Salahlaku Ketua Polis Negara


1. Sewaan Helikopter. Pada pertengahan tahun 2007, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 34 buah helikopter daripada syarikat Asiacopter selama 30 tahun.

Anggaran kos penyewaan ini ialah RM20 billion. Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dan mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 34 buah helikopter daripada Asiacopter Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja?

Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM20 billion untuk menyewa 34 buah helikopter ini?

Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 34 buah helikopter?

Kenapakah pihak KPN bersungguh-sungguh dengan projek ini sehingga menghantar surat bertarikh 12hb Febrari 2007 terus kepada Menteri Kewangan 2 untuk memohon kelulusan rundingan terus untuk perlaksanaan projek ini.

Selepas pilihanraya umum yang lalu, menteri KDN telah bertukar dan telah mengemukakan cadangan tersebut ke kabinet dan kabinet telah menolaknya dalam bulai Mei yang lalu.

Sekali lagi, kami dimaklumkan bahawa KPN tanpa segan silu telah menulis surat secara terus kepada Perdana Menteri untuk membuat pembelian helikopter sebanyak 8 unit ini secara rundingan terus dengan syarikat Asiacopter.

Untuk makluman, pembelian helikopter 8 unit ini telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 oleh pihak EPU dengan anggaran kos RM272 juta tetapi cadangan syarikat Asiakopter yang disokong oleh KPN mencadangkan harga RM350 juta.

2. “E-Police Force Solution” merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. Kertas cadangan perlaksanaan projek ini bernilai RM4.2 billion. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.

Tan Sri Yang Di Pertua, saya tidak ada masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak faham dalam urusniaga ini ialah:

i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh menghantar memohon dikeluarkan surat ‘letter of intent’ dan ‘letter of award’ kepada syarikat Web Power Sdn Bhd terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang, Ketua Polis Negara terus ‘bypass’ Ketua Setiausaha Kementerian dan memohon dikeluarkan surat “letter of intent”nya terus kepada Perdana Menteri. Kenapakah ini berlaku? Kita dapati pihak KPN telah melanggar ‘standard operating procedure (SOP)” iaitu “go direct to minister by-pass your immediate boss
(KSU)”

ii) Kertas cadangan “E-Police Force Solution” dikemukakan oleh WebPower Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli “E-Police Force Solution” daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh bekas seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis yang juga bekas seorang Pengarah 3 bintang PDRM? Kenapa beliau boleh bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM4.2B?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri boleh memberitahu dewan yang mulia ini, penjelasan hubungan KPN dengan syarikat Asiacopter dan WebPower Sdn Bhd . ini adalah penting untuk rakyat mengetahui mengapa seorang KPN terlibat secara langsung dengan aktiviti perniagaan sedangkan sekarang ini:

1. Index jenayah berat makin meningkat dan banyak kes-kes serius yang berprofail tinggi tidak dapat diselesaikan seperti kehilangan cip komputer di Pulau Pinang, pembunuhan kejam adik Sharlinie, pembunuhan pemimpin politik di Johor dan lain-lain lagi.

2. Kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dikalangan pegawai kanan dan anggota polis makin meningkat. Banyak kes yang tergantung tanpa tindakan seperti kes tatatertib Pengarah Logistik PDRM hingga kini senyap tanpa tindakan sedangkan kes tersebut telah menjadi buah mulut dikalangan pasukan PDRM dan orang ramai. Adakah kerana Pengarah tersebut orang kepercayaan KPN maka tindakan tidak boleh diambil??? Dimana intergriti pasukan PDRM???

3. 2 Kenyataan akhbar beliau dalam akhbar pada bulan ogos dahulu juga (berkaitan penglibatan sebuah syarikat IT dengan negara Israel dan pembelian helikopter untuk kegunaan PDRM) amat memalukan kerana kedua-dua kenyatan akhbar beliau itu telah dinafikan kebenarannya oleh Menteri Dalam Negeri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku???

