No cause for dejection or despondency over the death of PR – there must instead be greater resolve and commitment to pursue the inclusive Malaysian Dream of unity, justice, dignity and prosperity for all Malaysians through a new political realignment


(Scroll down for English text)

Tidak perlu bersedih dan putus di atas kematian Pakatan Rakyat – sepatutnya harus ada ketetapan yang lebih kuat serta komitmen untuk terus memburu Impian Malaysia yang inklusif ke arah perpaduan, keadilan, maruah dan kemakmuran buat semua rakyat Malaysia melalui susunan politik yang baru

Nampaknya ramai yang kecewa dengan kematian Pakatan Rakyat, namun ini bukan alasan untuk merasa sedih dan kecewa di saat sepatutnya wujud ketetapan yang lebih kuat serta komitmen untuk terus memburu Impian Malaysia yang inklusif ke arah perpaduan, keadilan, maruah dan kemakmuran buat semua rakyat Malaysia menjelang pilihanraya umum ke-14.

Meskipun perjuangan politik tujuh tahun Pakatan Rakyat telah berakhir ekoran pelanggaran-pelanggaran serius terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat oleh PAS, kita percaya bahawa impian dan visi ke arah Malaysia baru yang memiliki perpaduan nasional, persefahaman antara kaum dan agama, serta rasa hormat, keadilan, akauntabiliti, urus tadbir yang baik, menamatkan rasuah dan salahguna kuasa, memelihara maruah, mempunyai sistem pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan yang baik serta persekitaran yang selamat untuk semua rakyat Malaysia harus menjadi objektif utama bagi PRU ke-14.

Atas tujuan ini, DAP akan bekerjasama dengan parti-parti politik dan kuasa-kuasa politik yang sependapat, demi membawa muafakat politik baru yang komited terhadap prinsip-prinsip tersebut dan wawasan Impian Malaysia.

Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat, tetapi bersedia bekerjasama dengan kuasa-kuasa politik dan rakyat Malaysia yang komited terhadap Dasar Bersama tersebut, termasuklah ahli-ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak dan mengabaikan Dasar Bersama tersebut.

DAP tidak ada masa untuk sandiwara politik seperti usul Muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan seruan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang meminta Majlis Syura untuk bertemu segera bagi membincangkan usul Muktamar terbabit, sedangkan Majlis Syura masih belum dibentuk!

Datuk Haron Din sendiri berkata selepas Muktamar bahawa beliau bukan lagi Mursyidul Am PAS sehinggalah Majlis Syura dibentuk semula.

Munculnya rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pelaksanaan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen sepanjang dua hari lalu, yang berakhir hari ini adalah isyarat kepada dua perkara:

Hadi diberikan imbalan atas perubahan pendi

rian politiknya, di mana Umno dibahasakan dengan cara terhormat, manakala DAP dipersetankan dengan bahasa yang kasar di Muktamar PAS, dan

Hadi sudah dipermainkan Umno yang tidak memp

unyai niat mahupun kemampuan untuk memberikan sokongan di peringkat nasional mahupun di Parlimen untuk melaksanakan hudud, yang akan secara langsung menimbulkan kemarahan 48 Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak, mencetuskan bukan sahaja risiko bagi survival Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri tetapi juga survival dan perpaduan Malaysia.

(Komentar media di Parlimen pada hari Khamis 18 Jun 2015)

—————————-

(English Text)

There is all-round disappointment at the death of Pakatan Rakyat, but this is no cause for dejection or despondency when there must instead be greater resolve and commitment to pursue the inclusive Malaysian Dream of unity, justice, dignity and prosperity of all Malaysians in the 14th General Election.

Although the seven-year Pakatan Rakyat political struggle has come to an end because of the serious breaches of the Pakatan Rakyat Common Policy Framework (CPF) by the PAS leadership, we believe that the ideals and vision of a new Malaysia where there is national unity, inter-racial and inter-religious understanding and respect, justice, accountability, good governance, end to corruption and abuses of power, human dignity, good schools, hospitals, housing, transportation system and safe environment for all Malaysians, must remain the primary objectives of the 14th General Elections.

For this purpose, the DAP will work with all like-minded political parties and political forces to bring about a new political alignment committed to these very same principles and vision of a Malaysian Dream.

We in the DAP will not work with PAS leaders who had violated the Pakatan Rakyat Common Policy Framework (CPF) but we are prepared to work with political forces and Malaysians committed to the PR CPF, including PAS members at various party levels who have not forsaken or repudiated the PR CPF.

DAP has no time for political charades like the PAS Muktamar resolution severing ties with DAP and the call by PAS UIama head, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad urging the PAS Shura Council to meet soon to discuss the Muktamar motion, when the new Shura Council has not even been formed yet!

Datuk Harun Din himself said after the Muktamar that he was no longer Mursyidul Am PAS until the Shura Council is reconstituted.

The appearance of the private member’s bill motion by the PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang on the implementation of hudud on the parliamentary order paper in in the last two days of Parliament, which ends today, is symptomatic of two things:

(i) Hadi being rewarded for his change of political posture, where UMNO was referred to in very respectful terms while DAP is demonized with rough language at the PAS Muktamar; and

(ii) Hadi being played out by UMNO which has neither intention nor ability to deliver at the national and parliamentary level support for hudud implementation which would immediately antagonize and alienate the 48 BN MPs in Sabah and Sarawak, precipitating not only the risk of the survival of Datuk Seri Najib Razak as Prime Minister but the very survival and unity of Malaysia.

Print Friendly

  1. #1 by homeblogger on Thursday, 18 June 2015 - 2:05 pm

    Agree. Why cry? It is a blessed lesson to learn. We are blessed that we saw the true colors of Hadi and his cohorts. A seed MUST die before it can give life to a tree.

  2. #2 by Bigjoe on Thursday, 18 June 2015 - 3:43 pm

    Pandikar Amin has let out how they are handling Hadi’s bill – they are going to bureacratic it to death..No surprise to most of us..

    It simply still UNBELIEVABLE the foolishness of Hadi & Co. The result of the bill is expected and for what? And the cost?

    At least, they have done PR a favour by getting rid of its baggages. Its cathartic experience especially given how quickly DAP and everyone else has been proven right..

  3. #3 by boh-liao on Friday, 19 June 2015 - 7:18 pm

    RIP, PR
    Y Hadi n Azmin still say PR still alive?

You must be logged in to post a comment.