Lim Kit Siang

Anyone suggesting that the government is dominated by the DAP should be required to produce proof or is guilty of abusing 2Rs of race and religion to instill racial and religious animosities to create hate and disunity in Malaysia

(Versi BM)

The Pakatan Harapan government was toppled in 2020 after 22 months because of the belief that it was dominated by DAP and influenced by non-Malays to carry out policies detrimental to Malay and Islamic interests, perpetuating the lies that the “Malays under threat” and “Islam under threat”.

The campaign of lies, falsehoods, fake news, and hate speech started with the speech of the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, at the United Nations General Assembly in September 2018 that Malaysia would ratify international human rights covenants, including ICERD and Rome Statute.

There was a systematic campaign that the Cabinet was DAP-dominated and that the Prime Minister was a stooge and Gurkha of the DAP although DAP leaders inside and outside the Cabinet were completely ignorant of Mahathir’s speech in the UN General Assembly.

The situation was aggravated when a fireman Mohammad Adib Mohd Kassim from the Subang Jaya Emergency Response System (EMRS) unit died when deployed to the Sri Maha Mariamman Temple in Subang Jaya on November 27, 2018 to put out a vehicle fire and his death was propagandised in furtherance of racial and religious agendas.

Since then, the 2R issues of race and religion have stalked and divided Malaysia with lies, falsehoods, fake news, and hate speech undermining both political stability and national unity in a multi-ethnic, multi-religious, and multi-cultural nation.

In five years, Malaysia had five Prime Ministers.

2024 should put the pages of division and disunity in Malaysia behind us.

Anyone insinuating that the government is dominated by the DAP should be required to produce proof or is guilty of abusing 2Rs of race and religion to instill racial and religious animosities to create hate and disunity in Malaysia.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Tuesday, 2nd January 2024)


Sesiapa yang mencadangkan kerajaan didominasi DAP perlu memberikan bukti jika tidak mereka sebenarnya bersalah menyalahguna isu-isu perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan perasaan kebencian dan perpecahan di Malaysia

Kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan pada tahun 2020 selepas 22 bulan kerana ada yang percaya yang kerajaan ini didominasi DAP dan dipengaruhi oleh orang bukan Melayu untuk melaksanakan dasar-dasar yang menggugat kepentingan orang Melayu dan Islam, menyebarkan penipuan yang kononnya “orang Melayu sedang terancam” dan “Islam sedang terancam”.

Kempen penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian ini bermula dengan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September 2018, yang telah menyatakan bahawa Malaysia akan meratifikasi perjanjian-perjanjian hak asasi manusia, termasuklah ICERD dan Statut Rom.

Ada kempen sistematik yang cuba untuk menuduh Kabinet didominasi DAP dan Perdana Menteri ketika itu merupakan pak turut dan Ghurka DAP sedangkan para pemimpin DAP di dalam dan di luar Kabinet langsung tidak tahu apa-apa mengenai ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung PBB ini.

Situasi ditambah buruk lagi apabila anggota bomba Mohammad Adib Mohd Kassim dari unit Sistem Respons Kesihatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya meninggal dunia semasa ditempatkan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November 2018 untuk memadamkan kebakaran kenderaan dan kematiannya ini pula dipropagandakan untuk terus mengapi-apikan agenda perkauman dan keagamaan.

Sejak dari waktu ini, isu-isu perkauman dan keagamaan terus-menerus digunakan untuk memecah belah rakyat Malaysia dengan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian, dan isu-isu telah menggugat kestabilan politik dan perpaduan negara dalam sebuah Malaysia yang berbilang etnik, agama, dan budaya.

Dalam tempoh lima tahun, Malaysia ada lima orang Perdana Menteri.

2024 patut menutup halaman perpecahan di Malaysia ini.

Sesiapa yang mencadangkan kerajaan didominasi DAP perlu memberikan bukti jika tidak mereka sebenarnya bersalah menyalahguna isu-isu perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan perasaan kebencian dan perpecahan di Malaysia.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Selasa 2 Januari 2024)

Exit mobile version