah masuk PAS, yang bijak sudah masuk PKR dan yang pandai dah masuk DAP. Yang tolol dan bahlul dan mengeluarkan bahan yang patut keluar dari dubur, di keluarkan ikut lubang mulut sahaja yang tinggal dalam Umno. Sebab itu Dr Mahathir kata, Umno sudah busuk sampai ke usus. Kalau kita hendak selamat, maka kita amanahkan negara kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang suruh.
Mahukah kita amanahkan pentadbiran negara kepada barisan pemimpin yang tolol lagi bahlul, perasuah dan pembuli? Bagaimana negara hendak maju dalam tangan orang Umno yang tolol wa bahlul? Rosak dan punah negara kita.
Orang tolol dan kurang akal sahaja yang mengatakan kalau Umno tidak ada, orang Melayu akan mati, kalau Umno tidak ada, agama Islam akan hancur dan kalau Umno tidak ada, Raja Melayu akan lenyap.
Takde orang Melayu mati di Kelantan bila Umno kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila Umno tewas di Pulau Pinang; bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan Umno dan geng jahatnya Gerakan di Pulau Pinang dahulu. Islam tidak hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah. Raja Melayu adalah raja keatas SEMUA rakyat bukan raja untuk Umno sahaja. Jika Raja Melayu berlagak sebagai Raja untuk Umno sahaja, maka nanti jika Umno tiada, Raja Melayu lenyaplah. Bersikaplah sebagai raja untuk SEMUA rakyat, baharulah Raja Melayu akan kekal. Bergantung kepada Umno bererti pendek umur untuk semua orang Melayu.
Mari kita lihat lagak pemimpin berotak burung ostrich ini. pemimpin gerombolan Umno rasa memadai dan mencukupi hanya dengan mengeluarkan penafian. Bila di tuduh ada skendal rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, maka pak menteri yang bertangung jawab merasakan cukup dan padan hanya dengan mengeluarkan kenyataan menafikan nya. Orang kata ya dia kata tidak. Ini kualiti pemimpin Umno yang mengatakan “come on give him some humanity”.
Yang terlebih bodoh antara pemimpin Umno ialah mereka yang enggan menggunakan bahan yang ada antara dua telinga mereka. Dan saya tidak bercakap mengenai hidung mereka. Jadi apabila otak tidak di gunakan( sebab mungkin tidak ada lansung), pemimpin Umno menganjurkan jalan pintas.
Bila Ambiga menjuarai suatu aliran yang menyusahkan Umno, maka mereka berteriak tarik balik kerakyatan Ambiga. Habis Ambiga hendak di hantar di mana? Bukankah kerakyatan itu sesuatu yang di jamin dan di lindungi oleh undang undang negara bukan undang-undang Umno? Ambiga itu lahir di mana?
Yang lebih dasyat, ada wakil rakyat Umno yang terkurang cerdik di Malaysia menyarakan agar Ambiga di gantung. Bukankah ini suatu ugutan bunuh dan jika ugutan bunuh, polis kita nanti report di buat kah? Satu Malaysia dah baca ugutan bunuh ini, maka polis patut tangkap siapa yang bercakap mengenai perkara itu. Undang2 kita ini mob rule kah?
Apabila isiu demi isiu di timbulkan pemimpin Umno merasionalkan ia sebagai cubaan mencermarkan imej pemimpin negara? Hendak cemar apa jika sememang dan sebermula nya imej sudah tercemar?
Jika isiu yang di timbulkan terhadap semua pemimpin Umno adalah usaha memburukkan nama orang Umno menjelang PRU, maka apa pula kita hendak klasifikasikan isiu-isiu yang di timbulkan terhadap pemimpin pembangkang? Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu jangan di perbodohkan oleh Umno lagi. Jika kita bersedia mengutuk isiu-isiu yang di timbulkan terhadap Umno sebagai mainan politik semata-mata, maka kesediaan serupa mesti di beri keatas segala isiu terhadap pemimpin parti pembangkang.
Semua isiu terhadap Anwar Ibrahim misalnya adalah gimik politik Umno yang kian terdesak. Pengkudaan institusi Raja-raja Melayu adalah gimik politik Umno. Hanya kali ini sahaja Umno menunjukkan merekalah yang menjuarai Raja-raja Melayu terhebat dari orang lain. Di masa yang lain, Umno lah yang hendak gantung Raja-raja Melayu.
Saya sarankan, kalau kita nak gantung, kita gantung semua pegawai imigresyen, pegawai jabatan pendaftaran yang membiarkan orang asing mendapat kad pengenalan dan kerakyatan segera. Ini terang-terang pengkhianatan dan pengkhianatan terhadap Raja dan negara di hukum gantung. Kita gantung orang yang menjual rahsia tentera laut Malaysia. Komisyen yang dia dan sahabat-sahabat pengkhianat nya terima adalah hasil pengkhianatan dan pengkhianat semua nya mesti di gantung.
Kita gantung semua yang mencuri perbedaharaan negara. Yang membawa lari duit gelap sebanyak RM1.3 trillion dalam tempoh 10 tahun, di tangkap semua dan di gantung. — sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).
#1 by Bigjoe on Thursday, 28 June 2012 - 8:59 am
This whole thing really just screams how UMNO/BN is just lost and hopeless.
The real bottom line is Sri Gading’s comment is simply neanderthal while Ambiga’s respond simply is just a class of her own. Sri Gading, on his own, discredit Ketuanan Melayu because the likes of him NEEDS A TUAN like Ambiga.
BUT the worst part of it all, the THREE STOOGES responds from UMNO/BN. Both Palinivel and Tengku Adnan respond and the defeaning silence of the majority leader of the Parliament Najib, just screams Larrry, Moe and Curly..