Mat Sabu: Seperti ada ‘pembersihan etnik’ PAS


Susan Loone
Malaysiakini
17 Jun 2015

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata masa depan politiknya masih belum jelas selepas berasa “dihalau” dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor minggu lalu.

Katanya, keadaan di muktamar itu seperti “pembersihan etnik’ pemimpin profesional dan pro-Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pemilihan jawatan pusat PAS.

Mohamad dan kumpulannya kalah teruk dalam pemilihan setiap dua tahun itu kepada kumpulan proulama yang mendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata akan membuat keputusan berhubung masa depannya dalam PAS selepas hari raya Aidilfitri pada pertengahan Julai nanti.

Beliau akan mendapatkan pandangan penyokong dan akar umbi PAS terlebih dahulu sepanjang Ramadan ini, yang bermula esok, sebelum membuat sebarang keputusan.

Mohamad juga berkata perbincangan akan mengambil kira bagaimana kumpulan profesional dapat menyumbang sesuatu untuk perubahan, dan ia termasuk kemungkinan membentuk parti baru.

Mat Sabu berkata beliau mempunyai tiga pilihan, iaitu terus bersama PAS sebagai anggota biasa, bergiat aktif melalui NGO atau mempertimbangkan partu baru yang selari dengan semangat Pakatan Rakyat.

“Saya kalah beberapa kali dalam pemilihan sebelum ini. Saya hanya berjaya menang jawatan timbalan presiden selepas dua kali cubaan.

“Tetapi walaupun saya kalah sebelum ini, saya terus aktif dalam PAS kerana memang atau kalah itu perkara biasa.

“Bagaimanapun kali ini saya rasa keputusan pilihan raya parti agak pelik,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

“Banyak yang menang dan terpilih ke jawatankuasa pusat hanya mereka yang aktif di peringkat daerah atau negeri, biasanya pihak yang menang popular di peringkat kebangsaan.

“Malah saya sendiri tak kenal siapa mereka dalam barisan kepimpinan baru ini,” katanya.

Print Friendly

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.