4. Penglibatan KPN dengan sindiket judi dan kongsi Gelap. Sehingga kini pihak KPN tidak pernah mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh tentang hubungkait beliau dengan kumpulan tersebut yang diketuai oleh BK Tan dan Goh Cheng Poh (dikenali sebagai Tengku Goh). Ia tidak sepertimana tindakan saman beliau kepada Datuk Sen Anwar Ibrahim yang dituduh menfitnahnya. Tetapi dalam kes ini, walaupun Raja Petra telah membongkar cerita ini sejak tahun 2007, hingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil. Apakah tuduhan-tuduhan ini benar?

Dengan contoh dua perkara tersebut kami dapati KPN telah tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan kelihatan beliau hilang keupayaan melaksanakan tugas dan amat jelas kelihatan beliau seorang yang ‘bangkrap idea’ untuk bertugas sebagai KPN. Sebagai seorang penjawat awam beliau tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan malah patut menumpukan dengan tugas hakiki beliau. Oleh itu, saya mencadangkan demi integriti dan keselamatan negara ini adalah dicadangkan KPN meletakkan jawatan secara SERTA MERTA!!!

(Speech 4 on the 2009 Budget in Parliament on Tuesday, 14th October 2008)

  1. #1 by Mr Smith on Wednesday, 15 October 2008 - 3:56 pm

    That fellow is another scum. But then, aren’t all those guys in the government, AG chambers, and PDRM all scums.

  2. #2 by HJ Angus on Wednesday, 15 October 2008 - 3:57 pm

    WOW!
    What a fantastic gravy train.
    They could have bought the whole helicopter company for RM1billion.
    This is what is known as making money out of nothing except a strong connection.

  3. #3 by Daniel Quah on Wednesday, 15 October 2008 - 4:40 pm

    duit Rakyat = duit Atuk kakitangan kerajaan… spend like their grandfather give them “gula-gula” .. Now i am thinking not to pay income tax anymore…my tax money are taken to enrich cronnies…so give me a reason i should pay income tax…

  4. #4 by hadi on Wednesday, 15 October 2008 - 4:51 pm

    In this Bolehland you can find so many scums and morons sit as head of department. I bet you YB Kit if thing doesn’t change for now or within next five years, I am sorry for Malaysia, probably I will not be able to convince my son to come back and many more Malaysians will refuse to return home. Can we blame them?

  5. #5 by HJ Angus on Wednesday, 15 October 2008 - 5:07 pm

    This is a case of sheer financial mismanagement even if there is no criminal element involved.
    Who would commit such a large contract for so many years?
    For such rental of equipment, the lease should be not more then 10 years and with a properly documented contract.
    It would be interesting to get details of how the contract was evaluated.
    Oh I forget – under OSA!

  6. #6 by budak on Wednesday, 15 October 2008 - 6:06 pm

    PM (in-waiting) buy helicopter, IGP also buy helicopter, AG helping them to by-pass laws…

    it seems that Pak Lah no better than a PATUNG…
    else why he allow these SCUMS wayang in-front of him…
    or he get something in return for his retirement…

    where is ACA…???
    btw, they only work if Pak Lah relays 4th Floor boy complaints…

    Malaysia Boleh…!

  7. #7 by jacksojulian on Wednesday, 15 October 2008 - 6:24 pm

    Before upgrading the hardware, the mentality & morality of police force must be upgraded first!!!

  8. #8 by kftang on Wednesday, 15 October 2008 - 8:01 pm

    With a fleet of 34 helicopters, we can hitch free rides for sight-seeing around the country with the compliments of PDRM!

  9. #9 by AhPek on Wednesday, 15 October 2008 - 8:33 pm

    ‘This is a case of sheer financial mismanagement even if there is no criminal
    element involved.’. HJ Angus.

    ‘no criminal element involved’ in such a colossal financial mismanagement?? How to believe?There surely must be a human mind behind it all in planning all this to effect ‘legalised robbing of the public’.

  10. #10 by UzMiNoOnist on Wednesday, 15 October 2008 - 9:05 pm

    How can Rakyat put him to jail for looting?

