Constitution

Takiyuddin should apologise and withdraw his reference of the Constitutional provision that any Malaysian can be a Prime Minister as “poisonous propaganda” and he should be referred to the Parliamentary Committee of Privileges whether he has violated his oath as an MP to “preserve, protect, and defend” the Constitution

By Kit

December 20, 2023

(Versi BM)

The PAS Secretary-General, Takiyuddin Hassan, should apologise and withdraw his reference two days ago of the Constitutional provision that any Malaysian can be a Prime Minister as “poisonous propaganda” and he should be referred to the Parliamentary Committee of Privileges whether he had violated his oath as a Member of Parliament to “preserve, protect, and defend” the Constitution.

As if his unconstitutional act was not enough, he added oil to the fire when he described the proposal of the DAP Federal Territories Chairman Tan Kok Wai to restore local government elections starting with the Federal Territory as “toxic narratives”.

On top of that, Takiyuddin has the cheek to claim that it represents a “more sane, moderate, and reasonable political agenda and culture” in a plural Malaysia.

When Takiyuddin says that the issue of non-Malays being able to become prime minister is “poisonous propaganda” which has the potential to create an atmosphere of disharmony, is he suggesting that the Constitution and the Rukun Negara are divisive and inflammatory documents?

Instead of asking the Prime Minister, Anwar Ibrahim to “control and stop DAP’s toxic narratives”, will Takiyuddin set out to make PAS more moderate and less extremist?

Will PAS shed its extremism and become a moderate Islamist party in keeping with the Malaysian Constitution and Malaysia as a multi-ethnic, multi-religious, multi-cultural, and multi-civilisation country?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Wednesday, 20th December 2023)

Takiyuddin patut minta maaf dan tarik semula kenyataannya yang mengatakan peruntukan yang membenarkan mana-mana rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri sebagai satu “propaganda beracun” dan dia patut dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menentukan sama ada dia telah melanggar sumpahnya sebagai seorang Ahli Parlimen untuk “memelihara, melindungi, dan mempertahankan” Perlembagaan

Setiausaha Agung PAs, Takiyuddin Hassan, patut meminta maaf dan menarik semula kenyataannya yang mengatakan peruntukan yang membenarkan mana-mana rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri sebagai satu “propaganda beracun” dan dia patut dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menentukan sama ada dia telah melanggar sumpahnya sebagai seorang Ahli Parlimen untuk “memelihara, melindungi, dan mempertahankan” Perlembagaan

Seakan-akan tindakannya yang bertentangan dengan Perlembagaan ini tidak mencukupi, dia menambahkan minyak kepada api apabila dia mengatakan cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai, untuk mengembalikan pilihan raya tempatan bermula dengan kawasan di Wilayah Persekutuan sebagai satu “naratif toksik”.

Tambahan lagi, Takiyuddin dengan tidak malunya cuba untuk mengatakan yang dia mewakili “agenda dan budaya politik yang lebih waras, moderat, dan masuk akal” dalam Malaysia yang majmuk.

Apabila Takiyuddin mengatakan yang isu seorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri ini sebagai satu “propaganda beracun”, yang berpotensi untuk mencipta persekitaran yang tidak harmoni, adakah dia sedang cuba untuk mengatakan yang Perlembagaan dan Rukun Negara adalah satu dokumen yang bersifat memecah belah dan melaga-lagakan?

Daripada meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk “mengawal dan menghentikan naratif toksik DAP”, adakah Takiyuddin sendiri akan berusaha untuk menjadikan PAS sebuah parti yang bersifat lebih sederhana dan kurang ekstremis?

Adakah PAS akan meninggalkan sifat ekstremisnya dan menjadi sebuah parti Islamis yang bersifat moderat, selari dengan Perlembagaan Malaysia dan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang etnik, agama, budaya, dan tamadun?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Rabu, 20 Disember 2023)