Rakyat Merdeka: Tidak mahu lagi dijajah oleh sentimen perkauman


– Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 02, 2011

2 SEPT — Hari ini hari ketiga syawal dan umat Islam di seluruh negara masih di dalan mood lebaran. Hari Raya tahun ini merupakan perayaan berkembar dengan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada hari semalam, iaitu hari rakyat negara kita memulakan pentadbiran negara oleh rakyat kita sendiri. Tarikh yang menjadi hari sambutan kemerdekaan ini ialah 31 Ogos.

Usaha mencapai kemerdekaan ini bermula jauh sebelum penubuhan Umno pada tahun 1946 dahulu tetapi pertubuhan-pertubuhan yang bergerak itu merupakan pergerakan individu oleh puluhan pertubuhan yang semuanya mengarah kepada pencapaian kemerdekaan negara.

Badan-badan atau pertubuhan yang bergerak itu tidak bersatu di antara satu dengan yang lain kerana semasa itu kita belum ada negara yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.(PTM). PTM hanya wujud pada 2 Februari 1948. Sebelumnya itu negeri-negeri yang kini berada di dalam sebuah negara Persekutuan, adalah negeri-negeri yang di tadbir oleh kerajaan beraja masing-masing.

Kedah dengan kerajaan Kedahnya. Begitu jugalah Selangor, Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantannya. Itulah sebabnya sejarah telah menunjukan bahawa negeri-negeri tersebut adalah negeri yang berasingan, maka itulah sebabnya gerakan menuntut kemerdekaan itu di gerakan oleh pertubuhan-pertubuhan yang berbeza dan tidak bersatu dalam tindakan mendesak British melepaskan negeri-negeri ini untuk mencapai kemerdekaan.

Jika British memberikan kemerdekaan kepada 9 negeri-negeri ini secara berasingan maka kita tidak dapat menjangka apa keadaan yang wujud sekarang ini. Jika tidak ada Perjanjian Persekutuan yang ditanda tangani pada 2 Feruari 1948 dahulu mungkin hanya beberapa negeri di Semenanjung masih belum mencapai kemerdekaan lagi.

Usaha untuk menuju kearah pencapaian kemerdekaan ini secara kolektif hanya berlaku bermula pada 11 Mei 1946 apa bila Umno di wujudkan menyatukan 43 pertubuhan di bawah pertubuhan yang satu yang di namakan Umno (Umno asal, bukannya Umno yang sekarang).

Apa yang kita mesti fahami ialah gerakan mencapai kemerdekaan bukan di mulakan oleh Umno tetapi telah bermula 20 tahun sebelumnya tetapi di gerakaan oleh pertubuhan yang banyak bertaburan di negeri-negeri yang ada di dalam Semenanjung ini.

Gerakan mencapai kemerdekaan secara kolektif di dalam negara kita hanya melalui pertubuhan Umno asal. Oleh yang demikian kita juga wajar mengenangkan jasa-jasa penggerak yang bergerak sebelum wujudnya Umno asal itu seperti Ahmad Boestaman dan ramai yang lain yang tidak di gemari oleh pihak British. Tetapi mereka-mereka ini tidak lagi menjadi kenangan kepada rakyat terutamanya generasi muda masa kini.

Umno merupakan parti gabungan 43 pertubuhan untuk menguruskan usaha pencapaian kemerdekaan yang akhirnya kita kecapi pada 31 Ogos 1957 dahulu. Umno asal merupakan parti yang mampu merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu kerana pemimpin-pemimpinnya seperti Tunku Abdul Rahman, Datuk Abd Rahman Ismail, Tun Dr Ismail, Datuk Abdul Razak Husein, Abdul Wahab Bukit Gantang, Jamil Rais dan ramai lagi yang tidak dapat di sebutkan hari ini.

Mereka ini adalah gulunagn elit yang menyambung usaha pejuang-pejuang sebelum itu kerana mereka adalah di kalangan Melayu yang elit yang mudah bagi pihak British untuk berunding mengenai kemerdekaan Malaya setelah wujudnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dahulu.

