PAS is past. Masa untuk PR2.0


– Riesya H.
The Malaysian Insider
29 June 2015

Ditakdirkan negara kita dijajah Belanda (dan bukan British), dan sistem pilihan raya kita semacam sistem di Indonesia, negara kita ini bukan lagi milik Umno/Barisan Nasional. Tetapi sudah menjadi milik rakyat. Pakatan Rakyat (dengan undi popular 5.6 juta), jauh meninggalkan BN (Cuma 5.2juta). Congak mudahnya, BN Cuma layak menerima 105 kerusi. Selebihnya adalah kerusi milik rakyat. PR.

Tapi, apakan daya. Kata P.Ramlee, “cubaaan!!”

Perlu direkodkan, dari 5.6juta undi PR, sejumlah 1.8juta adalah undi pemula. Orang yang pertama kali mengundi PR. Orang yang mempertaruhkan harapan demi masa depan yang baru. Orang yang teruja dengan slogan “ini kali lah”.

Siapakah 1.8juta pengundi pemula ini?

Mereka ini adalah sebahagian dari anggaran 2.2juta pengundi pertama kali, anak muda Gen-Y yang pertama kali mendaftar dan membuang undi. Bayangkan, lebih 80 peratus Gen-Y keluar mengundi dengan harapan baru, bersama PR.

Mereka ini juga boleh dikiaskan sebagai pengundi pragmatic, oportunistik, kiasu dan seumpamanya. Mereka mengundi atas dasar, bila saya mengundi, apakah pulangan yang terbaik untuk saya. Tentunya mereka teruja dengan tawaran mesra anak muda, dari PR. Dan tentunya mereka menolak Umno/BN kerana kebobrokan Umno, korupsi, kegagalan dalam urus tadbir dan seumpamanya.

Mereka ini adalah orang muda. Cara mereka fikir adalah berbeza. Cara hidup mereka juga berbeza. Selera mereka tentunya berbeza. Dan kesetiaan mereka tidak boleh dipegang dengan mudah.

Dan yang pasti, mereka ini mengundi bukan kerana ideologi atau dasar perjuangan parti. Malah setengah mereka tidak pernah tahu apa itu reformasi. Jauh sekali peristiwa berdarah 13 Mei.

Apa yang anak muda mahu?

Mereka ini mahukan sebuah negara yang ditadbir urus mereka yang kompeten. Baik teori mahupun perlaksanaan. Di negeri-negeri campuran (Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuian), umpamanya, terdapat hampir 1juta undi pemula yang memberi harapan kepada PR. Hampir separuh dari mereka ini adalah Melayu/Islam.

Yang pasti, mereka-mereka ini bukan mengundi kerana negara Islam atau hudud (semata-mata). Mereka mengundi kerana harapan baru. Pemerintahan baru. Kepimpinan baru. Urus tadbir baru. Negara baru. Mereka tidak teragak-agak untuk mengundi PR, kerana di sana adanya PAS yang dilihat boleh membela nilai-nilai Islam, mepertahankan hak keistimewaan orang melayu, dan sensitif dengan budaya menghormati sistem raja.

Keselesaan mereka lebih yakin, dengan adanya golongan professional dan progresif dalam PAS yang dilihat memainkan peranan secara professional dan pragmatic, dalam konteks Negara majmuk.

PAS baru, 30 tahun kebelakang

Muktamar PAS ke 61 menyaksikan bagaimana pemilihan badan kepimpinan tertinggi pembuat dasar dan halatuju parti dipilih bukan berdasarkan amanah dan keupayaan. Tetapi lebih kerana senarai dan ‘cai’.

Terjadi satu penyingkiran etnik yang kronik dalam PAS. Golongan professional dan progresif disisihkan sedemikian rupa golongan konservatif.

Kini, PAS berdepan dengan risiko terbelah dua. Golongan progresif dilihat bakal membawa risiko keluar beramai-ramai dari parti dan membawa halatuju baru diluar PAS. PAS yang ada kini dilihat berpatah balik 20 tahun.

PAS yang ada, dengan persepsi 30 tahun ditinggalkan masa, tidak akan kemana. Tentunya 1.8juta anak muda tidak terliur dan teruja dengan parti imej kampong zaman 80an sebegini.

Anak muda akan lebih selesa mengikuti ke mana arus golongan progresif. Mereka ini lebih diyakini dan dipercaya sebahagian besar anak muda.

PAS kini berisiko akan jadi sebuah parti kampong. Tarikan Cuma mereka mungkin terhad di Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa atau Marang. Itu sahaja. Malah kerusi seperti Kuala Nerus, Bukit Gantang, Temerloh, Bachok, atau Pasir Putih pun belum tentu milik PAS pada PRU14 akan dating. Itupun terpulang bagaiamana Umno dengan cara politik cah keting nya, seperti lazimnya di Kelantan.

Gabungan baru, rakan baru

PR 2.0. atau Gabungan Baru atau apa jua nama.

Lupakan saja PAS dengan mimpinya. Biarkan mereka berangan masih bersama dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan lebai-lebai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel mereka. – 29 Jun, 2015.

Print Friendly

  1. #1 by Justice Ipsofacto on Tuesday, 30 June 2015 - 12:07 pm

    PAS is gone and buried.

  2. #2 by winstony on Tuesday, 30 June 2015 - 12:45 pm

    Looks like PAS is now having second thoughts about going it alone without PR.
    THEY ARE ONLY THINKING ABOUT THEIR OWN WELFARE IN THIS CASE!!!!
    ONCE THEY ARE BACK, THERE IS NO WAY TO PREVENT THEM FROM STARTING THEIR DAMNED NONSENSE AGAIN!!!!
    PR MUST NEVER, EVER RISKS IT AGAIN SINCE IT HAVE GOTTEN RID OF THIS MILLSTONE AROUND ITS NECK!!!!
    After all that they have done to the coalition, there is now way they should be allowed to have a second bite of the apple!!!!!
    PR must make absolutely sure that they are not allowed to mess things up for the coalition big time again.
    There is only gloom and doom with them around!!!!!
    Let them rot in the rural areas because they very well deserved it in the first place!!!!!

  3. #3 by Bigjoe on Tuesday, 30 June 2015 - 1:35 pm

    More accurate to say PAS is NOT THE FUTURE. Religo-state just do not work. Period.

    But the fight against addiction and escapism is not a straight line.. Its a constant battle that gets harder every step you take.. But its possible, to fight addiction and escapism with real things, with good things like jobs, homes, security, freedom.

You must be logged in to post a comment.