Lim Kit Siang

Question on Ketuanan/Kedaulatan Melayu

(On Wednesday, I asked the Prime Minister what steps he had taken to promote the Bangsa Malaysia objective of Vision 2020 in the face of worsening racial polarisation with greater communal clamour for “ketuanan Melayu” and “kedaulatan Melayu”.

Placed No. 29 out of 97 questions, it did not come up for answer on the floor of the House in the 90-minute Question Time.

The following is the written answer from the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz which completely avoided the question by not touching on the rising crescendo in the assertion for “ketuanan Melayu” and “kedaulatan Melayu”:)

Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang beliau ambil untuk memupuk objektif Bangsa Malaysia sejajar dengan Wawasan 2020 memandangkan masalah polarisasi kaum kini semakin memburuk berikutan dengan bunyi riuh komunal mengenai “ketuanan Melayu” atau “kedaulatan Melayu”.

Jawapan: Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perpaduan dan integrasi nasional sememangnya merupakan salah satu aspirasi utama Kerajaan. Kita percaya bahawa sebuah negara bangsa yang utuh hanya akan dapat lahir hasil daripada perpaduan yang teguh dan mantap.

Bagaimanapun, negara yang aman dan makmur tidak mungkin lahir dengan sendirinya. Atas kesedaran inilah maka Kerajaan senantiasa berusaha untuk memastikan agar pembangunan ekonomi negara terus berlangsung dengan pesat, di samping memastikan agar tiada mana-mana golongan yang merasakan mereka ketinggalan dalam arus perdana pembangunan negara.

Di samping memastikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi di kalangan rakyat, Kerajaan juga turut berusaha untuk memupuk semangat kekitaan melalui system pendidikan, program-program perpaduan negara, program latihan Khidmat Negara dan pelbagai inisiatif lain.

Sesungguhnya Kerajaan percaya bahawa kita akan mampu membina sebuah negara yang aman, makmur dan bersatu padu sekiranya semua pihak dapat sama-sama berusaha untuk membina semangat perpaduan yang jitu dan kental.

Di samping itu, saya juga ingin mengingatkan semua pihak bahawa retorik yang bersifat perkauman – yang berpunca dari mana-mana kaum sekalipun – akan hanya menimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat, yang pastinya akan membantutkan usaha ke arah mencapai matlamat perpaduan nasional. Saya percaya bahawa keadaan antara kaum tidaklah begitu buruk sebagimana yang didakwa oleh YB Ipoh Timur. Namun demikian, kita harus senantiasa berwaspada agar keadaan aman dan makmur yang sedia ada ini tidak akan diganggu gugat oleh mana-mana tindakan yang akan membawa kepada perpecahan dan perselisihan faham di kalangan rakyat.

Exit mobile version