Dalam isu ini kita sebagai rakyat yang telah menikmati kemerdekaan ini wajar juga memperingati jasa-jasa pejuang-pejuang tersebut yang telah berjuang untuk matlamat yang sama sebelum wujudnya Umno asal itu. Jangan kita mempersoalkan peranan mereka kerana sebagai bangsa yang mengingati dan menghormati orang lain pejuang-pejuang ini juga tidak patut dilakukan.

Walaupun Umno asal itu yang telah menyudahkan perjuangan mereka ini adalah wajar mereka ini diingati sebagai pejuang kemerdekaan yang awal sehingga wujudnya Umno. Tanpa pertubuhan-pertubuhan ini Umno asal ini mungin tidak wujud dan jika wujud pun mungkin keadaannya berbeza dengan apa yang kita telah alami dan lihat selama ini.

Seperti ramai orang Melayu memperingati tarikh matinya Umno asal itu sendiri, kita juga perlu dan wajar memperingati jasa-jasa pemimpin pejuang kemerdekaan sebelum Umno asal itu wujud.

Kesemua pertubuhan yang bergabung dalam Umno asal itu telah tidak wujud lagi malahan Umno asal itu pun sudah tidak lagi wujud kerana terpaksa dimatikan oleh orang yang sudah tidak lagi menmerlukan parti itu kerana kepentingan politik peribadi beliau dan penyokong-penyokong beliau.

Tidak mengapalah begitu kerana itu kehendak mereka. Tetapi kehendak penulis sejarah kita wajar memperingati semua pemimpin-pemimpin pertubuhan yang besatu untuk mewujudkan Umno itu wajar ditulis dan diperingati setiap masa termasuk parti dan pemimpin Umno yang telah sengaja dimatikan pada tahun 1988 dahulu.

Ramai pemimpin-pemimpin Umno asal dahulu meninggal tanpa parti seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Husein Onn, Tuan Haji Sulaiman Palestin, Hamzah Abu Samah dan ramai lagi yang tidak dapat di sebutkan yang masih hidup dalam kesepian politik mereka. Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Presiden terakhir parti itu kerana beliau memilih untuk menjadi Presiden Umno baru yang pertama.

Saya tidak bercadang untuk mengulangi isu pembunuhan Umno ini tetapi yang saya ingin pentingkan kali ini ialah untuk kita memperingati semua perjuangan kemerdekaan bukan sahaja dari pemimpin-pemimpin dalam Umno asal itu tetapi juga pemimpin-pemimpin kepada pertubuhan-pertubuhan sebelum penubuhan Umno asal itu yang memainkan peranan kepada penubuhan Umno asal yang sudah dilenyapkan itu.

Memperingati kembali sejarah yang tepat dan benar itu merupakan perkara yang penting kerana sejarah yang di ubah dan di selewengkan akan memberikan gambaran yang tidak benar kepada generasi yang akan datang.

Segala apa yang berlaku itu ada pengajarannya. Onn Jaafar yang bersusah payah menubuhkan Umno itu untuk menentang Malayan Union dahulu akhirnya meninggalkan Umno yang asal itu kerana cadangan beliau untuk memberikan keahlian Umno itu kepada bangsa lain ditolak oleh perwakilan Umno pada tahun 1951 dahulu. Beliau meninggalkan parti yang ditubuhkannya untuk menubuhkan parti negara.

Umno diambil alih kepimpinannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan Tunku telah menubuhkan Perikatan untuk bekerjasama di antara kaum dalam menuntut kemerdekaan itu. Matlamat penubuhan Perikatan iu ialah untuk memperkuatakan parti-parti yang berdasarkan kaum dalam satu coalition yang kuat.

Namun masa berlalu dan sekarang keadaan sudah berubah kerana masing-masing parti di dalam komponen Perikatan yang sekarang dinamakan Barisan Nasional sudah tidak lagi mempunyai daya maju perjuangan. Semakin hari semakin lemah sehinggakan setiap parti di dalam BN itu telah memainkan isu perkauman yang menebal sehinggakan matlamat Perikatan dan BN itu telah dinodai dengan begitu teruk sekali.

