Selepas berjumpa PM, bekas wakil-wakil rakyat bersungut


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jul 13, 2012

13 JULAI — Rupa-rupanya semalam PM Najib Razak telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat Barisan Nasional seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti “alternative” dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas Adun dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli Mubarak itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap Umno dan BN sangat kuat dan pihak Pakatan Rakyat begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas Adun dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi kerana saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang “dipanggil datang, disuruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas Adun yang masih menganggotai jawatankuasa Umno bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi Umno sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada “moral standing” untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan “consultant-consultant” politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak pada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya Umno sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya dianggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BR1M, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun ke bawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali ke bawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan “supervision” terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga merupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mi Maggi sehinggalah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Dr Mahathir dengan mengambil alih perniagaan Exxon Mobil di sini dan melihat MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara.

Pemimpin besar negara jugalah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya-raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Saya bertanya kepada ahli Mubarak itu, “So are you going to campaign for Pakatan?”

Beliau menjawab, “I am not sure how to do it, but if they vote against BN, I’ll be the first to congratulate them. PAS, DAP and PKR must now get ready to accept mandate from the people.” — aspanaliasnet.blogspot.com

Print Friendly

  1. #1 by k1980 on Saturday, 14 July 2012 - 7:45 am

  2. #2 by k1980 on Saturday, 14 July 2012 - 7:48 am

    http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/NG14Ae01.html

    The longer Najib waits to call elections, the more global uncertainty will cloud the country’s economic prospects and raise new questions about the government’s performance.

  3. #3 by dagen wanna "ABU" on Saturday, 14 July 2012 - 11:38 am

    The end is near for umno & sidekicks. Very near indeed!

  4. #4 by ENDANGERED HORNBILL on Saturday, 14 July 2012 - 12:01 pm

    O Jib dan Muh-din, masanya sudah tiba untuk bersaralah. Soalannya, selepas pembelanjaan yang tidak terkawal setakat ini, adakah wang tertinggal untuk pencen kamu?

    Ataupun kamu berdua sudah cukup kaya ray dan tidak memerlukan pencen?

  5. #5 by Godfather on Saturday, 14 July 2012 - 5:13 pm

    What is Najib going to do ? Special Branch tells him the new voters are unpredictable and are more likely to vote against incumbent. Najib’s con-sultans tell him that throwing crumbs like BR1M may work in the short term, but the Treasury is almost empty.

    In the meantime, Moo and his supporters are watching Najib’s every move, and quietly cutting off Najib’s legs. Poor Najib, he doesn’t want to go down in history as Bolehland’s shortest stint PM. Hence the likely delay until 2013 to let the honour stay with Badawi.

  6. #6 by ReformMalaysia on Saturday, 14 July 2012 - 5:46 pm

    Short form for “Najib Razak” = Nazak…. Now his Party under his leadership is in the state of “NAZAK”

You must be logged in to post a comment.