Lim Kit Siang

PR status & citizenship for foreign spouses

(The following is the reply given in Parliament by the Home Minister, Datuk Seri Syed Hamid Albar yesterday to my question on the long-standing PR problem. Lets have your reaction as to whether you find the answer satisfactory or not. It was given as a written answer as the question did not come up for oral reply during the 90-minute Question Time. It was placed No. 49 out of 95 questions yesterday, which saw only eight questions answered on the floor during the Question Time.)

Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan hasil langkah-langkah untuk mempercepatkan pemprosesan pengeluaran (i) TarafPenduduk Tetap (PR) dan (ii) kerakyatan kepada pasangan asing rakyat Malaysia; mengapakah ujudnya aduan mengenai kelewatan yang keterlaluan dan sila berikan bilangan PR dan kerakyatan yang dikeluarkan dalam tempoh 20 tahun ini.

Jawapan: Pemberian taraf Pemastautin Tetap Malaysia merupakan ‘satu anugerah dan bukan hak’ yang boleh dituntut oleh warganegara asing. Dalam mempertimbangkan permohonan untuk taraf Pemastautin Tetap (PT), Kerajaan memberi keutamaan kepada aspek keselamatan negara dalam membuat keputusan. Berdasarkan kepada faktor ini, kerajaan sangat berhati-hati untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Oleh yang demikian, setiap permohonan di WAJIBKAN melalui proses tapisan keselamatan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Di samping siasatan yang dijalankan oleh PDRM, pemohon dan penaja juga akan ditemu duga bagi memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar, dan juga untuk mengelakkan sebarang penyelewengan yang mungkin terjadi. Ini juga adalah bagi memastikan bahawa pemohon adalah tulen.

Kesemua langkah-langkah ini adalah amat penting bagi memastikan pemohon adalah seorang yang bebas dari gejala-gejala yang tidak sihat yang mungkin akan mengancam keselamatan negara. Hasrat kerajaan adalah bagi memastikan supaya hanya warganegara asing yang benar-benar ingin bermastautin di negara ini diberikan taraf Pendudukan Tetap. Di samping itu, semua syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan bertujuan untuk meminimumkan kebarangkalian berlakunya penyalahgunaan kemudahan yang disediakan seperti “marriage of convenience”.

Keutamaan kepada faktor keselamatan ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa terdapat kelewatan memproses permohonan Penduduk Tetap. Selain daripada itu, terdapat juga faktor-faktor lain seperti kegagalan oleh pemohon untuk membuat ‘follow-up’, pemohon bertukar alamat dan tidak dapat dihubungi, maklumat tidak lengkap, penaja tidak dapat dihubungi dan sebagainya.

Dalam mempertimbangkan permohonan taraf Penduduk Tetap, Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada pasangan asing rakyat Malaysia. Pertambahan dalam rakyat Malaysia berkahwin dengan warganegara asing telah meningkatkan permohonan untuk taraf Penduduk Tetap oleh warganegara asing. Kerajaan juga sedar bahawa terdapat rungutan-rungutan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemohon di atas kelewatan memproses permohonan untuk taraf Penduduk Tetap. Oleh yang demikian, kerajaan sedang dalam mengkaji semula syarat dan prosedur yang ada untuk mempercepatkan proses pertimbangan dan keputusan untuk kategori pasangan asing kepada rakyat Malaysia.

Berhubung dengan kelewatan pemprosesan keputusan permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, setiap permohonan kewarganegaraan dikehendaki melalui beberapa prosedur seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan kewarganegaraan secara masukan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan contohnya, memerlukan pemohon bermastautin di Negara ini selama sekurang-kurangnya 12 tahun, berniat hendak bermastautin tetap, berkelakuan baik dan menjalani ujian bahasa. Setiap permohonan kewarganegaraan akan diteliti dan diperbaharui supaya pemberian taraf kewarganegaraan hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Dalam tempoh 20 tahun, sehingga Mei 2008, jumlah pemegang Kad Pengenalan Pemastarutin Tetap Malaysia adalah sebanyak 371,281, manakala sejumlah 19,511 bukan warganegara telah diberi taraf warganegara Malaysia.

Exit mobile version