Orang Melayu yang sudah sinonim dengan Umno sudah berpecah belah kerana kepimpinan Umno (baru) yang tidak mempunyai daya perjuangan yang teguh kerana dirasuk oleh elemen rasuah dan banyak lagi elemen negatif yang akhirnya melemahkan parti itu.

MCA sudah hampir tidak relevan kerana isu yang sama kerana bangsa Cina tidak mahu lagi isu rasis yang menebal terus dimainkan oleh pimpinan MCA. Masa berubah. Sekali ombak membadai sekali pasir berubah.

Orang-orang Melayu yang berpecah sebenarnya mahukan penyatuan tetapi oleh kerana Umno itu begitu lemah dan sudah hilang bentuk dan perjuangan asalnya maka orang Melayu sedang menuju kearah perpaduan di luar Umno yang baru itu. Maka berpindahlah perhatian orang Melayu kepada parti-parti alternatif seperti PAS.

Bagi bangsa Cina pula mereka telah menunjuan sikap terbuka dan lebih liberal dan memberikan sokongan kepada DAP, sebuah parti yang di dorminasi oleh kaum Cina tetapi berbentuk “multiracial” dan boleh disertai oleh semua kaum di negara ini.

DAP sekarang ini serius untuk membuktikan yang parti itu adalah sebuah parti “multiracial” yang sebenarnya dan sedang berusaha menghilangkan pandangan negatif bangsa Melayu terhadap parti itu hasil dari momokan Umno terhadap parti itu.

Bagi orang Melayu yang membelakangkan Umno yang sudah diyakini oleh mereka bertindak menyertai PAS atau PKR dan juga akan bettindak membantu DAP bagi membersihkan pandagan serong yang dimomokan oleh Umno selama ini.

Rakyat sudah tidak mahu lagi membiarkan isu rasis dimainkan kerana ramai mengakui hakikat yang setiap bangsa memerlukan di antara satu dengan lain bagi mencapai keharmonian bangsa Malaysia yang tulin.

Umno tidak akan berjaya lagi untuk mempertahankan cara mengekalkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu dengan memainkan isu rasis lagi. Rakyat mahukan kehidupan yang harmonis di antara jiran tetangga yang terdiri dari berbilang kaum dan mereka tidak mahu lagi terpengaruh dengan isu rasis yang dimainkan oleh ahli-ahli politik kerana kepentingan mereka sahaja.

Oleh yang demikian maka usaha Onn Jaafar untuk menjadikan kehidupan berbilang kaum yang harmonis dahulu akan menjadi kenyataan setelah beliau meninggalkan kita 40 tahun yang lalu.

Orang Melayu nampaknya akan berhijrah pemikiran mengikut keadaan waktu dan masanya yang juga merupakan satu kehendak agama kita yang meminta umat Islam hidup mengikut zaman dan waktunya.

Jika Umno masih tidak berubah maka rakyat akan menubahnya. Orang Melayu dan Cina serta India sudah tidak lagi menerima isu rasis lagi dan nampak jelas sedang meninggalkan di belakang mereka isu rasis yang tidak membawa apa-apa keuntungan selain dari perpecahan sesama kita.

Rakyat nampaknya akan memberikan dukungan kepada PAS yang bukan parti perkauman serta DAP yang serius memperjuangkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu. Kedua-dua parti ini jelas merupakan parti yang serius dan berdisiplin yang tinggi untuk menjadi elemen yang meyakinkan rakyat yang sedang dalam pencarian sekarang ini.

PKR juga menjadi pilihan yang satu lagi. Jika PKR dapat meninggalkan cebisan sikap yang ada kepada Umno dan parti-parti BN yang lain, parti ini juga akan menjadi alternatif yang paling hampir kepada rakyat sekarang ini.

Kerjasama yang ikhlas di antara PKR, PAS dan DAP juga merupakan perkara yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat. Rakyat sudah jemu dengan terlalu banyak politing yang memualkan selera mereka.

