In less than four weeks, the country will have a new Yang Di Pertuan Agong when the Sultan of Johore ascends the throne as the 17th Yang Di Pertuan Agong.
The plotters who want Anwar Ibrahim to serve as the shortest Prime Minister in Malaysia are increasingly desperate as despite their various plots, the latest being the Dubai Move and the Chow Kit Move, they have failed to topple Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister by undemocratic means as there will be no more “backdoor” Prime Ministers in Malaysia.
Muhyiddin Yassin and Ismail Sabri will be the country’s two backdoor Prime Ministers and they will go down in history as two persons who were not decided by the majority in Parliament as provided in the Malaysian Constitution.
In his first year in office, Anwar Ibrahim was fighting for his life as he tried to forestall various attempts to topple him.
But the Green Wave triggered by the Perikatan Nasional in the 15th General Election reached its peak before the six state general elections in August last year when the PN was unable to capture the Selangor or Negeri Sembilan State Government.
Now that he is assured of political stability for the next three to four years, the time has come for Anwar to focus on national unity and to deliver the various institutional reforms he had promised the country in his 25 years of political wilderness so that Malaysia can reverse of national decline in close to quarter of century and rise up again as a great plural world-class country.
There is no better reference than the Spirit of Merdeka declaration made by 60 of the country’s civil society organisations which in 2007 identified the major failings and obstacles to Malaysia’s progress and advancement towards a more developed and democratic nation.
The country should restore democratic norms and practices, and reaffirm its commitment to the safeguarding and support of vital institutions and processes that are the hallmark of vibrant and flourishing democratic systems.
(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the Tanjong Appreciation Dinner at SJKC Shang Wu, Penang on Saturday, January 6, 2023 at 8 pm)
Pengkomplot telah gagal untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan tempoh berkhidmat yang paling pendek
Tidak sampai empat minggu dari sekarang, negara kita akan ada Yang di Pertuan Agong yang baru apabila Sultan Johor dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong yang ke-17.
Para pengkomplot yang mahu Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan tempoh berkhidmat yang paling pendek kini semakin terdesak, kerana walaupun dengan pelbagai rancangan dari pihak mereka — yang terkini, Langkah Dubai dan Langkah Chow Kit — mereka telah gagal untuk menumbangkan Anwar Ibrahim dengan cara yang tidak demokratik dan perkara ini bermakna tidak akan ada lagi Perdana Menteri “pintu belakang” di Malaysia.
Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri akan diingati sebagai dua orang Perdana Menteri pintu belakang negara kita, sebagai dua orang yang menjadi Perdana Menteri tanpa ditentukan dengan majoriti di Parlimen seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Dalam tahun pertamanya, Anwar Ibrahim bertarung demi kelangsungannya dengan menyekat pelbagai cubaan untuk menumbangkan kerajaannya.
Namun, Gelombang Hijau yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 telah mencapai kemuncaknya sebelum enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos tahun lepas, di mana PN telah gagal untuk merampas Selangor atau Negeri Sembilan.
Kini, dengan kestabilan politik terjamin untuk tiga ke empat tahun yang akan datang, masanya telah tiba untuk Anwar fokus kepada perpaduan nasional dan menjalankan reformasi institusi yang dijanjikannya dalam 25 tahun kerjaya politiknya sebelum ini supaya Malaysia dapat menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara dalam suku abad yang lepas dan bangkit semula sebagai sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia.
Tidak ada rujukan yang lebih berbanding dengan pengisytiharan Semangat Merdeka yang dibuat oleh 60 pertubuhan sivil pada tahun 2007 yang telah mengenal pasti kegagalan dan sekatan utama terhadap kemajuan Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih maju dan demokratik.
Negara kita juga perlu kembali kepada norma-norma dan amalan demokratik dan menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan dan menyokong institusi utama dan proses yang menjadi tonggak sistem demokrasi yang subur dan bersemangat.
(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di Majlis Makan Malam Penghargaan Tanjong di SJKC Shang Wu, Pulau Pinang, pada hari Sabtu, 6 Januari 2024 jam 8 malam)