  11. #11 by Mark Foo on Wednesday, 15 October 2008 - 9:15 pm

    Gosh..the other day, I saw a kid asking his father to buy a pair of shoe, I can see the father wanted to buy for his kid but cannot afford. I saw the kid face……very sad.
    What is the teaching behind all this misery?
    Some kids are not that lucky…..who shall be blame????

  12. #12 by The Enforcer on Wednesday, 15 October 2008 - 10:52 pm

    Uncle YB LKS, they are PRDM – Polis Raja DiMalaysia lah!

  13. #13 by kerajaan.rakyat on Wednesday, 15 October 2008 - 11:09 pm

    Ini besar punya cilaka PDRM.
    Siapa ada C4 – kasi c sama dia.

  14. #14 by kyototan on Wednesday, 15 October 2008 - 11:47 pm

    It is cost saving by judging the high upkeeping cost should the Police own them don’t you think so?

  15. #15 by cinaindiamelayubersatu on Thursday, 16 October 2008 - 12:08 am

    cerpen ringkas imaginasiku bertajuk polis.
    ah…kami tertarik dengan gelaran terbaru kami – Polis Raja Di Malaysia. terbalik sedikit dari yang asal. tidak apa kami gembira kerana sememangnya kami raja. kami senang buat wang. betul tersangat senang. kami sorok bawah jambatan kemudian senyap senyap kami terjah mereka. senang kan. tetapi kami juga berusaha, ketua kami suruh tangkap dia kami tangkap. ketua kami suruh kami tumbuk dia kami tumbuk sampai lebam mata dia. ketua kami suruh sorok bukti jahat mereka kami sorok. kami patuh. apa salah kepatuhan kami?
    ah..kami kini terumbang ambing. ketua kami tidak sihat. tetapi kami akan tetap berusaha. tetapi setiap kali kami ingin menyiasat si penculik budak budak kami dikerahkan untuk menculik ahli politik yang berhormat josephine. kami tidak tahu apa salah dia tetapi kami terpaksa. kami terpaksa akur jika tidak kami sengsara. kami tidak mahu sengsara kerana itu kami terpaksa akur.
    ah..kami ada terdengar untuk menjadikan pasukan kami bebas. tetapi ketua kami ingkar. kami hairan adakah ketua kami takut kami lebih berkuasa? justeru it, kami terpaksa akur. namun ada baiknya, kami dijaga, kami disuap dengan nasi impot yang wangi lagi harum. bila kekenyangan kami rasa ingin tidur. tidur yang dibuai mimpi enak.

  16. #16 by taiking on Thursday, 16 October 2008 - 8:57 am

    I am sick of umnoputras.
    Truly sick!

  17. #17 by ahoo on Thursday, 16 October 2008 - 4:17 pm

    The irony of all such wheeling & dealing is that surely somebody out there is a financial wizard that can plan for their next generations i.e 30 years contract. It is again a coincident as they said many times ago that all such govt contracts are log in for 30 years like the tolls especially.

    What a nice business deal for the elites and with such an easy deal, why do we need scholars to advise us ? Even the blinds can smell that it is a good deal if ever they are given such an opportunity (no belittling the blind people) and this is just how pathetic our society has become. Can they ever held their heads high and face the globalised world ? They will say, who cares as long as I survive and whether it is against the will of God is immaterial, as this is earth, just enjoy while you can. God can wait for that sicken soul & spirit at the appropriate time while that soul lusts after all that this world has to offer including exchanging it with the devil for a quick gain. God saves that soul out there.

  18. #18 by damianyeow on Thursday, 16 October 2008 - 7:51 pm

    How to solve crimes in Malaysia?, when the crooks wear uniform, so who can catch them? Even if PDRM get the helicopters, the first thing they will use it will be, no doubt, to ‘monitor & harass’ the opposition, not the criminals who roam freely in the streets at nite even day-time now. Another case of ‘Malaysia Boleh’ because ‘UMNO Boleh’ …boleh hancurkan negara.

You must be logged in to post a comment.