Rakyat kini mahukan kejujuran perjuangan parti-parti serta kepimpinan mereka. Mereka idamkan sebuah kerajaan yang “descent” yang mempunyai “governance” yang tinggi serta etika politik yang maju mengikut kehendak masa dan zamannya sekarang ini.

Isu perkauman sudah menjadi isu yang basi dan tidak dapat diterima oleh mereka lagi. Inilah hakiktanya. Rakyat mahukan kemerdekaan yang sebenarnya. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by limkamput on Friday, 2 September 2011 - 3:45 pm

    Jadi apa guna kita bahas siapa lawan siapa untuk mencapai kemerdekaan ataupun siapa yang memainkan paranan utama. Yang penting ialah apa yang kita telah lakukan kepada rakyat selepas merdeka. Apa maksud kemerdekaan yang kita dapat bawa kepada semua. Bukankah Malaysia kita sudah semakin korupt, tahap pendidikan semakin menurun, alam sekitar kita semakin buruh dan jurang diantara kaya dan miskin semakin besar?

  2. #2 by cintanegara on Friday, 2 September 2011 - 10:54 pm

    Keharmonian kaum hanya boleh dikecepai apabila semua kaum saling menghormati antara satu sama lain. Apa yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas kita hendaklah diutamakan dan tidak boleh DIPERTIKAIKAN sama sekali.

    Umpama hidup berjiran, kita janganlah mencemburui jitran tetanga kita walaupun mungkin mereka memiliki SEDIKIT kelebihan yang diwarisi turun temurun dari datuk nenek mereka yang terdahulu. Mereka juga tahu TANPA PERLU DIBERITAHU……. setibanya musim buah-buahan…mereka akan sentiasa memberikan buah-buahan yang ranum tanpa perlu si jiran memintanya….itulah adat hidup berjiran…keharmonian akan sentiasa terjalin sekiranya konsep hormat-menghormati dipraktiskan dengan TULUS dan IKHLAS tanpa ada sebarang SYAK WASANGKA….

  3. #3 by cintanegara on Friday, 2 September 2011 - 11:10 pm

    Sebelum itu…saya ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada Encik Limkamput kerana inisiatif beliau menulis dalam Bahasa kebangsaan..Itu merupakan USAHA MURNI untuk mendaulatkan Bahasa KITA….

    Walaupun terdapat beberapa kesalahan TATABAHASA…itu boleh dimaafkan …YG PENTING..MESEJ .Encik Limkamput adalah JELAS walaupun RAMAI (termasuk saya) yang TIDAK BERSETUJU dengan pendapatntya…TAHNIAH SEKALI LAGI Encik Limkamput…..

  4. #4 by tak tahan on Saturday, 3 September 2011 - 1:02 am

    /Apa yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas kita hendaklah diutamakan dan tidak boleh DIPERTIKAIKAN sama sekali./

    Tidak benar sekali cuma dalam sejarah jenis Umno saja.Jikalau benar dan dipersetujui oleh pengasas kita mengapa perlu bergantung pada buah-buahan dan tongkat?Adakah kekurangan sesuatu pada mu dan nya tidak boleh diperboleh baiki..seperti lebih rajin dan membuat sesuatu kebaikan untuk negara?Don’t dream la cintanegara…

  5. #5 by undertaker888 on Saturday, 3 September 2011 - 8:26 am

    Lagi satu cerita kartun dari cinta-saya-punya-kaki. kami menasihatkan supaya cinta tinggalkan tempat duduk kat bawah pokok rambutan. pergilah cari rezeki dengan dua tangan yang diberi Tuhan dengan ikhlas dan tulus.

    Apa gunanya merebut pokok rambutan yang tiada berbuah lagi? Semuanya dicuri oleh raja umno yang disanjungi kamu.

  6. #6 by boh-liao on Saturday, 3 September 2011 - 11:20 am

    Our new colonial masters: UmnoB/BN, d piggy Napoleons of Animal Farm

You must be logged in to post a comment.