PR mesti menumpukan untuk memenangi lebih empat juta undi “atas pagar” sekiranya mahu berjaya dalam pertembungan menawan Putrajaya pada PRU13


Perhimpunan Agung UMNO ke-66 selama lima hari, yang mana pengkritik meggambarkannya sebagai “Lima hari pesta liar bingit dan berang” berakhir dengan kepimpinan UMNO merasa yakin bahawa UMNO/BN akan mencapai “kemenangan besar pilihan raya” – memenangi semula dua pertiga majoriti di Parlimen juga negeri-negeri Pakatan seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertahankan kuasa yang tidak sah dan tidak mengikut perlembahaan di Perak.

Bagaimanapun, ucapan kempimpinan UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO, terutamanya “tok dalang” UMNO, Tun Dr Mahathir tidak menampakkan keyakinan itu.

Sungguhpun begitu, pertembungan merebut Putrajaya pada PRU13 akan menjadi sangat sengit dan sesiapa yang memenangi majoriti empat juta pengundi “atas pagar” akan mendapat kelebihan.

Pakatan Rakyat sepatutnya menumpukan pada memenangi empat juta pengundi “atas pagar” sekiranya mahu berjaya dalam pertembungan menawan Putrajaya pada PRU13.

Untuk PRU13, daftar pemilih telah meningkat lebih daripada 13 juta pengundi. Terdapat lebih kurang 3 juta pengundi baru di dalam daftar pemilih, 60% adalah di bawah usia 30 tahun. 25% daripada daftar pemilih pilihan raya umum akan datang terdiri daripada pengundi baru.

Pengundi baru, bersama dengan lebih kurang 10% pengundi atas pagar daripada PRU 2008 membentuk jumlah 4 juta pengundi pada PRU akan datang. Pengundi-pengundi itu yang akan menentukan siapa yang akan memerintah di Putrajaya selepas PRU13.

Adalah tidak mencukupi untuk Pakatan Rakyat memenangi majoriti 3 juta pengundi baru bagi menawan Putrajaya. Anggarkan bahawa % undi yang dimenangi BN dan PR daripada pengundi PRU 2008 adalah sama, walaupun PR menang bersih 70% pengundi baru, PR hanya dapat memenangi 109 kerusi parlimen daripada 222 kerusi (Jadual 1 di bawah)

Jadual 1: Kerusi parlimen BN dan PR sekiranya PR menang bersih 55%, 60% dan 70% pengundi baru sejak PRU2008

Pengundi baru bersih PR sejak PRU2008 BN PR
55% 132 90
60% 129 93
70% 113 109

Di bawah senario Jaduan 1, PKR akan kekal menjadi parti terbesar diikuti DAP dan PAS (Jadual 2 di bawah)

Jadual 2: Bilangan kerusi PR mengikut parti sekiranya PR menang 55%, 60% dan 70% pengundi baru sejak PRU2008

Pengundi baru bersih PR sejak PRU2008 PAS PKR DAP Jumlah
55% 26 34 30 90
60% 26 36 31 93
70% 32 43 34 109

Untuk menawan Putrajaya, PR juga mestilah meyakinkan % lebih besar pengundi PRU2008 untuk menukar undi mereka kepada PR. Hanya jika PR berjaya menang bersih 70% pengundi baru sejak PRU2008 dan sebagai tambahan 3% pengundi PRU2008 barulah PR dapat menawan Putrajaya dengan majoriti selesa 7 kerusi parlimen (119) (Lihat Jadual 3 di bawah)

Jadual 3: Kerusi Parlimen BN dan PR di bawah senario berbeza (Pengundi baru bersih bahagian PR sejak PRU2008 dan tambahan pengundi PRU2008)

Pengundi baru bersih bahagian PR sejak PRU2008 + tambahan pengundi PRU2008 BN PR
55% pengundi baru + 1% PRU2008 132 90
60% pengundi baru + 2% PRU2008 124 98
70% pengundi baru + 3% PRU2008 103 119

Di bawah senario Jadual 3, PKR akan kekal sebagai parti terbesar diikuti DAP dan PAS (Lihat Jadual 4 di bawah)

Jadual 4: Bilangan kerusi parti-parti PR di bawah senario berbeza (Bahagian PR untuk pengundi baru bersih sejak PRU2008 dan tambahan pengundi PRU2008)

Bahagian PR untuk pengundi baru bersih sejak PRU2008 PAS PKR DAP Total
55% pengundi baru + 1% PRU2008 26 34 30 90
60% pengundi baru + 2% PRU2008 28 38 32 98
70% pengundi baru + 3% PRU2008 34 48 37 119

Faktor yang menggugat kesatuan Oposisi termasuklah yang berikut:

  • Pertembungan pelbagai penjuru kesan daripada tidak sebulat suara terhadap peruntukan kerusi berkemungkinan menyebabkan oposisi kehilangan 2 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 kerusi parlimen di Sabah pada 2008 dan barangkali sebanyak 5 kerusi negeri di Sabah.

  • PAS meluluskan enakmen hudud di Terengganu pada 2001 namun itu tidak menghalang BN daripada menawan kembali negeri itu dengan memenangi 28 daripada 32 kerusi negeri dan 7 daripada 8 kerusi parlimen di Terengganu pada pilihan raya umum tahun 2004. Isu hudud menyebabkan terbubarnya Barisan Alternatif dan peristiwa bersejarah pilihan raya umum 2008 yang menghubungkan semula ketiga-tiga parti.

  • Tumpuan sepatutnya terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa di dalam BN berbanding menegakkan agenda negara Islam yang tidak membantu memenangi hati pengundi atas pagar.

Penekanan untuk PR berjaya di dalam pertembungan merebut Putrajaya adalah untuk memenangi sokongan golongan atas pagar dengan menumpukan pada isu negara yang penting.

Buat pengundi baru dan pengundi atas pagar, isu utama yang tidak begitu penting buat mereka tidak akan dapat memikat mereka. Bagi mereka, tumpuan adalah pada isu negara termasuklah:

  • Sama ada PR atau BN boleh menguruskan dan mengurangkan rasuah di dalam negara;

  • Sama ada PR atau BN boleh menunjukkan jalan baru ke arah kesatuan nasional yang tulen dan hubungan antara kaum yang harmoni.

  • Sama ada PR atau BN dapat mentadbir dengan lebih saksama dengan keadilan sosial dan kecekapan ekonomi;

  • Sama ada PR atau BN dapat mengurangkan kemiskinan dikalangan penduduk peribumi Sabah dan Sarawak dan membawa pembangunan mapan kepada kedua-dua negeri; dan

  • Sama ada PR atau BN boleh membawa era baru pentadbiran yang mana demokrasi dibangunkan dan dan diperdalamkan.

Pakatan Rakyat tidak sepatutnya membiarkan diri kita diganggu dengan isu-isu sempit tetapi menumpukan pada gambaran besar untuk memenangi hati pengundi atas pagar seraya memenangi pertembungan menawan Putrajaya pada PRU13.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/x01Tz

  1. #1 by good coolie on Sunday, 9 December 2012 - 6:40 pm

    Jangan bimbang akan rancangan PAS untuk menegakkan hukum Hudud. Sebilangan besar rakyat Malaysia termasuk yang beragama Islam tidak menyokong rancangan PAS itu atas sebab tertentu. Namum demikian, PAS mempunyai peranan yang amat penting dalam pentadbiran negara kita. Ini kerana ahli politik PAS adalah bersifat jujur bukanya seperti ahli politik Barisan.
    Jadi, undilah Pakatan Rakyat. Saya gerenti!

You must be logged in to post a comment.